DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.
Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.
Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.
Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang
pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.
Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.
Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.
Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah,
55100 Kuala Lumpur,
- 55100
Phone : (603) 2788 8888
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
KANDUNGAN KURSUS |
|
PENGENALAN |
Permintaan yang tinggi oleh sesetengah pelanggan boleh menjadi suatu cabaran dalam sesebuah perniagaan. Sesebuah perniagaan yang berjanji keterlaluan dan tidak dapat menepati janji itu, akan berhadapan dengan pelanggan yang mencabar. Pelanggan yang tidak berpuas hati akan membuat aduan dan mempersoalkan ketidakcekapan mereka. Kegagalan dalam menangani aduan pelanggan akan mengakibatkan ketidakpuasan hati di kalangan pelanggan dan secara tidak langsung akan menyebabkan kita kehilangan pelanggan tersebut. Kursus ini dapat mengetengahkan pendekatan-pendekatan yang efektif dalam menangani aduan bagi meningkatkan kepuasan pelanggan dan seterusnya mengekalkan pelanggan tersebut. Di akhir kursus ini, para peserta akan menganalisa aduan pelanggan dan menyelesaikannya mengikut keperluan sesebuah organisasi. |
METODOLOGI |
Ceramah, Kajian Kes, Praktikal & Perbincangan Umum dan Sesi Soal Jawab |
SIAPA YANG PATUT HADIR |
|
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT… |
|
KANDUNGAN KURSUS | ||||||||||||||||||||||
|