Learn from the Best
Hj. Rozali bin Ayed telah lebih 49 tahun berpengalaman dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk syarikat Karo Engineering Services yang pakar dalam bidang pepasangan, ujian dan selenggaraan sistem pepasangan dan kelengkapan eletrik. Sepanjang 49 tahun berkhidmat dalam bidang elektrik, beliau pernah memegang beberapa jawatan sebagai Chargeman Tertinggi, Juruteknik Kanan, Fomen Elektrik, Penolong Jurutera, Pengurus Kanan Projek Pembinaan Bangunan, Pengurus Fasiliti Bangunan, Juruperunding Mechanical & Electrical, Penasihat Teknikal, Juruperunding Latihan Teknikal di dua sektor iaitu sektor awam dan swasta.
Beliau juga berkebolehan dan berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, syarahan, latihan dan perunding latihan teknikal lebih dari 38 tahun. Sekarang, secara tidak sepenuh masa, beliau berkhidmat dengan Construction Industrial Development Board (CIDB) sebagai Pegawai Penilai Kelayakan Penyelia Tapak Binaan bidang elektrik. Selain dari itu, beliau secara rasmi diiktiraf sebagai Train The Trainer (TTT) yang dianugerahkan oleh Pentadbiran Sumber Manusia Berhad (PSMB) Malaysia.
Beliau juga telah lulus peperiksaan khas kerajaan yang melayakkan beliau sebagai Penolong Jurutera/Jurutera Elektrik. Pemegang Diploma Kuasa Elektrik, Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi Elektrik dianugerah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Juga pemegang sijil Profesional sebagai Penyelia kejuruteraan Elektrik, Chargeman kategori B4 – 33KV, Wireman PW4 3-fasa dan Endorsan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Gas Malaysia. Pernah dengan jayanya menghadiri kursus Teknikal dan Industri di Jepun anjuran Associataion of Overseas Technical Scholarship (AOTS) Jepun, di NEC Corporation Tokyo Jepun (1984-1985). Juga dengan jayanya menghadiri kursus User Training Energy Management System (EnMS) – ISO 50001, dan User Training in Fan Optimization dalam tahun 2012 anjuran Industrial Energy Efficiency for Malaysia Manufacturing Sector dengan kerjasama United Nation Industrial Development Organization (UNIDO).
Contact us
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my