Peningkatan Kecemerlangan Prestasi Kerja

24-25 Feb, 2020, AC Hotel Kuala Lumpur Titiwangsa (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JUMARI BIN KOSRIN
(MBA UTeM. BA Syariah UM).

 

En. Jumari telah memulakan karier dalam bidang latihan lebih dari 10 tahun. Beliau telah mengendalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus, beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

 

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

 

Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundangan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ini menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus.

 

Pengalaman kerja beliau di dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa, menjadikan beliau mempunyai nilai tambahan dalam pengendalian pelbagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan “soft skill training” seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

 

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Institusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.

Venue Details

AC Hotel Kuala Lumpur Titiwangsa (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)
9 Jalan Lumut Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur,
Phone : 03 4042 8000

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS:
  • Modul 1: Profesionalisma & Kecemerlangan Diri
  • Modul 2: Nilai Dan Tanggapan Membentuk Budaya Kerja Cemerlang
  • Modul 3 : Matlamat Dan Strategi Diri Anda Dan Organisasi Anda
  • Modul 4 : Konsep Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Produktif
  • Modul 5 : Perhubungan Antara Organisasi Dan Pelanggan
  • Modul 6 : Motivasi Dan Anda
  • Modul 7 : Menentukan Keutamaan Penggunaan Masa
  • Modul 8 : Kemahiran Mengurus Perubahan Dan Memaksimumkan Sumber
  • Modul 9: Amanah, Tanggungjawab Dan Berintegriti
  • Modul 10: Bekerja Sebagai Satu Pasukan
PENGENALAN
Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu tetapi juga oleh satu organisasi yang berwawasan. Kecemerlangan adalah natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek yang diharapkan. Tiada kecemerlangan yang bersama dengan kelemahan, kegagalan atau mundur ke belakang. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau “role model” individu atau organisasi.
OBJEKTIF KURSUS
  1. Menjelaskan maksud dan elemen profesionalisma dalam kerja
  2. Mengaplikasikan kaedah untuk membentuk nilai dan budaya kerja yang cemerlang dikalangan kakitangan
  3. Menggunakan teknik untuk meningkatkan motivasi diri
  4. Menerangkan cara untuk mempraktiskan kreativiti, inovatif dan produktif dalam kerja.
  5. Meningkatkan keberkesanan diri dalam konteks kerja berpasukan dan organisasi yang cemerlang.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pembantu tadbir
  • Kerani
  • Pegawai tadbir cemerlang
METODOLOGI
Kursus ini memberi tumpuan di dalam teori dan latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam melaksanakan tugasan harian dalam organisasi.
PENUTUP
Dalam amalan kerja harian, kita sering dipengaruhi oleh rakan sekerja yang tidak ikhlas dan melakukan kerja dengan kurang cemerlang. Selepas menghadiri kursus ini, para peserta akan dapat membentuk satu pasukan kerja yang hebat dan sentiasa mementingkan kecemerlangan, memahami peranan dan tanggungjawab, serta berusaha ke arah meningkatkan keberkesanan organisasi terutama dalam mencapai misi dan visi.
HARI PERTAMA
9:00

Modul 1: Profesionalisma & Kecemerlangan Diri

  • Ciri dan tanda profesionalisma
  • Meningkatkan profesionalisma kakitangan
  • Konsep 3C dan formula kecemerlangan
10.45

Modul 2: Nilai Dan Tanggapan Membentuk Budaya Kerja Cemerlang

  • Nilai diri terhadap kerja
  • Pembudayaan kerja positif
  • Formula kecemerlangan
12.00

Modul 3: Matlamat Dan Strategi Diri Anda Dan Organisasi Anda

  • Bagaimana mencapai matlamat
  • Membentuk strategi diri
  • Menyesuaikan diri dengan perubahan strategi organisasi
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

Modul 4: Konsep Kerja Yang Kreatif, Inovatif Dan Produktif

  • Kreativiti dan inovatif boleh dibentuk
  • Merangsang otak kanan
  • Berani mencari dan mengeluarkan idea untuk produktiviti
3:45

Modul 5: Perhubungan Antara Organisasi Dan Pelanggan

  • Komunikasi berkesan dengan pelanggan
  • Keselesaan bekerja dengan manusia
  • Menguruskan kehendak pelanggan
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

Modul 6: Motivasi Dan Anda

  • Mengetahui motivasi anda dan orang lain
  • Memahami kehendak rakan sekerja dan orang lain
  • Mencari keseronokan bekerja
10.45

Modul 7: Menentukan Keutamaan Penggunaan Masa

  • Keberkesanan penggunaan masa
  • Mengurangkan ’stress’
  • Mencari keberkatan masa
12.00

Modul 8: Kemahiran Mengurus Perubahan Dan Memaksimumkan Sumber

  • Menyesuaikan diri dan menangani perubahan
  • Mengenalpasti sumber yang ada di persekitaran
  • Mengekalkan kecemerlangan
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

Modul 9: Amanah, Tanggungjawab Dan Berintegriti

  • Kerja sebagai ibadah
  • Melaksanakan amanah sebagai tanggungjawab
  • Membangunkan INSAN cemerlang
3:45

Modul 10: Bekerja Sebagai Satu Pasukan

  • Datang sebagai individu
  • Membangun pasukan yang hebat
  • Penjajaran pasukan
5:00 Kursus Tamat