Kanun Tanah Negara & Enakmen Rizab Melayu

30 Apr, 2018, Kuala Lumpur

FOKUS MENGENAI
  • Pemodenan sistem Torrens, profesion baru Konsultan Tanah
  • Tranformasi pentadbiran & pengurusan tanah
  • Kuasa budibicara PBN dan kepentigan rakyat
  • Urusniaga, sistem kaveat & pembangunan tanah
  • Tanah rizab Melayu – masih relevan?

    Perbincangan mengenai (antara lain) isu pembangunan tanah Felda di Jalan Semarak, projek mega Forest City, projek tambak laut dan pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang, projek SZEB di Bukit Kayu Hitam, dan gadaian TRM kepada bank tempatan.
OBJEKTIF

Usia Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) kini sudah mencecah usia lebih 50 tahun, manakala Enakmen Tanah Rizab Melayu (ETRM) sudah melebihi 100 tahun. KTN telah diperbaharui di bawah Akta A1516 (mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 oleh P.U.(B) 527 bertarikh 21 Disember 2016) tetapi masih banyak lagi isu yang belum selesai, manakala beberapa perakuan penambahbaikan lain sebelum ini belum lagi dilaksanakan. Tidak seperti KTN, ETRM masih lagi di takuk lama, manakala beberapa cadangan penambahbaikan sebelum ini kekal tinggal sebagai cadangan.

 

Peristiwa seperti bencana alam di Cameron Highlands (November 2014) mengingatkan kita tentang kelemahan KTN (misalnya mengenai pemberian TOL) serta sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu. Krisis yang dihadapi penduduk beberapa kampung Melayu di Pulau Pinang adalah natijah kegagalan PBN menjaga kepentingan rakyat, sekali gus menampilkan kekerasan KTN melibatkan isu security of tenure.

 

Walaupun kesilapan Mahkamah Persekutuan dalam kes Boonsom Boonyanit (2001) telah diperbetulkan, isu Dana Pampasan (Assurance Fund) masih lagi belum selesai. Begitu juga dengan isu penubuhan Tribunal Tanah dan beberapa cadangan penambahbaikan yang lain, seperti mewujudkan satu bentuk suratan hakmilik.

 

Bengkel khas sehari ini akan mengupas segala masalah yang dihadapi masa kini oleh Pentadbir Tanah, pemilik dan pemaju di negara ini dan di penghujungnya diharapkan satu penyelesaian yang menyeluruh dapat dikemukakan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab.

SIAPA YANG WAJAR HADIR
  • Pengurus hartanah
  • Pengurus pemasaran
  • Juruukur
  • Pemaju hartanah
  • Peguam dan kakitangan peguam
  • Penasihat undang-undang di sector swasta dan agensi awam
  • Pentadbir Tanah
  • Pegawai Kanan di Jabatan Kerajaan dan Kementerian
  • Pegawai dan pengurus di institusi kewangan
  • Penasihat pelaburan
  • Pengurus projek
  • Jurunilai
  • Konsultan hartanah
  • Pemilik tanah
METODOLOGI

Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan

APA YANG AKAN DIPERLAJARI
9:00 SESSI PERTAMA
  • Sistem Torrens – asal usul, ciri utama, kekuatan dan kelemahan, peralihan dari alam kertas ke alam digital
  • Kanun Tanah Negara – kandungan utama, kekerasan undang-undang, pengaruh adat / undang-undang Islam / undang-undang Inggeris, usaha penambahbaikan, Akta A1516
  • Pihak Berkuasa Negeri (PBN) – kuasa dan budibicara membuat pelupusan, ketelusan prosedur, hijacking dan salah guna kuasa, pelupusan menerusi pemberian milik & selain pemberianmilik, kedudukan setinggan, kes Sidek (Perak) dan kes Kampung Buah Pala (Pulau Pinang)
  • Tanah freehold, tanah leasehold, Tanah TOL, tanah bawah tanah (stratum), tanah atas tanah (spatium), tanah tambak laut, tanah terbiar, tanah milik bersama.
  • Pentadbiran Tanah – penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan tanah, E-Tanah, Tribunal Tanah, profesion baru Konsultan Tanah
10.45 SESSI KEDUA
  • Konsep “indefeasibility” di bawah KTN – kesilapan dalam kes Boonsom Boonyanit – ketiadaan Assurance Fund
  • Urusniaga yang diiktiraf di bawah KTN – pindahmilik, pajakan & sewaan, gadaian, lien, ismen – borang dan pendaftara – pengaruh ekuiti – pengaruh undang-undang Islam.
  • Sistem kaveat di bawah KTN – kaveat persendirian, kaveat pemegang lien, kaveat amanah, kaveat Pendaftar, kes tanah Felda di Jalan Semarak
1:00 Makan Tengah Hari

2.15 SESSI KETIGA
  • Bolehkah tanah anda dibangunkan? – rancangan struktur, rancangan tempatan, pemakaian Akta 172, kewajipan mendapatkan kebenaran merancang, kes pembangunan Batu Caves, KL
  • Memahami maksud pembangunan lestari, Local Agenda 21, New Urban Agenda; World Urban Forum (WUF9) ke9, Kuala Lumpur (Feb 2018).
  • Prosedur membangunkan tanah di bawah KTN – tiga pilihan yang ada, kes pembangunan di Johor Baru waterfront, kes pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang
  • Kenapa pembangunan menerusi “Land Readjustment” gagal?
3.50 SESSI KEEMPAT
  • Wasiat Raja-Raja Melayu mengenai tanah rizab Melayu
  • Pengambilan TRM untuk maksud pembangunan – kewajipan menggantinya di bawah Perlembagaan Perekutuan
  • Takrif “Melayu” yang berbeza – kajian kes, kenapa keadaan ini berterusan? Tindakan terbaru Kerajaan Kedah mengenai gadaian TRM kepada institusi kewangan
  • Sekatan yang dikenakan kepada TRM di bawah Enakmen Negeri – kajian kes, bilakah ETRM boleh diseragam?
  • Cadangan pindaan / pembaharuan ETRM di masa lampau – kenapa tidak diteruskan?
  • Cadangan terbaru – Deraf Akta Tanah Rizab Melayu, siapa boleh mula?
  • Masa depan TRM – masih relevan?
5:00 Kursus Tamat

 

LEARN FROM THE BEST

PROF. SALLEH BUANG, seorang bekas Peguam Persekutuan di JabatanPeguam Negara, Kuala Lumpur, pernah bertugas sebagai Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, sebelum bersara dan menjadi konsultan sepenuh masa. Sehingga tahun 2013, beliau memegang jawatan sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi & Hartanah, UTM, Skudai, Johor.

Beliau telah mengendalikan pelbagai kursus dan seminar dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang tanah, perumahan, perancangan, usahama antarabangsa, pembinaan, komputer dan sebagainya. Beliau telah menghasilkan lebih 25 buku dan monograf undang-undang, termasuklah “The Malaysian Torrens System” (Dewan Bahasa dan Pustaka), “TheMalaysian Law on Housing Developers” (Sweet & Maxwell), dan “Smart Growth” (Pacifica Publication). Karya terbarunya adalah “Land Tenure” (2014) terbitan DBP.

Prof Salleh kini adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW),  dan masih aktif sebagai kolumnis di akhbar Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian.

 

 

VENUE DETAILS

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra
50350 Kuala Lumpur
- 50350
Phone :(603) 4042 5555

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my