K. Pathmanathan adalah pemegang ijazah dari Universiti of London dan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran dan pengendalian kursus dan fasih berdwibahasa. Beliau juga dipilih sebagai konsultan kepada beberapa firma gergasi dalam berbagai industri.
Beliau mempunyai banyak pengalaman melatih pemandu-pemandu korporat dari sektor kerajaan serta badan-badan swasta. Latihan beliau dalam bidang ini meliputi cara-cara yang boleh dipraktikkan dengan baik oleh para peserta supaya meningkatkan mutu kerja para peserta samaada di tempat kerja mahupun di jalanraya. Peserta dapat meningkatkan tahap komitmen yang lebih tinggi dalam menjalani tugasan serta peningkatan prestasi yang baik untuk individu dan pasukan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.
Beliau merupakan seorang pelatih yang mengendalikan kursus-kursusnya secara praktikal dan menggalakkan maklumbalas dari para pesertanya. Maklumbalas yang didapati daripada para peserta menunjukkan bahawa kursus ini berjaya dan memberi faedah kepada mereka secara peribadi dan profesional.
Pelanggan-pelanggan En K. Pathma adalah daripada industri petrokimia, sektor perkilangan, perbankan, telekomunikasi, produk dan perkhidmatan pengguna industri iaitu syarikat korporat besar seperti Petronas, PSMB, Tenaga Nasional, Jabatan Air, Telekom, TM Touch, Hitachi, Tioxide (M) Sdn. Bhd., Nippon Oil Exploration, Hewlett Packard, Penang Port, Penang Bridge Sdn Bhd, B Braun, Measat Broadcasting Network Systems, Sony, Teknik Janakuasa, Harbour Board – Sarawak, Petronas Fertilizer (Kedah) dan anak-anak syarikatnya, Fed Ex, GD Express, H . K. Lamtech, Advance Sound Products, Paramount Engineering, Motosikal & Enjin Nasional Berhad (Modenas), Suzuki, Yamaha and Sime Tyres International dan beberapa lagi.
Penyertaan dari sektor kerajaan pula termasuklah dari Jabatan Tanah, Risda, Felda, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, MARA, Majlis-Majlis tempatan & agensi-agensi kerajaan yang lain.