Learn from the Best
Manoharan Murugeson, mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang amat luas dalam bidang ‘Supply Chain’ dan Latihan. Beliau mempunyai pengalaman selama 21 tahun bekerja untuk organisasi-organisasi besar, sederhana dan kecil sebagai pengurus logistik dan supply chain. Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman mengajar/melatih melebihi 27 tahun dalam bidang yang sama. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pengurusan (MBA) daripada USA, Diploma Lanjutan dalam bidang Pengurusan daripada UK dan pelbagai Sijil dalam bidang logistik dan supply chain.
Beliau telah mendapat pengalaman praktikal daripada situasi-situasi yang mencabar dalam pekerjaan beliau seperti pengendalian gudang, pembelian, pengurusan inventori, pengauditan stok, penentuan siri kod barangan dan pengurusan projek. Pelanggan-pelanggan beliau terdiri daripada organisasi semua saiz; dari yang sederhana sehingga organisasi yang terkemuka yang terdiri daripada industri-industri pengeluaran, logistik dan supply chain, perbankkan, petrolium dan gas, pencetakkan, hospital-hospital, dan industri servis.
Manoharan telah menjadi fasilitator di forum-forum dan kursus-kursus untuk awam dan korporat di Malaysia, Indonesia, Brunei, Oman, etc. Kepakaran beliau adalah dalam bidang-bidang seperti pergudangan, logistik secara menyeluruh, pengurusan supply chain cara-cara perolehan, pengurusan keperluan dan pembekalan, kawalan inventori, pengurusan operasi dan kemahiran perundingan.
Contact us
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my