Ke Arah Mempelbagaikan Kemahiran Tugas Dan Pentadbiran Pejabat Yang Cemerlang

22-23 Apr, 2019, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (B. Econ-Business Administration) dan Sarjana dalam jurusan Peradaban Manusia (M.A.Civilization) dari University Malaya. Beliau juga merupakan seorang penceramah yang diiktiraf oleh PSMB (Perbadanan Sumber Manusia Berhad).

 

Beliau mempunyai lebih dari 21 tahun pengalaman kerja, khususnya sebagai seorang penceramah selama 14 tahun. Pengalaman kerja dalam bidang telekomunikasi, kesihatan dan akedemik telah banyak membantu beliau menimba pengalaman praktikal yang amat berguna dijadikan contoh atau kisah benar dalam sesi ceramah yang sememangnya mudah difahami, praktikal dan senang diamalkan ditempat kerja.

 

Sebagai seorang penceramah yang mendapat anugerah “Penceramah Terbaik” dalam kareer beliau, kursus yang dikendalikan oleh beliau dikatakan “cukup menarik dan tidak membosankan”.

 

Kategori kursus beliau lebih fokus di bidang “soft skills” atau perlakuan manusia(human behavioral).Antara kursus paling popular yang dikendalikan oleh beliau adalah kursus Pentadbiran Pejabat, Motivatisi, Corak Cara Pemikiran, Kesetiausahaan, Perkhidmatan Pelanggan, Pengurusan Masa, Kemahiran Interpersonal, Jati Diri, Pengurusan Eksekutif, dan banyak lagi.

 

Jabatan-jabatan dan kementerian kerajaan yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuk Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Sumber Manusia, PSMB Bhd, PDRM, LHDN, PERKESO, TNB, MPSA, JPA and Jabatan Akauntan Negara dan lain-lain. Pengalaman beliau sebagai Penceramah panel di PERHEBAT(Institut Latihan Tentera) membolehkan beliau senang bergaul dan berani menyampaikan idea dengan telus dan tepat dengan semua lapisan peserta kursus.

 

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam projek-projek jangka-panjang kursus dalaman organisasi seperti ETIQA, Perodua, Volvo, Naza Kia, Titan Group dan Proton.

 

Beliau telah mengendalikan kursus dalaman untuk lebih dari 200 syarikat swasta. Antara syarikat swasta yang menggunakan khidmat beliau adalah seperti CIMB, Maybank, Bank Rakyat, MII, ETIQA, SME Corp, BP Chemicals, PERODUA, PROTON, NAZA Group, Titan Chemical, KFC, Khazanah Bhd, Brother Industries, Sheraton Hotel, Istana Hotel, IJM Properties Bhd, dan lain-lain.

 

Seorang penceramah yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, penyampaian beliau amat jelas, mudah difahami dan senang dipraktik. Beliau juga amat berpegang kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah organisasi ada seorang/sekumpulan manusia yang mempunyai sikap yang PROFESIONAL!”. Sikap seperti inilah yang dibentuk dalam kursus-kursus beliau.

Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, - 55100
Phone : (603) 2788 8888

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Menghayati Peranan Anda Di Pejabat
  • Bolehkah Anda Menjadi Pekerja Yang Cemerlang?
  • Menangani Masalah Di Pejabat Dengan Berkesan
  • Pengurusan Masa Pejabat
  • Teknik Kawalan Emosi
  • Menguruskan Kerja Dengan Efisyen
  • Cara Bekerjasama Dengan Semua Pihak
  • Menampilkan Imej Yang Profesional Di Pejabat
OBJEKTIF
Kursus ini menawarkan pelbagai jenis ilmu yang membantu pekerja meningkatkan kecemerlangan diri di tempat kerja. Mereka akan mempelajari teknik mengurus tugas dengan lebih efisyen dan produktif bagi membantu sesebuah organisasi mencapai kejayaaan. Di samping itu, peserta juga akan menggunakan teknik-teknik yang tepat untuk mengurus tekanan dan stres supaya dapat menonjolkan personaliti yang lebih profesional serta proaktif di pejabat.

Justeru ini, mereka dapat mengubah persepsi lama dan berubah menjadi manusia yang lebih cemerlang. Segala maklumat yang dikongsi oleh penceramah dengan peserta akan dapat diguna pakai sejurus selepas kursus dan membantu mencapai Visi dan Misi organisasi.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pentadbir Pejabat
  • Penolong Tadbir
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha
  • Kakitangan Sokongan
METODOLOGI
Kursus ini diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti perbincangan berkumpulan, kajian kes, analisa diri, sedutan video dan lakonan watak. Cara pembelajaran yang senang difahami dan praktikal dapat membantu peserta belajar dalam suasana yang menarik dan rancak. Cara pembelajaran ini mengandungi 35% ceramah dan 65% aktiviti praktikal.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami piawaian atau kehendak bos dalam tugasan harian.
  2. Mengetahui rahsia di sebalik kriteria penilaian prestasi kerja yang sebenar oleh majikan.
  3. Mengenalpasti strategi menonjolkan tanggungjawab semasa di pejabat.
  4. Mengetahui bagaimana anda boleh menjadi pekerja cemerlang.
  5. Mempelajari cara menyelesaikan masalah secara berkesan.
  6. Teknik mengurus emosi dan sensitiviti ketika mengurus manusia.
  7. Mengurangkan stres dan mengimbangi hidup anda.
  8. Memahami dan mengurus kerenah manusia dengan lebih berkesan.
  9. Memaafkan orang yang tidak sehaluan dengan kita.
HARI PERTAMA
9:00

MENGHAYATI PERANAN ANDA DI PEJABAT

  • Kenapa Skop Kerja Lebih Luas Kini
  • Perbezaan Skop kerja Dahulu dan Kini
  • Teknik Memainkan Peranan dan Tanggungjawab Formal
10:45

BOLEHKAH ANDA MENJADI PEKERJA YANG CEMERLANG?

  • Rahsia Di sebalik Penilaian Prestasi Kerja/ SKT
  • Analisa Sikap Anda Di Tempat Kerja
  • Apakah Kelebihan Anda?
  • Adakah Anda Mempunyai 4 Ciri Kecemerlangan Ini?
1:00 Makan Tengahari

2:00

MENANGANI MASALAH DI PEJABAT DENGAN BERKESAN

  • Isu Pejabat Yang Mengganggu Ketenteraman Fikiran Anda
  • Teknik Meringkaskan Isu-isu Pejabat
  • Teknik Penyelesaian Masalah Yang Cemerlang
3.45

PENGURUSAN MASA PEJABAT

  • Teknik Matrix Pengurusan Masa
  • Pembahagian Kerja Mengikut Kepentingan dan Produktiviti
  • Mengenali Jenis Kerja Yang Penting Bagi Bos dan Jabatan
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

TEKNIK KAWALAN EMOSI

  • Analisa Tahap Sensitiviti Anda?
  • Fakta-Fakta Penting Tentang Emosi Anda
  • Teknik Kawalan Emosi Yang Mujarab
10:45

MENGURUSKAN KERJA DENGAN EFISYEN

  • Kerja Terlalu Banyak atau Terlalu Sedikit?
  • Teknik Menyenaraikan Togasan Mengikut “Keutamaan”
  • Meningkatkan Tahap Keefisyenan Anda
1:00 Makan Tengahari
2:00

CARA BEKERJASAMA DENGAN SEMUA PIHAK

  • Analisa Personaliti Anda
  • Memahami Personaliti Bos dan Orang Lain
  • Bagaimana Menyuarakan Pendapat Dengan Penuh Keyakinan?
3:45

MENAMPILKAN IMEJ YANG PROFESIONAL DI PEJABAT

  • Menukar Situasi Negatif ke Positif
  • Mengawal Nada Anda Semasa Dikritik dan Mengkritik
    Menilai Manusia Lain Mengikut Fakta dan Kebenaran
5:00 Kursus Tamat