Pengurusan Fasiliti Bangunan, Operasi & Penyelenggaraan

19-20 Sep, 2017, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Objektif Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Pembentukan Struktur Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Kepentingan Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Kunci kejayaan Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Kaedah menentukan bilangan gerak kerja pengurusan fasiliti bangunan
  • Pengurusan Pelan operasi fasiliti bangunan
  • Tanggungjawab Pusat Kawalan Kerja
  • Kebaikan pengurusan fasiliti bangunan
  • Penstoran
  • Bajet dan Perakauanan
  • Kawalan Kos
  • Rekod dan analisis
SINOPSIS

Pengurusan fasiliti bangunan adalah merupakan satu bidang pengurusan yang melibatkan ruang, infrastruktur, sumber manusia dan organisasi yang sering dikaitkan dengan urustadbir blok pejabat, arena, bangunan komersil, industri, bangunan pendidikan, kompleks sukan, hospital, hostel dan sebagainya.

Untuk memastikan kestabilan dan kecemerlangan prestasi fasiliti bangunan, kumpulan pengurusan fasiliti bangunan hendaklah terdiri daripada kakitangan yang terlatih supaya boleh melaksanakan kerja-kerja pengurusan secara profesional mengikut kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan dan diiktiraf oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan dengan keperluan pengurusan fasiliti bangunan.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam
    aspek pengurusan fasiliti bangunan dengan kaedah yang terkini
  • Menyediakan segala garis panduan dan kaedah pengurusan fasiliti bangunan yang lebih efisien dan tersusun
  • Mengurangkan gangguan masa yang disebabkan oleh kerosakan fasiliti bangunan
  • Menjimatkan kos pengurusan fasiliti bangunan.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Kumpulan tenaga kerja professional dan teknikal yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengurusan fasiliti bangunan.
METODOLOGI
  • Perbincangan kumpulan, sesi soal jawab, kes kajian serta aktiviti berkumpulan diterapkan di dalam kursus ini supaya peserta dapat menghayati sepenuhnya konsep yang diketengahkan oleh penceramah.
  • Nota-nota kursus ditulis dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Inggeris mengikut terma-terma tertentu).
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN…
  1. Merangka pelan pengurusan fasiliti bangunan dengan kaedah dan prosedur yang betul.
  2. Melaksanakan kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan dengan lebih betul dan berkesan.
  3. Mengenalpasti dengan mudah dan mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam pengurusan fasiliti bangunan.
  4. Meningkatkan status dan jangka hayat bangunan.
  5. Mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan bangunan.
 
HARI PERTAMA
9:00 DEFINISI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Suatu proses perlaksanaan kerja yang berhubungkait dengan kerja mengurus, mengendali dan menyenggara semua fasiliti bangunan.
9:45 OBJEKTIF PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Memastikan semua fasiliti bangunan sentiasa terpelihara keadaannya mengikut fungsi yang telah ditetapkan.
10:45 STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Dianggotai oleh golongan professional, berkemahiran tinggi dalam pengurusan fasiliti bangunan
  • Peranan dan tanggungjawab pengurusan fasiliti
11:30 OBJEKTIF PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Membentuk prosedur prosedur tertentu
  • Menentukan sasaran
12:15 KEPENTINGAN PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Pengurusan fasiliti adalah kunci kepada pengurusan fasiliti bangunan
  • Pengurusan fasiliti bangunan adalah merupakan suatu bentuk perniagaan yang besar dan
    menguntungkan jika diurus dengan efisien
  • Jangkahayat pengurusan fasiliti dan fasiliti bangunan akan dapat dipanjangkan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 KUNCI KEJAYAAN PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Boleh merancang dan mengikut jadual kerja secara efektif
  • Boleh mengenalpasti masalah secara proaktif
  • Berupaya menentukan kaedah penyelesaiaan sebarang masalah pengurusan fasiliti bangunan (mengukur dan membuat diagnosis)
3:00 MENENTUKAN BILANGAN GERAK KERJA PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN
  • Asas penentuan bilangan gerak kerja pengurusan fasiliti bangunan (keluasan lantai bangunan, bentuk bangunan, kompleksiti bangunan, kekerapan operasi bangunan, bilangan aset bangunan)
4:00 PENGURUSAN PELAN OPERASI
  • Kaedah kawalan kerja berpusat
  • Sasaran utama pengurusan fasiliti bangunan
  • Pengurusan sumber secara berkesan dan tindak balas positif
  • Kualiti senggaraan yang tinggi
  • Mewujudkan prosedur dan struktur pelan operasi yang praktikal dan efisien
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 TANGGUNGJAWAB PUSAT KAWALAN KERJA
  • Lokasi utama keperluan kerja ditentukan
  • Pusat kawalan diantara pelanggan dan pengurusan fasiliti bangunan
  • Bertindak mempengaruhi imej pengurusan fasiliti
10:00 KEBAIKAN PENGURUSAN FASILITI
  • Pengurusan secara profesional (berkomputer)
11:00 PENSTORAN
  • Menyediakan satu kemudahan menyimpan alat ganti dan lain lain kemudahan yang selamat
12:00 BAJET DAN PERAKAUAN
  • Menjana bajet, melaksana kos perakauanan dan kawalan peruntukan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 KAWALAN KOS
  • Menyediakan kawalan kos yang boleh menentukan kos sebenar, menyimpan rekod dan mengawal kos kerja yang efisien dan menguntungkan
3:45 REKOD DAN ANALISIS
  • Merekod semua pelaksanaan kerja pengurusan dan menganalisis bagi mengenalpasti sebarang kelemahan untuk penambahbaikan atau trend baru pengurusan.
4:30 KESIMPULAN
  • Penjelasan secara ringkas dan padat mengenai pelaksanaan pengurusan fasiliti bangunan yang terbaik
5:00 Kursus Tamat


 

LEARN FROM THE BEST

JURULATIH TEKNIKAL
HJ. ROZALI BIN AYED

 

Hj. Rozali bin Ayed telah lebih 49 tahun berpengalaman dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk syarikat Karo Engineering Services yang pakar dalam bidang pepasangan, ujian dan selenggaraan sistem pepasangan dan kelengkapan eletrik. Sepanjang 49 tahun berkhidmat dalam bidang elektrik, beliau pernah memegang beberapa jawatan sebagai Chargeman Tertinggi, Juruteknik Kanan, Fomen Elektrik, Penolong Jurutera, Pengurus Kanan Projek Pembinaan Bangunan, Pengurus Fasiliti Bangunan, Juruperunding Mechanical & Electrical, Penasihat Teknikal, Juruperunding Latihan Teknikal di dua sektor iaitu sektor awam dan swasta.

 

Beliau juga berkebolehan dan berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, syarahan, latihan dan perunding latihan teknikal lebih dari 38 tahun, sekarang secara tidak sepenuh masa berkhidmat dengan Construction Industrial Development Board (CIDB) sebagai Pegawai Penilai Kelayakan Penyelia Tapak Binaan bidang elektrik. Selain dari itu beliau secara resmi diiktiraf sebagai Train The Trainer (TTT) yang dianugerahkan oleh Pusat Sumber Manusia Berhad (PSMB) Malaysia.

 

Beliau juga telah lulus peperiksaan khas kerajaan yang melayakkan beliau sebagai Penolong Jurutera/Jurutera Elektrik. Pemegang Diploma Kuasa Elektrik, Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi Elektrik dianugerah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Juga pemegang sijil Profesional sebagai Penyelia kejuruteraan Elektrik, Chargeman kategori B4 – 33KV, Wireman PW4 3-fasa dan Endorsan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Gas Malaysia. Pernah dengan jayanya menghadiri kursus Teknikal dan Industri di Jepun anjuran Associataion of Overseas Technical Scholarship (AOTS) Jepun, di NEC Corporation Tokyo Jepun (1984-1985). Juga dengan jayanya menghadiri kursus User Training Energy Management System (EnMS) – ISO 50001, dan User Training in Fan Optimization dalam tahun 2012 anjuran Industrial Energy Efficiency for Malaysia Manufacturing Sector dengan kerjasama United Nation Industrial Development Organization (UNIDO).

 

VENUE DETAILS

Parkroyal Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur

Phone :03 2147 0088

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my