PROF. SALLEH BUANG, seorang bekas Peguam Persekutuan di JabatanPeguam Negara, Kuala Lumpur, pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, sebelum bersara dan menjadi konsultan sepenuh masa. Sehingga tahun 2013, beliau memegang jawatan sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi & Hartanah, UTM, Skudai, Johor.
Beliau telah mengendalikan pelbagai kursus dan seminar dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang tanah, perumahan, perancangan, usahama antarabangsa, pembinaan, komputer dan sebagainya. Beliau telah menghasilkan lebih 25 buku dan monograf undang-undang, termasuklah “The Malaysian Torrens System” (Dewan Bahasa dan Pustaka), “TheMalaysian Law on Housing Developers” (Sweet & Maxwell), dan “Smart Growth” (Pacifica Publication). Karya terbarunya adalah “Land Tenure” (2014) terbitan DBP.
Prof Salleh kini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW), dan masih aktif sebagai kolumnis di akhbar Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian.
Seri Pacific Hotel
Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur,
- 50350
Phone : (603) 4042 5555
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
FOKUS MENGENAI |
|
OBJEKTIF |
Usia Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) kini sudah mencecah usia lebih 50 tahun, manakala Enakmen Tanah Rizab Melayu (ETRM) sudah melebihi 100 tahun. KTN telah diperbaharui di bawah Akta A1516 (mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 oleh P.U.(B) 527 bertarikh 21 Disember 2016) tetapi masih banyak lagi isu yang belum selesai, manakala beberapa perakuan penambahbaikan lain sebelum ini belum lagi dilaksanakan. Tidak seperti KTN, ETRM masih lagi di takuk lama, manakala beberapa cadangan penambahbaikan sebelum ini kekal tinggal sebagai cadangan.
Peristiwa seperti bencana alam di Cameron Highlands (November 2014) mengingatkan kita tentang kelemahan KTN (misalnya mengenai pemberian TOL) serta sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu. Krisis yang dihadapi penduduk beberapa kampung Melayu di Pulau Pinang adalah natijah kegagalan PBN menjaga kepentingan rakyat, sekali gus menampilkan kekerasan KTN melibatkan isu security of tenure.
Walaupun kesilapan Mahkamah Persekutuan dalam kes Boonsom Boonyanit (2001) telah diperbetulkan, isu Dana Pampasan (Assurance Fund) masih lagi belum selesai. Begitu juga dengan isu penubuhan Tribunal Tanah dan beberapa cadangan penambahbaikan yang lain, seperti mewujudkan satu bentuk suratan hakmilik.
Bengkel khas sehari ini akan mengupas segala masalah yang dihadapi masa kini oleh Pentadbir Tanah, pemilik dan pemaju di negara ini dan di penghujungnya diharapkan satu penyelesaian yang menyeluruh dapat dikemukakan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab. |
SIAPA YANG WAJAR HADIR |
|
METODOLOGI |
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan |
APA YANG AKAN DIPERLAJARI | ||||||||||||||||||||||
|