Mentadbir & Mengurus Kontrak Binaan 2019

18 Mar, 2019, Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

PROF. DATO’ SALLEH BUANG, fasilitator anda yang mengendalikan kursus ini, pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara (1970-75) sebelum berhijrah ke bidang kepeguaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading.

 

Selama lebih 30 tahun beliau telah mengendalikan pelbagai kursus, seminar dan bengkel dalam pelbagai isu termasuklah kontrak binaan, undang-undang tanah, perumahan, usahasama, perancangan, persaingan, media dan sebagainya.

 

Selain menghasilkan lebih 30 buku dan monograf, beliau kini masih lagi aktif sebagai kolumnis di Utusan Malaysia, New Straits Times, dan portal berita malaysiagazette.com.

 

Beliau kini menjadi Pemegang Amanah kepada Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War.

 

Berasal dari Muar, Johor, beliau kini menetap di Alor Setar, Kedah.

Venue Details

Seri Pacific Hotel
Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur, - 50350 Phone :(603) 4042 5555

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
O - 03 2283 6109 | M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my

Michelle,
O - 03 2283 6100 |  M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
O - 03 2283 6101 | M - 012 2011247
F - 03 2283 6108 
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

FOKUS KEPADA
  • Perkembangan terkini undang-undang kontrak binaan
  • Merunding semula kontrak – projek mega (dengan Cina / Singapura)
  • Pembatalan kontrak secara unilateral – isu pampasan
  • Peraturan mengawal kegiatan kartel / penipuan pembidaan
  • Pembayaran kepada kontraktor – kontrak pincang (lopsided contracts)
  • Keselamatan di tapak kerja – isu penguatkuasaan / pemantauan?
  • Menyelesaikan pertikaian – Ajudikasi / Mahkamah Khas / Mediasi
OBJEKTIF

Bengkel kemahiran Siri Ketiga ini telah dirangka khusus untuk memberi kefahaman kepada Majikan, Usahawan dan ahli profesion berkaitan (Akitek, Jurutera dan sebagainya) mengenai pelbagai isu dan trend terkini undang-undang dan amalan kontrak binaan di negara ini, sambil mengambil pengajaran dari perkembangan terbaru di beberapa negara lain.

 

Industri binaan telah berkembang pesat sejak empat dekad yang lalu dan dijangka terus berkembang pada dekad yang mendatang. Penganalisis industri binaan meramalkan industri ini akan berkembang pada kadar purata 8.5% pada tempoh lima tahun yang akan datang. Industri ini kini menggunakan kira-kira setengah juta pekerja asing di negara ini.

 

Pasca PRU 14 pada Mei 2018 lalu, beberapa projek mega melibatkan negara-negara asing (ECRL, SSER, HSR) telah digantung atau dibatalkan oleh Kerajaan Malaysia, dan ini telah mendatangkan kesannya bukan hanya dalam aspek perundangan bahkan aspek ekonomi negara. Seterusnya, usaha telah juga diambil oleh Putrajaya untuk “merunding semula” beberapa kontrak yang telah pun termeterai dengan beberapa pihak lain di luar negara, terutama di mana kontrak tersebut dilihat mengandungi syarat-syarat serta terma berat sebelah, tidak adil serta mencurigakan.

 

Terbaru kerajaan menyatakan akan mewujudkan peraturan baru bagi menangani kegiatan kartel berhubung kontrak perolehan, sambil menyemak semula undang-undang dan amalan berhubung isu keselamatan di tapak kerja.

SIAPA YANG WAJAR HADIR
  • Pengurus hartanah
  • Pengurus projek
  • Pengurus pemasaran
  • Jurunilai
  • Juruukur
  • Konsultan hartanah
  • Pemaju hartanah
  • Pemilik tanah
  • Peguam dan kakitangan peguam
  • Penasihat undang-undang di sektor swasta dan agensi awam
  • Pentadbir Tanah
  • Pegawai Kanan di Jabatan Kerajaan dan Kementerian
  • Pegawai dan pengurus di insitusi kewangan
  • Penasihat pelaburan
  • Pengurus cukai
  • Kontraktor
METODOLOGI
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan
FASILITATOR

PROF. DATO’ SALLEH BUANG, fasilitator anda yang mengendalikan kursus ini, pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara (1970-75) sebelum berhijrah ke bidang kepeguaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading.

 

Selama lebih 30 tahun beliau telah mengendalikan pelbagai kursus, seminar dan bengkel dalam pelbagai isu termasuklah kontrak binaan, undang-undang tanah, perumahan, usahasama, perancangan, persaingan, media dan sebagainya.

 

Selain menghasilkan lebih 30 buku dan monograf, beliau kini masih lagi aktif sebagai kolumnis di Utusan Malaysia, New Straits Times, dan portal berita malaysiagazette.com.

 

Beliau kini menjadi Pemegang Amanah kepada Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War.

 

Berasal dari Muar, Johor, beliau kini menetap di Alor Setar, Kedah.

 
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00 SESSI PERTAMA
  • Undang-undang berkaitan – Akta Kontrak 1950, Akta CIDB 1994, Akta CIPAA 2012, Akta Timbangtara 2005
  • Elemen, konsep, terma standard kontrak binaan di Malaysia dan negara asing
  • Peringkat pembentukan kontrak binaan – surat hasrat (LoI), memorandum persefahaman (MoU), mempelawa tawaran, membuat tawaran, kegiatan kartel (penipuan pembidaan), penerimaan.
  • Pasca pembentukan kontrak – bersedia untuk memulakan kerja, program kerja, bonds
  • Prinsip “entire contract”, terma nyata dan terma tersirat
  • Dokumen Kontrak – Artikel Perjanjian, terma dan syarat, lukisan dan
    spesifikasi, hierarki dokumen kontrak
10:45 SESSI KEDUA
  • Hak Dan Tanggungjawab Kontraktor
    -- Memulakan dan menyempurnakan kerja
    -- Membuat kerja pembaikan kecacatan /melaksanakan variasi
    -- Due diligence, fitness of purpose, skill and judgment
    -- Memberi amaran mengenai kecacatan rekabentuk yang nyata
    -- Menerima bayaran dari Majikan – bila?
  • Hak Dan Tanggungjawab Majikan
    -- Membuat bayaran yang ditetapkan, pada masa yang ditetapkan
    -- Tidak ganggu perjalanan kontrak
    -- Memberi arahan pada tepat masanya
    -- Memberi milikan tapak pada tepat masanya
    -- Kesan kegagalan Majikan – “time becomes at large”
  • Hak Dan Tanggungjawab Pentadbir Kontrak
    -- Bertindak secara adil – kepada Majikan dan kontraktor
    -- Diligence, skill and care – terhadap Majikan dan kontraktor
    -- Kesan “disclaimer”
  • KONTRAKTOR-KECIL
    -- Isu privity of contract
    -- Kewajipan terhadap Kontraktor
    -- Kewajipan terhadap Majikan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 SESSI KETIGA
  • Kerja (The “Works”)
    -- Kerja yang disebutkan dalam dokumen kontrak
    -- Kerja pembaikan (jika ada kecacatan)
  • Variasi
    -- Ada peruntukan dalam kontrak?
    -- Variasi sebenar?
    -- Prosedur sudah dipatuhi?
  • Bila Berlaku Kemungkiran (“Breach”)
    -- Apa pilihan untuk pihak yang tidak bersalah?
    -- Duty to mitigate loss
  • Tuntutan
    -- Tuntutan gantirugi dan penalty (berasaskan kontrak)
    -- Tuntutan quantum meruit – bila boleh dituntut?
    -- Bayaran ex gratia – bolehkah ia dituntut?
    -- Tuntutan berasaskan kecuaian (tort)
3:45 SESSI KEEMPAT
  • Pembayaran Kepada Kontraktor (Perkembangan Terkini)
    -- Amalan di negara luar
    -- CIPAA 2012 (AKTA 746)
  • Menyelesaikan Pertikaian
    -- Mahkamah biasa
    -- Timbangtara
    -- Mediasi
    -- Mahkamah khusus untuk industri binaan
  • Masa Depan Industri Binaan
    -- Construction Industry Master Plan 2006-2015
    -- Keselamatan di tapak kerja
  • Soal-Jawab & Rumusan
5:00 Kursus Tamat
WHO SHOULD ATTEND
  • All Employees With Customer Service Responsibilities
  • A Good Refresher Course For Existing Managers
METHODOLOGY
  • Interactive lectures with role plays and activities
  • Full participation is required in this much energised training