Sekuriti Profesional

13-14 Dec, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Modul 1 – Pengenalan Kepada Sekuriti
  • Modul 2 – Matlamat & Tugas-Tugas Anggota Keselamatan
  • Modul 3 – Sistem Sekuriti Perlindungan Harta-Benda (Perlindungan Premis)
  • Modul 4 – Psikologi Penjenayah (Criminal Psychology)
  • Modul 5 – Pencegahan
  • Modul 6 – Penyiasatan
  • Modul 7 – Perkhidmatan Sekuriti Semasa Kecemasan
  • Modul 8 – Penguatkuasaan
  • Modul 9 – Kuasa Perundangan Anggota Keselamatan
  • Modul 10 – Komunikasi Yang Berkesan – Memberi Arahan Kepada Anggota Bawahan Dan Menerima Arahan Dari Pihak Pengurusan
PENDAHULUAN

Kursus ini direka bagi memenuhi syarat serta kehendak majikan terhadap anggota keselamatan. Oleh yang demikian, ianya mengandungi aspek-aspek seperti menanamkan sikap positif, keterampilan, profesionalisma, dan perasaan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka.

 

Matlamat kursus adalah bagi menghasilkan penyelia dan pengawal keselamatan yang berupaya menjalankan tugas harian dengan pengetahuan yang mencukupi serta memahami akan peranan mereka, iaitu menyumbangkan kepada matlamat korporat syarikat.

 

Kursus ini juga akan mempertingkatkan kemahiran komunikasi, terutamanya dalam penulisan laporan kepada majikan tentang kejadian yang berlaku serta menjalankan siasatan yang sempurna mengikut kejadian yang berlaku di tempat kerja.

OBJEKTIF KURSUS
  1. Meningkatkan kebolehan berkomunikasi, memberi arahan dan menulis laporan.
  2. Menanamkan disiplin, ciri-ciri sikap positif dan motivasi diri.
  3. Memberi pengetahuan mendalam tentang keselamatan profesional di premis yang dijaga, menapis pelawat/kenderaan yang keluar/ masuk secara profesional.
  4. Menjalankan penguatkuasaan dengan cekap.
  5. Melakukan penangkapan (arrest), pemeriksaan kenderaan & pekerja, menjalankan penggeledahan mengikut perundangan semasa.
  6. Membolehkan peserta melakukan penilaian ancaman & risiko di syarikat mereka.
  7. Memahami psikologi penjenayah, modus operandi serta mengadakan langkah-langkah pencegahan untuk menghalang kehilangan di tempat kerja.
  8. Memberi pengetahuan tentang penempatan anggota keselamatan serta peralatan elektronik, untuk membentuk satu sistem sekuriti yang berkesan di tempat kerja.
  9. Memberi pengetahuan tentang peranan anggota sekuriti semasa kecemasan khususnya jika berlaku kebakaran di tempat kerja.
  10. Memberi kesedaran tentang harapan majikan yang menggajikan anggota keselamatan untuk mencapai matlamat organisasi sebagai satu kumpulan kolektif di suatu syarikat.
SIAPA YANG PATUT HADIR

Semua Eksekutif & Pegawai Tadbir yang menjaga unit keselamatan, Ketua Keselamatan, Penyelia & Pengawal Keselamatan.

METODOLOGI
  • Syarahan
  • Pembentangan
  • Diskusi
  • Amalan & Latihan
HARI PERTAMA
9:00 MODUL 1 – PENGENALAN KEPADA SEKURITI
  • Pengenalan
  • Pendekatan
  • Aktiviti 1 – Kuiz Mistik – Kesedaran Diri
  • Pelajaran dari aktiviti.
10:45 MODUL 2 – MATLAMAT & TUGAS-TUGAS ANGGOTA KESELAMATAN
  • Matlamat Sekuriti
  • Proses / Aktiviti Sekuriti
  • Tugas-tugas Anggota Keselamatan
  • Penilaian Ancaman & Risiko
    - Definisi
    - Tujuan menjalankan penilaian ancaman & risiko
    - Cara menjalankan penilaian
12.00 MODUL 3 – SISTEM SEKURITI PERLINDUNGAN HARTA-BENDA (PERLINDUNGAN PREMIS)
  • Pertahanan Pertama – Pertahanan Sempadan (Perimeter Defence)
    - Jenis-jenis pagar
    - Keselamatan Fizikal
    - Keselamatan Elektronik
    - Cahaya lampu spotlight
    • Pertahanan Kedua – Pertahanan Bangunan (Building Defence)
    - Semasa pembinaan, jenis bangunan.
    - Jenis-jenis Keselamtan Fizikal
    - Jenis-jenis Keselamatan elektronik
    • Pertahanan Ketiga – Pertahanan Dalaman (Internal Defence)
    - Kawalan pintu-pintu masuk
    - Kawalan kunci
    - Kawalan pentadbiran
    - Kawalan kabinet dokumen
    - Kawalan komputer
    - Gelombang, tekanan, laser
    • Sistem Sekuriti Berintegrasi (Integrated Security System)
    - Sistem kezonan (Zoning system)
    - Kawalan persekitaran di luar pagar
    - Contoh sistem sekuriti berintegrasi (integrated security system)
1:00 Makan Tengah Hari

2:00

MODUL 4 – PSIKOLOGI PENJENAYAH (CRIMINAL PSYCHOLOGY)

  • Memahami pemikiran penjenayah untuk tujuan pencegahan
  • Peningkatan tahap pencegahan dengan modus operandi semasa
 

MODUL 5 – PENCEGAHAN

  • Mengatasi pencerobohan yang tidak sah
  • Memahami kepentingan menyoal pelawat dan teknik menyoal secara sopan
  • Cara berkomunikasi dengan pelawat
  • Cara menangani pelawat yang berjalan kaki
  • Kepentingan pemerhatian dalam erti kata sekuriti
  • Mengadakan kawalan elektronik “dummy” dan kaedahnya.
  • Kepentingan kawalan pentadbiran dalam pencegahan
3.45

MODUL 6 – PENYIASATAN

  • Tujuan mengadakan siasatan
  • Pendekatan – Mengenal metodologi Rudyard Kipling
    - Mengumpul bukti
    - Kenal pasti sasaran
    - Kenal pasti kelemahan sekuriti
    - Kenal pasti modus operandi
    - Kenal pasti langkah-langkah pencegahan untuk menentukan kejadian serupa tidak akan berlaku lagi
    • Tugas-tugas pegawai penyiasat
    • Laporan awal (FIR). Contoh borang akan diberi kepada peserta kursus.
    • Perundangan yang berkaitan dengan siasatan – hak-hak suspek
    • Prosedur mengambil keterangan suspek dan saksi-saksi. - Contoh borang untuk keterangan suspek, contoh borang untuk keterangan saksi-saksi akan diberi kepada para peserta.
    • Pengumpulan bukti
    • Aktiviti 2 - Praktikal - siasatan kes 4 adik-beradik
    • Pelajaran aktiviti
    - Kaedah maklumat berkotak (tabulation method)
    - Caara mencantumkan semua maklumat yang diperolehi
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00  
  • Panduan menulis laporan ke pihak pengurusan.
  • Cara menulis laporan serta format laporan. Contoh Format Laporan diberi kepada para peserta
    - Tajuk-tajuk utama serta soalan-soalan yang perlu dijawab
    - Lampiran-lampiran yang perlu disertakan
  MODUL 7 – PERKHIDMATAN SEKURITI SEMASA KECEMASAN
  • Peranan dan tugas-tugas sebagai persiapan sebelum kecemasan berlaku
    - Menentukan tempat perhimpunan bebas dari halangan
    - Tindakan-tindakan jika tempat letak kereta adalah tempat perhimpunan
    • Tugas-tugas semasa kecemasan
    - Tugas-tugas di panel kawalan api (Central Monitoring System)
    - Kawalan trafik semasa tempat letak kereta dikosongkan
    - Bantuan untuk evakuasi bangunan (evacuation procedures)
  • - Bantuan di tempat perhimpunan (assembly area assistance)
    - Kawalan orang ramai (crowd control)
    - Kawalan kenderaan (vehicle control)
  • Tugas-tugas selepas kecemasan
    - Mengepong tempat kejadian untuk siasatan
    - Kawalan tempat kejadian untuk menentukan bukti tidak diusik
  MODUL 8 – PENGUATKUASAAN
  • Dasar, Peraturan, Kaedah, Tatacara & Prosedur Sekuriti
  • Bagaimana menulis Prosedur Tetap Sekuriti (SOP). - Kandungan SOP
    - Prosedur kawalan produk yang keluar termasuk sisa-sisa pembuatan (manufacturing waste and general waste)
    - Sistem gate-pass dan kelemahan sistem ini yang perlu diambil perhatian
    - Prosedur kawalan orang yang keluar/masuk dan kongsi pengalaman
    - Sistem pas pekerja dan kelemahan sistem ini
    - Kawalan kenderaan keluar masuk termasuk “weigh bridge operations”
    - Bilangan anggota minima dekat pintu gerbang utama untuk kawalan
    - Kawalan tempat letak kereta waktu kerja
    - Audit sekuriti dan contoh satu audit yang dijalankan oleh pelatih (trainer) (Senarai semak audit disertakan dalam nota)
    - Kawalan sebut harga (jika diberi kuasa oleh syarikat)
    - Rondaan
    + Jenis-jenis rondaan
    + Perkara-perkara yang perlu diperhatikan
    + Tempat-tempat yang perlu dironda
    + Peralatan / kelengkapan yang perlu untuk rondaan
    + Kepentingan menulis laporan selepas rondaan dan cara menulisnya. Sebab-sebab laporan ini perlu ditulis dengan betul
    + Kongsi pengalaman – Watergate scandal – Bagaimana tindakan seorang pengawal keselamatan yang telah menjalankan tugasnya dengan betul telah menjadi punca kejatuhan suatu kerajaan negara yang terbesar di dunia.
    - Latihan anggota keselamatan
10.45 MODUL 9 – KUASA PERUNDANGAN ANGGOTA KESELAMATAN
  • Kuasa Penangkapan (Power of Arrest)
    - Artikel 5 (1) Perlembagaan
    - Seksyen 15 Kanun Acara Jenayah
    - Seksyen 27 Kanun Acara Jenayah dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi
    - Prosedur penangkapan
    - Kenyataan akhbar (Press statement of CPO Selangor) tentang penangkapan
    - Kenyataan akhbar oleh seorang peguam tentang penangkapan
    - 2 Laporan akhbar tentang orang telah dikurung
    • Pengeledahan dan Pemeriksaan
    - Peraturan umum pemeriksaan kenderaan
    - Peraturan umum pemeriksaan pekerja
    - Menggunakan kekerasan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00  
  • Cara-cara memeriksa kenderaan (piawai antarabangsa)
    - Implikasi perundangan
    - Prosedur melakukan penggeledahan kenderaan
    - Prosedur yang perlu diikuti jika terdapat sesuatu yang mencurigakan
    - Mengisi borang geledah. Contoh borang geledah diberi kepada peserta kursus
    - Prosedur jika suspek tidak mahu menandatangani borang geledah
    • Cara-cara melakukan pemeriksaan badan
    • Implikasi perundangan. Pelatih
3.45 MODUL 10 – KOMUNIKASI YANG BERKESAN – MEMBERI ARAHAN KEPADA ANGGOTA BAWAHAN DAN MENERIMA ARAHAN DARI PIHAK PENGURUSAN
  • Komunikasi lisan (perkataan)
  • Komunikasi gerak-geri (tersirat)
  • Persepsi
  • Proses komunikasi di antara penghantar utusan dan penerima utusan
  • Halangan-halangan dalam komunikasi yang menjadi punca kekeliruan
  • Aktiviti 3 – Lakon Peranan (Role-play) – Memberi dan menerima arahan
  • Pelajaran dari aktiviti – kemahiran mendengar
  PENUTUP
  • Sejarah Keselamatan dalam Negara kita.
  • Keselamatan moden
  • Pendekatan bersistem
  • Unit perisikan dan konsep kerja berpasukan
  • Semakan anggota keselamatan semasa pengambilan dan tapisan terperinci
  • Tindakan-tindakan proaktif
  • Sistem-sistem biometrik
    - Retina scan
    - Suara
    - Cap ibu jari
    - Cap tangan
  • Tayangan video
5:00 Kursus Tamat

 

LEARN FROM THE BEST

SEAN BALAKRISHNEN, kelayakan beliau dalam bidang sekuriti bermula sejak beliau menjadi pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari tahun 1973 sehingga tahun1995, di mana beliau bersara dengan menyandang pangkat Leftenan Komander.

 

Tugas-tugas yang disandang oleh Encik Sean termasuk Pegawai Memerintah, Pegawai Laksamana, Pegawai Senjata kapal-kapal TLDM. Tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan nyawa, keselamatan harta-benda kerajaan serta keselamatan data dan maklumat, selain dari tugas-tugas laut di mana beliau memikul keselamatan Negara Malaysia.

 

Beliau juga telah diamanahkan dengan keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dengan jawatan sebagai Timbalan Komander Keselamatan merangkap Pegawai Laksamana Rejimen Keselamatan. Tanggungjawab beliau, antara lain merangkumi menulis, mengularkan dan menguji arahan dan prosedur tetap bagi keselamatan pangkalan TLDM Lumut yang merupakan sebahagian dari rancangan pertahanan keselamatan seluruh negara.

 

Encik. Sean telah juga berkhidmat sebagai Pegawai Probos dan Pegawai Pendakwa serta berpengalaman dalam aspek-aspek siasatan pelbagai kes-kes dadah dan jenayah. Beliau juga menubuhkan lembaga siasatan dan memberi nasihat di dalam bidang keselamatan dan perundangan mahupun kepada lembaga atau pihak berkuasa atasan dalam proses membuat keputusan.

 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dan seterusnya sebagai Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di sebuah syarikat pembuatan antarabangsa. Di sana juga beliau menjalankan tugas-tugas sekuriti dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

 

Di samping itu, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di MIPM (kini dikenali sebagai MIHRM) dan Universiti Malaya (UMCCed) dalam bidang sekuriti.

 

Encik Sean juga telah memberi syarahan di Institute Seminars Malaysia bagi program Diploma in Security Management. Sijil program ini dikeluarkan di United Kingdom. Dalam program ini, beliau telah merangka dan menulis nota dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta memberi syarahan dalam modul “Criminology & Psychology dan Sekuriti”.

 

Sebagai pelatih korporat, beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dan pernah melatih beberapa pertubuhan korporat termasuklah Malaysia Airports Sdn Bhd, Mieco Chipboard dan Yayasan Sabah.

 

VENUE DETAILS

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah
55100 Kuala Lumpur

Phone :03-2788 8888

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my