Pengurusan Majlis Rasmi Secara Profesional

26-27 Sep, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengurusan Majlis
  • Pembentukan Jawatankuasa
  • Buku Acara Pentadbiran
  • Urusan Jemputan dan Kad Jemputan
  • Susunatur Dewan / Bilik
  • Penyambut Tetamu dan Petugas Pengiring
  • Pengacaraan Majlis
  • Etiket dan Kemahiran Sosial
RASIONAL

Pengurusan majlis rasmi adalah satu kemahiran yang amat perlu dimiliki oleh semua peringkat pengurusan organisasi. Pengetahuan dan kemahiran ini tidak sahaja bagi mereka di bahagian pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga dimiliki oleh semua warga organisasi. Ini disebabkan tugas dan tanggungjawab pengurusan bukan sahaja melibatkan sekumpulan warga kerja organisasi berkenaan, tetapi ianya melibatkan semua warga organisasi demi kelancaran program dan acara yang diadakan di dalam sesuatu majlis. Untuk itu, pengetahuan mengenai pengurusan majlis, terutama aspek protokol dan etiket adalah sangat penting.

LATARBELAKANG

Seperti yang biasa berlaku di mana-mana organisasi samada di organisasi Kerajaan, Badan Berkanun atau organisasi swasta, pengurusan majlis rasmi yang bakal diadakan akan diserahkan kepada beberapa orang personel di organisasi berkenaan sahaja. Bersandarkan kepada pengalaman dan keterlibatan, maka mereka yang pernah terlibat sahaja akan mengulangi tugasan yang sama dalam pengurusan satu-satu majlis rasmi. Sebenarnya, mereka yang lain juga boleh melakukan dan terlibat dalam pengurusan majlis sekiranya mereka mahu dan berminat melakukannya, tetapi sikap dan kesediaan menghalang mereka dari melibatkan diri dalam pengurusan majlis rasmi. Kursus yang dicadangkan ini memberikan peluang kepada semua warga organisasi di semua peringkat pengurusan untuk melibatkan diri dalam pengurusan majlis rasmi.

OBJEKTIF

Untuk memberikan pendedahan kepada semua warga organisasi terutama kumpulan Pengurusan Pertengahan tentang aspek-aspek penting protokol, perlakuan dan etiket yang betul dan bersesuaian, gaya dan tatacara pengurusan majlis rasmi secara profesional. Adalah diharapkan selepas menjalani kursus latihan ini adalah diharapkan para peserta akan;

  1. Memahami konsep pengurusan majlis terutama majlis- majlis rasmi yang melibatkan tetamu kenamaan dan tetamu biasa.
  2. Menyumbang dalam aktiviti pengurusan majlis terutama keterlibatan dalam jawatankuasa kecil, ketua protokol dan “Floor Manager”.
  3. Memahami konsep protokol dalam pengurusan majlis, urusan jemputan rasmi dan pengurusan pentadbiran tetamu VIP (Kenamaan)
  4. Memahami tugasan dan susunan acara majlis rasmi dan berupaya menangani masalah dalam majlis secara profesional dan efisyen.


AFTER ATTENDING THIS COURSE YOU WILL RETURN TO YOUR JOB...
  1. Excelling in customer satisfaction in challenging times.
  2. Acquiring more skilful complaint handling skills.
  3. Learning how to deal with difficult customers effectively.
  4. Raising confidence level in handling complaints
  5. Avoiding common mistakes in handling customers
  6. Achieving customer’s expectation for better business success.
  7. Accomplishing your company’s goals.
  8. Achieving excellent service standards faster.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, PESERTA AKAN MEMPEROLEHI…
  1. Ilmu dan pendedahan dalam bidang pengurusan majlis rasmi di Malaysia.
  2. Pengalaman yang sangat berharga mengenai tatacara pengurusan majlis yang sempurna jika melibatkan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.
  3. Kemahiran khusus dan keyakinan untuk menjadi “floor manager”.
  4. Ilmu yang berkaitan dengan pengurusan majlis rasmi yang melibatkan Kerajaan.
  5. Pendedahan dan kemahiran dalam keterampilan diri serta imej individu terutama apabila mengurus sesuatu majlis rasmi.
  6. Keyakinan dan keberanian untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pengurusan majlis rasmi.
  7. Ilmu dan pengalaman yang dimiliki secara ‘hands-on’ akan membolehkan mereka lebih yakin
  8. Kemahiran melaksanakan sebarang tugasan yang diberikan dengan baik dan sempurna.

 
HARI PERTAMA
9:00 PENGURUSAN MAJLIS
  • Pengertian Majlis rasmi dan taraf majlis
  • Perkara terlibat berpandukan taraf majlis
  • Pengurusan pentadbiran majlis
  • Perlantikan pengerusi dan penasihat
10:45 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
  • Jawatankuasa induk acara
  • Jawatankuasa kecil dan tugasan
  • Proses taklimat dan “debriefing”
  • Peranan pengerusi jawatankuasa kecil
  • Tugas dan peranan Ketua Protokol dan “Floor Manager”
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 BUKU ACARA PENTADBIRAN
  • Jawatankuasa khas buku acara pentadbiran
  • Acara pentadbiran majlis
  • Agihan tugas dan tanggungjawab acara
  • Khidmat sokongan
3:45 URUSAN JEMPUTAN DAN KAD JEMPUTAN
  • Senarai tetamu undangan
  • Menulis kad jemputan dan proses menghantar
  • Senarai jawapan dan merekod
  • Ulangan pengesahan kehadiran
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 SUSUNATUR DEWAN / BILIK
  • Jenis majlis dan susunatur tempat duduk
  • Aturcara majlis dan laluan masuk tetamu
  • Jenis meja dan kerusi tetamu
  • Hiasan meja dan hiasan dalaman
  • “Backdrop”, jenis tulisan dan penggunaan APD
  • Alat siaraya dan susunletak rostrum
  • Persembahan dalam majlis
  • Plan kontinjensi
10:45 PENYAMBUT TETAMU DAN PETUGAS PENGIRING
  • Perlantikan kakitangan
  • Arahan spesifik dan “debriefing” tugas
  • Pakaian dan alat hias tambah
  • Perlakuan terlarang
  • Etiket penyambut tetamu
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 PENGACARAAN MAJLIS
  • Pemilihan pengacara majlis rasmi
  • Penyediaan skrip
  • Latihan dan raptai
  • Pengisyarat dalam majlis rasmi
  • Memulakan dan mengakhiri acara
  • Protokol dalam pengucapan
3:45 ETIKET DAN KEMAHIRAN SOSIAL
  • Etiket petugas dalam majlis
  • Etiket di meja makan
  • Tatacara penggunaan “cutleries”
  • Bahasa gerak badan
5:00 Kursus Tamat
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pembantu Pegawai Perhubungan Awam
  • Pegawai Tadbir Organisasi
  • Pengurus-Pengurus
  • Pegawai-pegawai yang pernah terlibat dalam urusan mengendalikan majlis-majlis rasmi perlu menghadiri kursus ini.
  • Individu yang berminat dalam mengurus dan mengendalikan majlis serta acara rasmi juga digalakkan hadir bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam urusan mengurus dan
    mengendalikan majlis rasmi.

METODOLOGI
Kursus ini akan dilaksanakan dengan pendekatan ceramah, perbincangan, latihan amali dan simulasi. Aksi simulasi perlu dilakukan kerana perlakuan yang dibuat di hadapan hadirin akan lebih membantu proses pemahaman subjek yang dibincangkan.


 

LEARN FROM THE BEST

TUAN HJ. JALALUDIN BIN HJ. MOHD. NOR adalah bekas pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun. Beliau sempat berkhidmat dalam 4 buah Kementerian dan pernah menjawat jawatan Setiausaha Khas kepada Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia selama 5 tahun.

 

Tempoh perkhidmatan yang paling lama ialah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan ditempatkan di INTAN sebagai tenaga pengajar dalam bidang Pengurusan Majlis, Protokol dan Pentadbiran Am Kerajaan. Sebagai tenaga pengajar, beliau telah ditempatkan / “attached” di beberapa Bahagian dan Jabatan yang relevan dengan pengurusan Protokol dan Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan. Beliau berpengalaman mengendalikan majlis Rasmi Kerajaan di bawah dua Yang Dipertuan Agong iaitu semasa Sultan Ahmad Shah Pahang dan Sultan Iskandar Johor menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia.

 

Berpendidikan asas dalam Psikologi Kaunseling, Tuan Hj. Jalaludin memiliki ijazah sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan memiliki kelulusan profesional, Diploma in Hotel and Catering, specialized in Food and Beverages dan Diploma in Etiquette and Grooming dari Ecolle de Belle Juenuese Paris.

 

Dengan pengalaman mengajar lebih dari 20 tahun, beliau bersara awal dari Kerajaan pada usia 45 tahun dan menubuhkan syarikat konsultan latihan sendiri dan mengendalikan banyak kursus-kursus di peringkat in-situ di Kementerian, Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Kerajaan- Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat swasta serta syarikat GLC.

 

Pengalaman mengajar dan pengurusan membolehkan beliau mengendalikan banyak kursus-kursus “Peningkatan Tahap Kompetensi” dan kini kursus “Program Transformasi Minda”.

 

VENUE DETAILS

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
120 Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
- 50300
Phone :2603 1999

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my