Ke Arah Kemahiran &Tanggungjawab Penyelia Yang Efektif

18-19 Sep, 2017, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Penyeliaan Dan Pengurusan
  • Peranan Penyelia Terhadap Sesebuah Organisasi
  • Kemahiran Dalam Penyeliaan
  • Kemahiran Spesifik Penyelia
  • Pengurusan Prestasi Pekerja
  • Kemahiran Dalam Pengurusan Dan Penyeliaan
  • Cabaran Produktiviti Di Dalam Abad Ke 21
PENGENALAN

Penyelia memainkan peranan kritikal sebagi penghubung di antara pihak pengurusan dan pekerja. Seorang penyelia bekerja, bersama dan berhadapan dengan kakitangannya setiap hari. Lebih penting, seorang penyelia perlu memimpin, mendorong dan menguruskan pasukannya untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Pada akhir bengkel ini, peserta-peserta akan berkeupayaan untuk menyelia dan memimpin pekerja-pekerja mereka secara berkesan. Kursus ini akan memastikan peserta-peserta boleh mengukur hasil-hasil penyeliaan dan kepimpinan yang berkesan.. Peserta-peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai strategi dan kemahiran-kemahiran yang melibatkan penyeliaan pekerja. Fokus seminar ini akan mengutamakan latihan dalam pembaikan produktiviti yang akan menuju kepada menambah baikan dalam kos, kualiti, kepantasan, kebergantungan dan fleksibiliti.

SELEPAS MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN DAPAT…
  1. Membentuk dan mengemaskini pengetahuan serta kemahiran yang perlu untuk penyeliaan berkesan
  2. Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab seorang penyelia terhadap pasukan pekerjanya
  3. Membantu penyelia meningkatkan kemahiran dan keberkesanan dalam pengawalan pekerja
  4. Memahami kepentingan membina pasukan sebagai cara meningkatkan produktiviti
  5. Mendedahkan penyelia kepada kemahiran yang diperlukan untuk menambahbaiki sikap dan disiplin pekerja
  6. Meningkatkan produktiviti dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah yang berkesan
  7. Memfokuskan penyelia kepada teknik mencapai 5 prestasi organisasi
SIAPA PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Ketua Di Dalam Sesebuah Unit
  • Pengurus
METODOLOGI
  • Ceramah
  • Kajian Kes
  • Praktikal & Perbincangan Umum
  • Sesi Soal Jawab
 
HARI PERTAMA
9:00 PENGENALAN KEPADA PENYELIAAN DAN PENGURUSAN
  • Apa itu pengurusan dan peranan seorang pengurus?
  • Apa itu penyeliaan dan tanggungjawab seorang penyelia?
  • Kepentingan penyeliaan yang berkesan untuk organisasi kini
  • Sembila tanggungjawab seoarang penyelia
  • Kebaikan penyeliaan yang berkesan dari aspek
    -- Kos
    -- Kualiti
    -- Kepantasan
    -- Kebergantungan
    -- Fleksibiliti
  • Tujuan penyeliaan berkesan
  • Meningkatkan operasi dari segi
    -- Kepelbagaian tinggi
    -- Volum yang rendah
10:45 PERANAN PENYELIA TERHADAP SESUATU ORGANISASI
  • Pengurusan pekerja
  • Bagaimana hendak memimpin dan mengurus pekerja
  • Cara-cara menyediakan garis pandian
  • Penentuan garis panduan melaksanakan kerja penyelia
  • Bagaimana hendak mengendalikan pekerja-pekerja bermasalah dengan mengambil kira faktor kelakuan, motivasi, pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain
  • Perkembangan pasukan dan kepentingannya
    -- Pencapaian tugas/kerja
    -- Kualiti keputusan
    -- Ketepatan keputusan
    -- Mengambil risiko
    -- Kepantasan Pembelajaran
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 KEMAHIRAN DALAM PENYELIAAN
  • Kemahiran penyeliaan untuk menambah baikan
    Produktiviti
  • Pengawalan kualiti dan produktiviti
  • Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
  • Perancangan
  • Pemberian kuasa
  • Asas-asas komunikasi dalaman
  • Pembaikan berterusan
  • Orientasi terhadap masa depan
  • Perhubungan interpersonal
  • Kelicikan organisasi
3:45 KEMAHIRAN SPESIFIK PENYELIA
  • Membina pasukan
  • Kepimpinan
  • Resolusi konflik
  • Kepakaran teknikal
  • Keusahawanan
  • Pentadiran
  • Sokongan pengurusan
  • Pengurusan sumber
  • Pengurusan masa
  • Tuntutan pelanggan
  • Cara-cara menangani tuntutan pelanggan
  • Penentuan skop kerja penyelia
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA
  • Menetapkan tujuan
  • Menyokong motivasi pekerja
  • Memerhati dan memberi maklum balas
  • Mengenal pasti autoriti penyelia
  • Melaksanakan penilaian prestasi
  • Mengemukakan masalah prestasi
  • Memecat pekerja
10:45 KEMAHIRAN DALAM PENGURUSAN DAN PENYELIAAN
  • Apakah penyeliaan dan apakah yang dilakukan oleh seorang penyelia.
  • Kelebihan kepimpinan berkesan dan penyeliaan
  • Matlamat kepempinan berkesan dan penyeliaan
  • Penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan
    Perancangan
  • Delegasi/ pemberian kuasa
  • Asas-asas komunikasi dalaman
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 CABARAN PRODUKTIVITI DI DALAM ABAD KE-21
  • Apakah produktiviti
  • Membina penyelia yang produktif
  • Nilai input pekerja
  • Model 5 unsur prestasi operasi
  • Pengukuran produktiviti
  • Kesan produktiviti terhadap ROI
  • Pengurusan produk, perkhidmatan melawan pengurusan proses
  • Cara-cara membina daya saing
  • Cara-cara mempertahankan daya saing
5:00 Kursus Tamat


 

LEARN FROM THE BEST

DR. V. THANABALAN mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.

 

Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products.Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.

 

Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.

 

Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.

 

Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.

 

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.

 

VENUE DETAILS

Vistana Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut Off Jalan Ipoh
50400 Kuala Lumpur

Phone :03 4042 8000
Fax :03 4041 1400

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my