Pengurusan Masa Yang Efektif & Peningkatan Keberkesanan Peribadi Di Tempat Kerja Anda

20-21 Sep, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Mengenalpasti Konsep Kecemerlangan Diri Di Pejabat
  • Menyelesaikan Masalah Pejabat Secara Berkesan
  • Konsep Mengurus Masa Dan Produktiviti
  • Menggunakan Aplikasi Pengurusan Masa Yang Sesuai
  • Teknik Senarai Utamakan Tugas Harian
  • Mengurus Beban Kerja
  • Perhubungan Interpersonal Yang Positif
  • Memantapkan Perhubungan Dengan Majikan Dan Rakan Sekerja
OBJEKTIF

Sikap seorang manusia boleh berubah jika mereka menerima ilmu yang boleh memberi kesedaran untuk berubah menjadi pekerja yang lebih bersikap positif.

 

Kursus ini membolehkan peserta menghayati konsep “kecemerlangan diri” di tempat kerja dengan lebih terperinci dan jelas dari perspektif yang praktikal. Peserta juga akan menilai sejauh mana sikap membantu atau menghalang mereka untuk menjadi pekerja proaktif.

 

Di samping mempelajari konsep ini, mereka akan juga diajar bagaimana ianya boleh diamalkan setiap hari sepanjang masa. Konsep produktiviti juga dapat membantu mereka melancarkan proses kerja serta menyelesaikan tugasan yang diberi secara efektif.

METODOLOGI

Perbincangan Kumpulan, Kes Kajian serta aktiviti berkumpulan diterapkan ke dalam kursus ini supaya peserta dapat menghayati sepenuhnya konsep yang diketengahkan oleh penceramah.

 
HARI PERTAMA
9:00 MENGENALPASTI KONSEP KECEMERLANGAN DIRI DI PEJABAT
  • Apakah 2 kategori Kecemerlangan?
  • 5 Kriteria Kecemerlangan Tugas
  • Rahsia Kecemerlangan Diri
  • Bagaimana Menonjol Imej Yang Profesional?
10:45 MENYELESAIKAN MASALAH PEJABAT SECARA BERKESAN
  • Jenis-jenis Masalah Yang Sering Dihadapi
  • Kategorikan dan Nilai Masalah Anda
  • Konsep ”Penyelesaian Masalah” Yang Efektif
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 KONSEP MENGURUS MASA DAN PRODUKTIVITI
  • 4 Kategori Masa Di pejabat
  • Matriks Pengurusan Masa
  • Analisa Kerja Yang Berproduktif Tinggi
  • Mengurus Stres Di kuadran Yang Betul
3:45 MENGGUNAKAN APLIKASI PENGURUSAN MASA YANG SESUAI
  • Mengubah dan Menyesuaikan Aplikasi
  • Manfaat e-kalendar
  • Mengurus email Dengan Lebih Berkesan
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 TEKNIK SENARAI UTAMAKAN TUGAS HARIAN
  • Analisa Jadual Kerja harian
  • Fokus Terhadap Tugsan Yang Penting
  • Senarai Tugasan Mengikut Keutamaan
  • Konsep “Dahulu” dan “ Utama”
10:45 MENGURUS BEBAN KERJA
  • Mengenalpasti Kaedah kerja Yang Pantas
  • Pengunaan Format yang Tepat
  • Mengurus Tugas Secara Sistematik dan Kemas
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 PERHUBUNGAN INTERPERSONAL YANG POSITIF
  • Contoh-contoh Nilai Moral Yang Mulia
  • Apakah Etika Kerja Yang Positif?
  • Teknik Kawalan Emosi
  • Pengunaan Ayat yang Positif
3:45 MEMANTAPKAN PERHUBUNGAN DENGAN MAJIKAN DAN RAKAN SEKERJA
  • 3 Rahsia Komunikasi Rasmi
  • Pemilihan Ayat Yang Membentuk Personaliti Cemerlang
  • Menukar Imej Negatif Kepada Positif
5:00 Kursus Tamat
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN...
  1. Mengenalpasti kriteria ”kecemerlangan diri” masing-masing.
  2. Mempraktikkan teknik etika kerja yang profesional.
  3. Memahami kenapa perlu menggunakan aplikasi yang sesuai ketika mengurus masa.
  4. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri apabila berhubung dengan orang lain
  5. Mengenalpasti jenis-jenis tugasan yang dianggap berproduktiviti tinggi.
  6. Mempelajari kaedah senarai utama tugas harian.
  7. Mempelajari bagaimana melakukan kerja dengan lebih efisyen dan beban kerja dapat dikurangkan.
  8. Merapatkan hubungan dan menjaga keharmonian pejabat dengan semangat berpasukan yang positif.


 

LEARN FROM THE BEST

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau telah melatih ramai pekerja baik dari sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang jururunding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) di dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, HolidayInn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang sangat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terdapat sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kepada kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

 

VENUE DETAILS

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

Phone :03-2788 8888

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my