Undang-Undang Perumahan Strata

20 Nov, 2017, Seri Pacific Hotel

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Prof. Dato’ Salleh Buang pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor sehingga tahun 2013.

 

Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia (dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa & Pustaka),beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.

 

Beliau menjadi kolumnis tetap di akhbar Utusan Malaysia, the New Straits Times dan Berita Harian. Beliau kini menjadi Timbalan Pengerusi dan ahli Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW).

Venue Details

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra 50350 Kuala Lumpur,
Phone : 03 4042 5555

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

FOKUS KEPADA PINDAAN & PERKEMBANGAN TERKINI
  • Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
  • Akta Pengurusan 2013 (Akta 757)
  • Akta Pemajuan Perumahan (K&P) 1966 (Akta 118)
  • Pelbagai Akta, Peraturan, Kaedah Berkaitan
OBJEKTIF

Kehidupan berstrata (yang mula diperkenalkan empat dekad lalu) kini sudah menjadi satu norma kehidupan penduduk bandar. Pada awal tahun 2015, terdapat lebih 1.4 juta petak telah dibina, manakala jumlah penduduk strata di semenanjung sudah mencecah angka 5.6 juta orang (hampir 20% jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia).

 

Penghuni hartanah begini perlu sedar tentang beban yang mereka pikul (seiring dengan hak yang mereka ada) di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2015, menggantikan Akta 663 (yang dimansuhkan).

 

Matlamat utama pelbagai Akta dan Peraturan yang menjadi tumpuan perbincangan dalam Bengkel sehari ini adalah bagi mempastikan bahawa sebaik sahaja satu bangunan berstrata itu siap dibina oleh syarikat pemaju, pembeli petak di bangunan itu akan menerima milikan kosong pada tarikh yang dijanjikan, bersama suratan hakmilik strata yang boleh segera dipindahmilik kepada pembeli. Tidak timbul masalah lama seperti bangunan lambat siap, atau milikan kosong telah diberi kepada pembeli tetapi suratan hakmilik strata belum lagi dikeluarkan.

 

Matlamat kedua undang-undang ini, iaitu penubuhan Tribunal Pengurusan Strata, adalah untuk menyelesaikan segala pertikaian agar satu prasarana kehidupan yang lestari dan harmoni dapat diwujudkan. Setiap pemilik petak dalam bangunan berstrata perlu ingat bahawa selain memikul bebanan kewangan yang berat (caj penyenggaraan dan caruman kepada sinking fund), dia juga perlu bersedia melibatkan dirinya dalam hal ehwal perbadanan pengurusan. Kehidupan berstrata adalah kehidupan berkomuniti yang sentiasa tertakluk kepada pelbagai peraturan dan pantang larang, sekali gus memerlukan kesabaran serta kemampuan untuk melaksanakan satu sistem kawal diri.

SIAPA PATUT HADIR
  • Pemaju Hartanah
  • Perunding Hartanah
  • Pengurus Hartanah
  • Ahli Bank
  • Syarikat- Syarikat Insurans
  • Pembiaya
  • Penilai
  • Pengurus Pentadbiran Tanah
  • Penasihat Pelaburan
  • Pengurus Pembangunan & Perancangan
  • Perancang Bandar
  • Penyelaras Projek
  • Kontraktor
  • Pengurus & Eksekutif Kontrak
  • Pentadbir Kontrak
  • Arkitek
  • Jurutera
  • Kuantiti Juruukur
  • Pengurus Binaan
  • Penasihat Undang-Undang
  • Peguam
  • Pengurus Projek
  • Badan-Badan Kerajaan
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Ahli Akademik
METODOLOGI

Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan

KANDUNGAN KURSUS
9.00 SESSI PERTAMA: UNDANG-UNDANG ASAS PERUMAHAN STRATA
  • Mohon kebenaran merancang dari PBT – Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
  • Mohon kebenaran pembangunan dari PBN – Kanun Tanah Negara 1965
  • Mohon lesen pemaju, permit jualan dari KP – Akta Kemajuan Perumahan (Kawalan & Perlesenan) 1966 (Akta 118)
  • Mohon suratan hakmilik strata – Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
  • Isu pengurusan bangunan berstrata, harta bersama – Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
  • Memahami dan menilai kesan pindaan terkini Akta / Peraturan berkaitan
  • Rumusan
10.45 SESSI KEDUA: PEMAJU: HAK DAN KEWAJIPAN
  • Mematuhi Akta 118 dan Peraturan 1989 (Jadual H) – melaksanakan kewajipan di bawah SPA; menyiapkan bangunan, menyerahkan milikan kosong, menyerahkan suratan hakmilik, memindahmilik kepada pembeli.
  • Mematuhi Akta 318 – memohon pecah- bahagi bangunan, memohon suratan hakmilik strata, memindahmilik kepada pembeli.
  • Mematuhi Akta 757 – mengenakan (mengutip) caj penyenggaraan, caruman kepada sinking fund, mendapatkan balik kos yang dibelanjakan; membuka akuan caj /
    caruman sebelum kutipan boleh dibuat.
  • Mengurus bangunan sebelum diserahkan kepada JMB dan MC (Perbadanan Pengurusan).
  • Menyerahkan wang / rekod dsb kepada MC.
  PERBADANAN PENGURUSAN: HAK DAN KEWAJIPAN
  • Bila MC ditubuhkan; urusan dengan COB
  • Hak MC – mengenakan (mengutip) caj penyenggaraan, caruman kepada sinking fund; mendapatkan balik kos yang dibelanjakan; merujuk kes kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Tribunal apabila perlu
  • Tugas utama MC – membuka akaun caj / caruman (sebelum boleh melakasanakan kutipan) dari pemilik petak; mengurus bangunan, termasuk harta bersama; melaksanakan by-laws, mematuhi kehendak undang-undang dan perintah PBT / arahan Pesuruhjaya Bangunan; menyelesaikan pertikaian.
1:00 Makan Tengahari

2:00 SESSI KETIGA: PEMBELI / PEMILIK PETAK: HAK DAN KEWAJIPAN
  • Hak sebagai pembeli di bawah SPA – jika pemaju gagal memulakan projek; jika pemaju lambat menyiapkan projek; jika ada kecacatan pada bangunan yang disiapkan.
  • Hak sebagai pemilik petak (di bawah Akta Hakmilik Strata) – mendapatkan milikan kosong (VP); mendapatkan suratan hakmilik strata; mendapatkan pindahmilik petak,
    didaftarkan sebagai pemilik petak.
  • Hak menikmati harta bersama; harta bersama terhad; melibatkan diri dalam perbadanan pengurusan (MC), perbadanan pengurusan subsidiary.
  • Tanggungjawab membayar caj penyenggaraan, membayar caruman kepada sinking fund; kesan kegagalan / keengganan membayar caj dan caruman; waran tahanan barang alih; kes dirujuk kepada Tribunal
  • Tanggungjawab membayar cukai petak; kesan gagal / ingkar bayar cukai petak; petak boleh dirampas; kesan Akta A1518
  • Hak merujuk kes kepada Tribunal
3.45 SESSI KEEMPAT: UNDANG-UNDANG KECIL (BY- LAWS)
  • Kandungan by-laws – elemen utama
  • Melaksanakan / mematuhi by-laws
  • Pelanggaran / penalti
  TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
  • Penubuhan Tribunal
  • Bidangkuasa Tribunal
  • Prosedur
  • Award
  • Penalti jika ingkar perintah
  • Rumusan
5:00 Kursus Tamat