Undang-Undang Pajakan & Sewaan Untuk Pemilik & Pengurus Hartanah

27 Sep, 2017, Seri Pacific Hotel

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Prof Salleh Buang pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor sehingga tahun 2013.

 

Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia (dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa & Pustaka), beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.

 

Beliau menjadi kolumnis tetap di akhbar Utusan Malaysia, the New Straits Times dan Berita Harian. Beliau kini menjadi Timbalan Pengerusi dan ahli Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW).

Venue Details

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur,
Phone : 03 4042 5555

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Sessi Pertama : Pengenalan
  • Sessi Kedua : Pajakan & Sewaan
  • Sessi Ketiga : Syarat & Waad
  • Sessi Keempat : Penamatan & Remedi
OBJEKTIF

Kursus Kemahiran KTN mengenai aspek Pajakan dan Penyewaan (Leases & Tenancies) ini merupakan kali keempat ia dianjurkan oleh IPA dalam versi Bahasa Malaysia, setelah versi asalnya (dalam Bahasa Inggeris) dikendalikan lebih 20 kali sejak dimulai beberapa tahun yang lalu.

 

Modul sehari ini memberi huraian mendalam mengenai beberapa aspek penting urusniaga Pajakan dan Sewaan seperti yang terkandung di bawah Kanun Tanah Negara 1965, dan kemudian diperjelaskan lebih lanjut lagi dalam beberapa kes penting di mahkamah di negara ini dan di beberapa negara komanwel yang lain. Setakat ini, negara belum punyai satu Akta khas mengenai pajakan dan sewaan.

 

Selain memberi fokus kepada perkembangan terbaru mengenai undang-undang yang kompleks dan rumit ini, bengkel ini juga akan mengingatkan pemilik hartanah tentang hak dan kedudukan mereka apabila berlaku pelanggaran atau kemungkiran oleh pemajak atau penyewa (lessee / tenant) mereka, serta perkembangan berkaitan dengannya di negara asing.

METODOLOGI
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan
SIAPA PATUT HADIR

Pemaju Hartanah, Perunding Hartanah, Kontraktor, Pengurus Kontrak & Eksekutif, Kontrak Pentadbir, Arkitek, Jurutera, Penilai, Kuantiti Juruukur, Pengurus Pembinaan, Bandar Perancang, Penasihat Undang-Undang, Peguam, Pengurus Projek, Pengurus Harta, Pengurus Pemasaran, Agen Estet, Pemilik, Ahli Bank, Pembiaya, Pengurus Pentadbiran Tanah, Penasihat Pelaburan, Pengurus Pembangunan & Perancangan, Penyelaras Projek.

 
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00 SESSI PERTAMA: PENGENALAN
 
  KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG HARTANAH SEPINTAS LALU
  • Sistem Torrens: dulu dan sekarang
  • Borang yang ditetapkan & Pendaftaran
  • Hakmilik yang tidak boleh disangkal; s. 340 KTN; segera atau bertangguh?
  • Peranan Mahkamah Tinggi / Pentadbir Tanah
  • Analisis ringkas pindaan KTN 2016
  SURATAN HAKIMILIK DI BAWAH KTN
  • Hakmilik di Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah
  • Hakmilik Sementara / Kekal
  • Kategori penggunaan tanah
  • Syarat-syarat Nyata / Tersirat
  • Sekatan Kepentingan
10:45 SESSI KEDUA: PAJAKAN & SEWAAN
  • Prinsip Am
  • Jenis urusniaga: pindahmilik, pajakan / sewaan; gadaian; ismen
  • Urusniaga berasaskan Adat / Undang- Undang Islam terus diiktiraf
  URUSNIAGA YANG DIIKTIRAF DI BAWAH KTN
  • Hakmilik di Pejabat Pendaftar / Pejabat Tanah
  • Hakmilik Sementara / Kekal
  • Kategori penggunaan tanah
  • Syarat-syarat Nyata / Tersirat
  • Sekatan Kepentingan
  TEMPOH / BENTUK PAJAKAN DAN SEWAAN
  • Tempoh pajakan dan sewaan
  • Ciri-ciri utama
  • Kajian kes terpilih
  TERMA DAN SYARAT
  • Kewajipan / bebanan pemilik hartanah
  • Kewajipan / bebanan pemajak / penyewa
  KEMUNGKIRAN OLEH PEMAJAK / PENYEWA
  • Distress
  • Mengusir keluar pemajak / penyewa: perlu perintah mahkamah?
  PENYEWAAN BERGANDA EKUITI
  • Bila situasi ini boleh timbul
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 SESSI KETIGA: SYARAT & WAAD

  MENGENAL PASTI NIAT KEDUA-DUA PIHAK

  TERMA NYATA ATAU TERSIRAT? MUTLAK ATAU BERSYARAT?

  OBLIGASI PEMILIK HARTANAH - MUTLAK ATAU BERSYARAT?

  OBLIGASI PEMAJAK / PENYEWA - MEMBAYAR SEWA / SECURITY DEPOSIT

  KEMUNGKIRAN PEMILIK HARTA – HAK PENYEWA

  KEMUNGKIRAN PEMAJAK & PENYEWA – HAK PEMILIK HARTA

  OPSYEN MEMBAHARUI TEMPOH

  OBLIGASI PEMILIK HARTANAH – MENJALANKAN “REPAIR”

  OBLIGAI PEMAJAK & PENYEWA – “KEEP IN REPAIR”

3:45 SESSI KEEMPAT: PENAMATAN & REMEDI

  HAK PEMILIK HARTANAH BILA PAJAK / SEWAAN BERAKHIR

  HAK PEMAJAK / PENYEWA: MENGAMBIL KELUAR BARANG KEPUNYAANNYA

  REMEDI PEMILIK JIKA PEMAJAK / PENYEWA ENGGAN KELUAR (MENGOSONGKAN PREMIS)

  APAKAH UNDANG-UNDANG KITA
PRO-PEMILIK / PRO-PENYEWA?

  KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN AKTA BERKAITAN DI NEGARA LAIN

  SESSI SOAL JAWAB

5:00 Tamat Kursus