Pemanduan Berhemah

30-31 Oct, 2017, Carlton Holiday Hotel & Suites

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

TUAN HJ. JALALUDIN BIN HJ. MOHD. NOR adalah bekas pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau sempat berkhidmat dalam 4 buah Kementerian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia selama 5 tahun.

 

Tempoh perkhidmatan yang paling lama ialah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan di tempatkan di INTAN sebagai tenaga pengajar dalam bidang Pengurusan Majlis, Protokol dan Pentadbiran Am Kerajaan. Sebagai tenaga pengajar, beliau telah ditempatkan / “attached” di beberapa Bahagian dan Jabatan yang relevan dengan pengurusan Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan. Beliau berpengalaman mengendalikan majlis Rasmi Kerajaan dibawah dua Yang Dipertuan Agong iaitu semasa Sultan Ahmad Shah Pahang dan Sultan Iskandar Johor menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia.

 

Berpendidikan asas dalam Psikologi Kaunseling, Tuan Hj.Jalaludin memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan memiliki kelulusan professional , diploma in hotel and catering, specialized in Food and Beverages dan Diploma in Etiquette and Grooming dari Ecolle de Belle Juenuese Paris.

 

Dengan pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun, beliau bersara awal dari Kerajaan pada usia 45 tahun dan menubuhkan syarikat konsultan latihan sendiri dan mengendalikan banyak kursus-kursus di peringkat in-situ di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta serta syarikat GLC.

 

Pengalaman mengajar dan pengurusan membolehkan beliau mengendalikan banyak kursus-kursus Peningkatan Tahap Kompetensi dan kini kursus Program Transformasi Minda.

Venue Details

Carlton Holiday Hotel & Suites
No 1 Persiaran Akuatik Sekyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan - 40100
Phone : (603) 80738080
Fax : (603) 80738088

Click For Hotel Location

 

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • MODUL 1 | ETIKA KERJA DAN KOMUNIKASI
    -- Pengenalan Kepada Pemanduan Berhemah
    -- Etika Kerja Dan Komunikasi.
    -- Penampilan Diri Pemandu
    -- Peranan Dan Tanggungjawab
  • MODUL 2 | PENYELENGGARAAN KENDERAAN DAN LATIHAN LAPANGAN
    -- Teknik Pemanduan Berhemah
    -- Penjagaan Asas Jentera Kenderaan

    Kursus yang dianjurkan ini akan dilaksanakan selama 2 hari secara sepenuh masa di kawasan latihan yang kondusif bagi membantu mempercepatkan proses pembelajaran. Pendekatan ‘buka minda’ akan dilakukan dan diatur dinamiknya untuk memberikan peluang kepada peserta merasa pengalaman `hands-on’ semasa menjalani latihan amali sepanjang masa berkursus.
PENDAHULUAN

Dalam usaha mempertingkatkan kualiti diri seorang pemandu kenderaan di organisasi Kerajaan atau swasta, pelbagai kursus latihan telah diatur. Semua usaha yang dijalankan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya peserta berkenaan tidak dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang aspek pemanduan berhemah yang menjurus kepada peningkatan kualiti seseorang pemandu kenderaan bermotor.

 

Sehubungan dengan itu, kami ingin menawarkan satu kursus yang boleh membantu organisasi khususnya pemandu kenderaan di organisasi. Mereka perlu memiliki ilmu dan kemahiran dalam aspek sikap manusia, komunikasi dan kepentingan semangat kerja berpasukan dan kaedah menangani tekanan kerja agar mereka dapat dididik dan lahir dengan imej baru yang berketrampilan sebagai seorang pemandu yang berkaliber dan diyakini .

OBJEKTIF

Untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada kumpulan pemandu kenderaan bermotor dengan harapan organisasi dapat melahirkan pemandu yang berwibawa. Peserta akan dapat mengelakkan kemalangan dengan pengetahuan serta kemahiran. Model perlakuan yang unggul serta sikap positif akan ditekankan untuk cuba melakukan modifikasi tingkahlaku. Adunan tiga elemen utama itu diharap dapat melahirkan sesuatu yang positif.

LOKASI DAN METODOLOGI KURSUS

Kursus ini hanya memperuntukkan 60% untuk ceramah dan selebihnya adalah merupakan aktiviti latihan amali yang disesuaikan untuk peringkat dan daya fikir peserta. Belajar melalui pengalaman terutama pengalaman sendiri adalah lebih besar kesannya dari cuma mendengar untuk belajar.

Aktiviti pemanduan di bawah penyeliaan jurulatih bertauliah dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberikan satu pendedahan baru kepada semua peserta tentang teknik pemanduan dan penjagaan kenderaan yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemandu.

PENCERAMAH KURSUS

Tuan Hj. Jalaludin bin Hj. Mohd. Nor adalah bekas pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau juga sempat berkhidmat dalam 4 buah Kementerian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia selama 5 tahun.

 

Tempoh perkhidmatan yang paling lama ialah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan ditempatkan di INTAN sebagai tenaga pengajar dalam bidang Pemanduan Berhemah, Pengurusan Majlis, Protokol dan Pentadbiran Am Kerajaan.

 

Berpendidikan asas dalam Psikologi Kaunseling, Tuan Hj. Jalaludin memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan memiliki kelulusan profesional, Diploma in Hotel and Catering, specialized in Food and Beverages dan Diploma in Etiquette and Grooming dari Ecolle de Belle Juenuese Paris.

 

Dengan pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun, beliau bersara awal dari Kerajaan pada usia 45 tahun dan menubuhkan syarikat konsultan latihan sendiri dan mengendalikan banyak kursus-kursus di peringkat in-situ di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta serta syarikat GLC.

 

Pengalaman mengajar dan pengurusan membolehkan beliau mengendalikan banyak kursus-kursus "Peningkatan Tahap Kompetensi" dan kini kursus "Program Transformasi Minda".

 
HARI PERTAMA
MODUL 1 | ETIKA KERJA DAN KOMUNIKASI

9:00 PENGENALAN KEPADA PEMANDUAN BERHEMAH
  • Konsep pemanduan berhemah
  • Kawalan dan penyelengaraan buku log
  • Kawalan Penggunaan minyak
  • Keselamatan kenderaan
10:45 ETIKA KERJA DAN KOMUNIKASI
  • Konsep etika kerja
  • Tugas asasi pemandu secara khusus
  • Teknik berkomunikasi yang betul
  • Sopan santun dan budi bahasa pemandu
1:00 Makan Tengah Hari

2.00 PENAMPILAN DIRI PEMANDU
  • Konsep penampilan diri
  • Penampilan diri semasa bertugas
  • Konsep pakaian seragam
3.45 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  • Peranan Pemandu
  • Tanggungjawab kepada Organisasi, Diri dan Penumpang
  • Konsep kerja sebagai satu ibadah
5.00 Tamat Hari Pertama
 
HARI KEDUA
MODUL 2 | PENYELENGGARAAN KENDERAAN DAN LATIHAN LAPANGAN
 
9.00 TEKNIK PEMANDUAN BERHEMAH
  • Amalan pemanduan berhemah
  • Teknik pemanduan
  • Kawalan emosi semasa memandu
  • Teknik asal kawalan kenderaan
10.45 PENJAGAAN ASAS JENTERA KENDERAAN
  • Asas penjagaan enjin kenderaan
  • Komponen utama jentera kenderaan
  • Kepentingan pemeriksaan jentera
  • Pembaikan asas dan servis jentera
1:00 Makan Tengah Hari

2.00 LATIHAN LAPANGAN PEMANDUAN DENGAN JURULATIH BERTAULIAH
  • Latihan kawalan kelajuan
  • Kawalan steering dan pemanduan
  • Latihan kawalan kecemasan
  • Latihan memberhentikan kenderaan dalam kecemasan
5.00 Tamat Kursus
PENUTUP

Kursus latihan yang intensif ini dirancang dan akan dilaksanakan secara teratur bagi membangkitkan rasa `AKU BOLEH ' dan ciri-ciri kepimpinan yang sedia wujud dalam diri setiap peserta. Kesedaran diperkukuhkan melalui peneguhan yang dibuat dalam latih-amal atau kerja bengkel yang telah diaturkan. Ianya dirancang bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada peserta bahawa sebagai pemandu dalam satu pasukan kerja, bimbingan dan
semangat toleransi rakan sekerja diadun dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugas. Ianya akan membantu mengurangkan tekanan yang sering dihadapi di tempat kerja masing-masing dan berjaya menghasilkan satu pasukan kerja pemandu yang cekap, mantap, jitu dan berwibawa.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI
PESERTA
AKAN...
  1. Mengenalpasti maksud dan matlamat pemanduan berhemah.
  2. Meningkatkan kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi semasa di jalanraya.
  3. Berupaya mengawal emosi melalui kaedah pengendalian stress (tekanan).
  4. Melakukan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemandu yang berinisiatif dan berwibawa.