PROF. DATO’ SALLEH BUANG pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor sehingga tahun 2013.
Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia (dalam proses penerbitan oleh Dewan Bahasa & Pustaka), beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.
Beliau menjadi kolumnis tetap di akhbar Utusan Malaysia, the New Straits Times dan Berita Harian. Beliau kini menjadi Timbalan Pengerusi dan ahli Pemegang Amanah Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW).
Seri Pacific Hotel
Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur,
- 50350
Phone : (603) 4042 5555
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
FOKUS KEPADA ISU-ISU BARU |
|
OBJEKTIF |
Kursus Kemahiran KTN mengenai Pajakan dan Penyewaan (Leases & Tenancies) ini merupakan kali kelima dianjurkan oleh IPA dalam versi Bahasa Malaysia, setelah versi asalnya (dalam Bahasa Inggeris) dikendalikan lebih 25 kali sejak beberapa tahun yang lalu.
Kursus intensif sehari ini memberi huraian mengenai beberapa aspek penting urusniaga Pajakan dan Sewaan seperti yang terkandung di bawah Kanun Tanah Negara 1965, dan kemudian diperjelaskan lebih lanjut dalam beberapa kes penting di negara ini dan di beberapa negara komanwel yang lain. Setakat ini, Malaysia belum punyai satu Akta khas mengenai pajakan dan sewaan, walaupun kerajaan ada menyatakan hasratnya berbuat demikian di masa depan.
Beberapa perkembangan terbaru yang penting akan diperjelaskan termasuklah isu perakuan boleh didudukki (certificate of occupancy), amalan mengenai security deposit di Amerika Syarikat, perkembangan terbaru perintah pengusiran penyewa, sewaan jangka pendek harta strata di bawah aplikasi Airbnb, kemunculan skim pajakan persendirian (PLS), kepentingan yang diperoleh pembeli melibat pembangunan tanah wakaf, RTO dan kontrak pajak-beli. |
SIAPA YANG PATUT HADIR |
Pemaju Hartanah, Perunding Hartanah, Kontraktor, Pengurus Kontrak & Eksekutif, Kontrak Pentadbir, Arkitek, Jurutera, Penilai, Kuantiti Juruukur, Pengurus Pembinaan, Bandar Perancang, Penasihat Undang-Undang, Peguam, Pengurus Projek, Pengurus Harta, Pengurus Pemasaran, Agen Estet, Pemilik, Ahli Bank, Pembiaya, Pengurus Pentadbiran Tanah, Penasihat Pelaburan, Pengurus Pembangunan & Perancangan, Penyelaras Projek. |
METODOLOGI |
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan |
APA YANG AKAN DIPELAJARI | ||||||||||||||||||
|