Penulisan Surat Rasmi, Memo, Emel & Minit Mesyuarat

10-11 Oct, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Jenis-Jenis Penulisan
  • Panduan Penulisan Surat Rasmi
  • Latihan Amali Penulisan Surat Rasmi
  • Panduan Penulisan Memo
  • Panduan Penulisan E-Mel
  • Latihan Amali Penulisan Memo Dan E-Mel
  • Penggunaan Bahasa Dalam Surat Rasmi, Memo, Dan E-mel
  • Format Penulisan Minit Mesyuarat
  • Latihan Amali Penulisan Minit Mesyuarat
PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi. Kemahiran ini membolehkan mereka menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu penulisan.

 

Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu untuk dihasilkan. Adalah penting untuk semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi di mana mereka bekerja.

OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Dengan demikian para peserta akan dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.

RUANGLINGKUP LATIHAN

Kursus ini memberi tumpuan di dalam latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam membuat penulisan surat rasmi, mem, e-mel dan minit mesyuarat.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN…
  1. Memahami ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan yang berbentuk surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Mengetahui penggunaan bahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Mengetahui kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan.
SIAPA YANG PATUT HADIR

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam Penulisan Surat Rasmi, Memo, Emel dan Minit Mesyuarat.

METODOLOGI

Kursus ini akan dijalankan menggunakan gabungan pelbagai pendekatan termasuklah:

  • Ceramah dan huraian mengenai topik-topik yang telah ditetapkan
  • Perbincangan dan sesi maklum balas bersama peserta
  • Latihan amali bagi setiap jenis penulisan (surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat)
  • Komen dan maklum balas penceramah ke atas hasil latihan amali oleh peserta.
HARI PERTAMA
9:00 PENGENALAN JENIS-JENIS PENULISAN
  • Surat rasmi
  • Memo
  • E-mel
  • Minit Mesyuarat
10.45 PANDUAN PENULISAN SURAT RASMI
  • Kepala Surat (Letterhead)
  • Nombor Rujukan
  • Tarikh
  • Nombor Faksimile
  • Nama dan Alamat Penerima
  • Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan
  • Tajuk
  • Isi Kandungan
  • Pengakhiran Surat
  • Muka Surat
  • Lampiran
1:00 Makan Tengah Hari

2.00 LATIHAN AMALI PENULISAN SURAT RASMI
  • Latihan Berkumpulan Bagi Melihat dan Menilai Pemahaman Peserta. Pembentangan Akan Dibuat Mengikut Kumpulan dan Penceramah Memberi Maklum Balas di Akhir Setiap Pembentangan
3.45 PANDUAN PENULISAN MEMO
  • Ciri-Ciri Memo Yang Baik
  • Kaedah Penulisan Memo
  • Jenis-Jenis Memo
  • Format Memo
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 PANDUAN PENULISAN E-MEL
  • Ciri-ciri e-mel yang baik
  • Format E-mel
  LATIHAN AMALI PENULISAN MEMO DAN E-MEL
 
10.45 PENGGUNAAN BAHASA DALAM SURAT RASMI, MEMO, DAN E-MEL
  • Penggunaan frasa penanda yang betul
  • Kesalahan-kesalahan Penggunaan Ayat dan Bahasa
12.00 FORMAT PENULISAN MINIT MESYUARAT
  • Penyediaan Rangka Minit Mesyuarat
  • Format Minit Mesyuarat
1:00 Makan Tengah Hari

2.00 FORMAT PENULISAN MINIT MESYUARAT (SAMBUNGAN)
  • Teknik Penulisan Minit Mesyuarat
  • Kesilapan di Dalam Penulisan Minit Mesyuarat
3.45 LATIHAN AMALI PENULISAN MINIT MESYUARAT
  • Latihan Berkumpulan Bagi Melihat dan Menilai Pemahaman Peserta. Pembentangan Akan Dibuat Mengikut Kumpulan dan Penceramah Memberi Maklum Balas di Akhir Setiap Pembentangan
5:00 Kursus Tamat

 

LEARN FROM THE BEST

En. Jumari Bin Kosrin
(BBA Syariah UM, MBA UTeM) telah memulakan karier dalam bidang latihan semenjak lebih dari 10 tahun. Telah mengandalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

 

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

 

Memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundagan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus. Berpengalaman dengan persekitaran kerja dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa menjadikan beliau mempunyai nilai tambah dalam pengendalian pelagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

 

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Intitusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.

 

VENUE DETAILS

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

Phone :03 2788 8888

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my