Kemahiran Kepimpinan Untuk Penyelia & Team Leader

25-26 Jun, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Kepimpinan
  • Perspektif Kepimpinan Untuk Pemimpin
  • Kepimpinan Dan Kecemerlangan Organisasi
  • Mengawal Disiplin Diri
  • Memotivasi Dan Meningkatkan Komitmen Pekerja
  • Kerja Berpasukan Dan Meningkatkan Semangat Kekitaan
  • Pengurusan Prestasi Pekerja
  • Perancangan Kejayaan Dan Perkembangan Kerjaya
PENGENALAN
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan seorang ketua dalam sesuatu organisasi. Ia juga berfungsi untuk membina keyakinan di kalangan ketua operator, line leader, penyelia, pengurus dan sebagainya. Adalah amat penting untuk seorang ketua bagi sesebuah syarikat berkemahiran dalam aspek kepimpinan, motivasi, membina pasukan dan perhubungan kemanusiaan. Memotivasi dan memimpin pasukan kerja yang berkesan adalah juga penting untuk peningkatan prestasi sesebuah syarikat dan juga perkembangan diri. Hasilnya adalah prestasi yang cemerlang dengan warga kerja yang cemerlang. Syarikat yang akan berjaya untuk masa depan adalah yang boleh memperoleh komitmen semua warga kerjanya.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Mengenalpasti kemahiran motivasi.
  2. Mengenalpasti sumbangan kepimpinan dalam perkembangan perhubungan manusia yang berkesan.
  3. Berkeupayaan menangani masalah disiplin dalam diri anda.
  4. Mengetahui gaya kepimpinan yang berlainan dan bagaimana anda boleh mempengaruhi pekerja dengan tabiat kerja yang positif.
  5. Mengetahui cara memotivasikan, meningkatkan komitmen dan membina kesetiaan pekerja.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Ketua Di Dalam Sesebuah Unit
  • Pengurus
METODOLOGI
Ceramah, Kajian Kes, Praktikal & Perbincangan Umum dan Sesi Soal Jawab
HARI PERTAMA
9:00 MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA KEPIMPINAN
  • Kepimpinan dan pengurusan
  • Gaya-gaya kepimpinan
  • Kenapa organisasi memerlukan kepimpinan berkesan.
  • Sikap dan pencapaian kejayaan dalam kerjaya
  • Cabaran-cabaran semasa di tempat kerja
  • Peranan dan tanggungjawab lanjutan pemimpin
  • Kepimpinan situasi
  • Aktiviti 1: Menentukan kehendak majikan dan pekerja
10.45 MODUL 2 : PERSPEKTIF KEPIMPINAN UNTUK PEMIMPIN
  • Model kepimpinan
  • Pandangan pihak pengurusan terhadap pemimpin
  • Pandangan wargakerja terhadap pemimpinnya
  • 4 peranan utama pengurusan
  • Halangan-halangan kepada kepimpinan yang berkesan
  • Menganalisa sifat nilai
  • Aktiviti 2: Perbincangan kumpulan
1:00 Makan Tengahari

2:00

MODUL 3 : KEPIMPINAN DAN KECEMERLANGAN ORGANISASI

  • Cara-cara pengukuran kecemerlangan kepimpinan
  • Model kecemerlangan organisasi
  • Tentukan hasil kerja yang diharapkan
  • Model asas-asas perubahan
  • Menerima tanggungjawab
  • Memahami 3 model minda –proaktif, zon selesa dan reaktif
  • Perubahan dari reaktif ke proaktif
  • Pergerakan dari rintangan perubahan ke pengurusan perubahan
  • Aktiviti 3: Kajian Kes
3:45 MODUL 4 : MENGAWAL DISIPLIN DIRI
  • Renungan mengenai diri
  • Potensi manusia
  • Ciri-ciri individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif
  • Tanggapan kepada halangan yang membantutkan kecemerlangan
  • Kenapa manusia tidak bermotivasi
  • Peranan warga kerja dalam pengeluaran dan produktiviti
  • Memahami gelagat manusia
  • Keperluan manusia dan cara-cara untuk memenuhinya
  • Tanggapan kepada halangan-halangan yang membantutkan kecemerlangan
  • Bagaimana hendak membina sikap mental yang positif
  • Aktiviti 4: Memain peranan
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 MODUL 5 : MEMOTIVASI DAN MENINGKATKAN KOMITMEN PEKERJA
  • Apakah itu motivasi
  • Prinsip-prinsip prestasi
  • Budaya sebagai asas untuk memotivasi pekerja
  • Sebab-sebab kenapa wargakerja tidak mencapai prestasi yang dijangka
  • Kepentingan interaksi berproduktif di tempat kerja
  • Cara-cara untuk mendorong pekerja
  • Aktiviti 5: Kajian kes
10.45 MODUL 6 : KERJA BERPASUKAN DAN MENINGKATKAN SEMANGAT KEKITAAN
  • Apakah kepentingan berfokus kepada pasukan
  • Teknik untuk membina pasukan yang berjaya
  • Komitmen dan kompetensi
  • Rancangan tindakan untuk penambahbaikan berterusan
  • Aktiviti 6: Kerja berpasukan
1:00 Makan Tengahari

2:00

MODUL 7 : PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA

  • Penentuan matlamat
  • Menyokong motivasi wargakerja
  • Menilai dan pemberian maklumbalas
  • Melaksanakan penilaian prestasi
  • Mengatasi masalah prestasi
  • Pengurusan pekerja bermasalah
  • Pengurusan konflik
  • Aktiviti 7: Video Klip
3:45 MODUL 8 : PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) DAN PERKEMBANGAN KERJAYA
  • Memahami perjalanan kerjaya
  • Peranan pemimpin dalam membina perjalanan kerjaya
  • Membina ‘back up’
  • Aktiviti 8: Perbincangan Kumpulan
  • Aktiviti 9: Kajian Kes
5:00 Kursus Tamat

 

LEARN FROM THE BEST

DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.

 

Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.

 

Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.

 

Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.

 

Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.

 

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.

 

VENUE DETAILS

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

Phone :03-2788 8888

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my