Penyelia & Pengawal Keselamatan Profesional

17-18 Feb, 2021, AC Hotel By Marriott Kuala Lumpur (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

SEAN BALAKRISHNEN, kelayakan beliau dalam bidang sekuriti bermula sejak beliau menjadi pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari tahun 1973 sehingga tahun1995, di mana beliau bersara dengan menyandang pangkat Leftenan Komander.

 

Tugas-tugas yang disandang oleh Encik Sean termasuk Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana, Pegawai Senjata kapal-kapal TLDM. Tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan nyawa, keselamatan harta-benda kerajaan serta keselamatan data dan maklumat, selain dari tugas-tugas laut di mana beliau memikul keselamatan Negara Malaysia.

 

Beliau juga telah diamanahkan dengan keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dengan jawatan sebagai Timbalan Komander Keselamatan merangkap Pegawai Laksamana Rejimen Keselamatan. Tanggungjawab beliau, antara lain merangkumi menulis, mengularkan dan menguji arahan dan prosedur tetap bagi keselamatan pangkalan TLDM Lumut yang merupakan sebahagian dari rancangan pertahanan keselamatan seluruh negara.

 

Encik Sean telah juga berkhidmat sebagai Pegawai Probos dan Pegawai Pendakwa serta berpengalaman dalam aspek-aspek siasatan pelbagai kes-kes dadah dan jenayah. Beliau juga menubuhkan lembaga siasatan dan memberi nasihat di dalam bidang keselamatan dan perundangan mahupun kepada lembaga atau pihak berkuasa atasan dalam proses membuat keputusan.

 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dan seterusnya sebagai Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di sebuah syarikat pembuatan antarabangsa. Di sana juga beliau menjalankan tugas-tugas sekuriti dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

 

Di samping itu, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di MIPM (kini dikenali sebagai MIHRM) dan Universiti Malaya (UMCCed) dalam bidang sekuriti.

 

Encik Sean juga telah memberi syarahan di Institute Seminars Malaysia bagi program Diploma in Security Management. Sijil program ini dikeluarkan di United Kingdom. Dalam program ini, beliau telah merangka dan menulis nota dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta memberi syarahan dalam modul “Criminology & Psychology dan Sekuriti”.

 

Sebagai pelatih korporat, beliau mempunyai lebih dari 22 tahun pengalaman dan pernah melatih beberapa pertubuhan korporat termasuklah Malaysia Airports Sdn Bhd, Mieco Chipboard dan Yayasan Sabah.

Venue Details

AC Hotel By Marriott Kuala Lumpur (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)
9 Jalan Lumut off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur 50400,
Phone : 03-4042 8000

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Modul 1 - Pengenalan
  • Modul 2 - Penilaian Ancaman & Risiko - Titik Permulaan Sekuriti
  • Modul 3 - Matlamat / Tujuan Sekuriti
  • Modul 4 - Komunikasi Berkesan Untuk Anggota Keselamatan
  • Modul 5 - Kemahiran Komunikasi Telefon
  • Modul 6 - Perlindungan Harta-Benda (Premis)
    - Halangan Pertama (Perimeter Defence)
    - Halangan Kedua (Building Defence)
    - Halangan Ketiga (Office Space Defence)
  • Modul 7 - Perlindungan Nyawa
  • Modul 8 - Pencegahan
  • Modul 9 - Perkhidmatan Kecemasan
  • Modul 10 - Pengkuatkuasaan
PENDAHULUAN

Kursus 2-hari ini akan mendedahkan peserta kepada sekuriti moden dengan menanam sikap positif, profesionalisme, ketrampilan diri, keyakinan diri, mengatasi sikap sambil lewa, memberi pelbagai alasan untuk kegagalan, menerima kritikan dengan positif dan perasaan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka.

 

Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan & kemahiran berdasarkan perkembangan yang terkini dalam bidang sekuriti. Kursus ini menekankan agar pengawal & penyelia sekuriti memahami peranan mereka, tanggungjawab dan mendedahkan mereka kepada sistem-sistem elektronik supaya menjadi seorang yang profesional.

 

Latihan ini juga akan dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada melalui telefon atau secara bersemuka. Kursus ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dengan menanamkan semangat berpasukan.

OBJEKTIF
  1. Meningkatkan kebolehan berkomunikasi, memberi arahan dan menangani kritikan.
  2. Mempertingkatkan disiplin, menanamkan ciri-ciri sikap positif dan motivasi diri.
  3. Memberi pengetahuan mendalam tentang sekuriti profesional termasuk Sistem-Sistem Elektronik, Biometrik dan Pendekatan Litar TV Tertutup (CCTV).
  4. Mewujudkan kesedaran bahawa sekuriti adalah suatu bidang professional.
  5. Menyedari bahawa keselamatan adalah suatu alat yang mengukuhkan objektif organisasi.
  6. Membolehkan peserta melakukan penilaian berkenaan ancaman & risiko di syarikat mereka.
  7. Mengetahui kuasa perundangan anggota sekuriti dalam aspek penangkapan dan pemeriksaan, sama ada kenderaan atau pejalan kaki dan tatacara mengendalikannya.
  8. Menangani beberapa jenis jenayah biasa di tempat kerja serta modus operandi.
  9. Mengetahui langkah-langkah pencegahan serta tindakan proaktif jenayah biasa.
  10. Memberi pengetahuan, keyakinan dan kemahiran untuk mengatur satu sistem sekuriti yang berkesan di tempat kerja.
  11. Mengetahui tugas-tugas anggota sekuriti semasa kebakaran serta kaitan sekuriti dengan keselamatan.

    Secara Keseluruhannya, kursus ini direka untuk mengatasi masalah-masalah dikalangan anggota keselamatan supaya mereka sedar akan harapan majikan dan peranan mereka untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi sebagai suatu entiti perniagaan.

SIAPA PATUT HADIR
Semua Eksekutif & Pegawai Tadbir yang menjaga unit keselamatan, Ketua Keselamatan, Penyelia Keselamatan & Pengawal Keselamatan.
HARI PERTAMA
9:00

MODUL 1 – PENGENALAN

  • Arahan Kursus
  • Aktitviti 1 | Kuiz Mistik - Kesedaran Diri
  • Pelajaran Aktiviti dan kaitan Dengan Sekuriti.
  • Prinsip pengurusan Rudyard Kipling - penukaran fikiran cetek kepada fikiran lebih mendalam.
  • Pemikiran menjadi perkara utama dalam membuat keputusan
10.45

MODUL 2 – PENILAIAN ANCAMAN & RISIKO - TITIK PERMULAAN SEKURITI

  • Tujuan
  • Definisi Ancaman
  • Definisi Risiko
  • Cara-cara Menilai Ancaman & Risiko Syarikat
  • Kepentingan Menyimpan Rekod Kejadian Yang Lampau
  • Manfaat Menjalankan Penilian Ancamam & Risiko
 

MODUL 3 – MATLAMAT / TUJUAN SEKURITI

  • Matlamat Sekuriti
  • 7 Cara Menjalankan Matlamat Sekuriti
  • Perlindungan
  • Pencegahan
  • Pengesanan
  • Pengawasan
  • Penyiasatan
  • Perkhidmatan Kecemasan
  • Penguatkuasaan
1:00 Makan Tengah hari
2:00

MODUL 4 – KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK ANGGOTA KESELAMATAN

  • Komunikasi Lisan Dan Komunikasi Isyarat Badan (Body Language)
  • Cara-cara Membaca Komunikasi Isyarat Badan Dengan Pelawat
    ~ Semasa Pelawat Menghampiri Pintu Gerbang Utama
    ~ Kepentingan Menyoal Tujuan Kedatangan Pelawat
    ~ Teknik Menyoal
    ~ Tindakan Semasa Menyoal
    ~ Soalan- soalan Yang Perlu Ditanya
    ~ Cara-cara Menangani Pelawat Yang Sukar & Mencurigakan
  • Model Menganalisa Cara Manusia Berkomunikasi
  • Aktiviti 2 | Perbezaan Di Antara Berkomunikasi Secara Profesional & Bercakap - Lakon Peranan Memberi Arahan / Taklimat & Menangani Pelawat Yang Sukar
  • Pembelajaran Dari Aktiviti
  • Langkah-langkah Berkomunikasi Secara Profesional Untuk Anggota Keselamatan
3:45

MODUL 5 – KEMAHIRAN KOMUNIKASI TELEFON

  • 8 Peraturan bercakap dalam telefon bertaraf antarabangsa.
  • Menyalahgunakan telefon terutama diwaktu malam dan akibatnya
 

MODUL 6 – PERLINDUNGAN HARTA-BENDA (PREMIS)

  • Halangan Pertama (Perimeter Defence)
  • Keselamatan Fizikal
    ~ Jenis-jenis Pagar
    ~ Kedudukan Pintu Gerbang Utama
    ~ Pintu Masuk Pejalan Kaki
    ~ Pintu Masuk Kenderaan
    ~ Keselamatan Elektronik
    ~ Jenis-jenis Keselamatan Elektronik di Halangan Pertama
    ~ Kegunaan Kawalan Pentadbiran Dalam Keselamatan
    ~ Sistem Pengezonan (Zoning System)
    ~ Menggunakan Cahaya Lampu (Spot Lights)
    ~ Kawasan Luar Mengelilingi Syarikat
    ~ Tindakan Yang Perlu diambil
    ~ Gambarajah Susunatur Sekuriti Peringkat Antarabangsa
  • Halangan Kedua (Building Defence)
  • Keselamatan Fizikal
  • Konkrit
  • Kawalan Pintu-pintu Masuk - Access Control
  • Kad Kunci (Key Card & Key Pad)
  • Grill – Tingkap-tingkap & Tandas
  • Keselamatan Elektronik
  • TV Litar Tertutup
  • Jenis-jenis & Tempat Pemasangan
  • Halangan Ketiga (Office Space Defence)
    ~ Kawalan Kunci Pintu Masuk Pejabat
    ~ Penyimpanan Dokumen
    ~ Kabinet Dokumen & Fail-fail – Sistem Kunci
    ~ Peti Besi Untuk Barang-barang Berharga
    ~ Keselamatan Elektronik
    ~ Gelombang
    ~ Tekanan
    ~ Laser
    ~ TV Litar Tertutup
  • Aktiviti 3 | Latihan Amali (praktikal) Melakukan Siasatan
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

MODUL 7 - PERLINDUNGAN NYAWA

  • Keselamatan Fizikal – di rumah & di Pejabat orang kenamaan
    ~ Sekuriti Di rumah
    ~ Pemandu – taklimat kepada pemandu (Driver)
    ~ Pengawal Peribadi Bersenjata
    ~ Latihan Mengunakan Senjata Mengikut Arahan KDN
  • Keselamatan Elektronik di Rumah & di Pejabat
  • Penempatan Alat-alat Elektronik
  • Kawalan Pentadbiran
  • Pergerakan & Laluan Yang diambil
  • Mengetahui Modus Operandi Sekarang – Trend Semasa
10.45

MODUL 8 - PENCEGAHAN

  • Tujuan
  • Kaedah / Tatacara Keselamatan
  • Kepentingan mengadakan Perintah Tetap (SOP)
  • Kandungan SOP – perkara-perkara penting yang perlu diadakan dalam SOP
  • Bagaimana memahami minda penjenayah membantu dalam pencegahan.
 

MODUL 9 - PERKHIDMATAN KECEMASAN

  • Peranan Anggota Keselamatan Sebelum Kecemasan
  • Peranan Anggota Keselamatan Semasa Kecemasan
  • Peranan Anggota Keselamatan Selepas Kecemasan
  • Jenis-jenis Kecemasan & Tugas-tugas semasa Banjir, Malapetaka Semulajadi (Natural Disasters), Bunuh Diri, Tumpahan Bahan Kimia, Kebocoran Gas, Penyakit Bawaan Udara, Pertikaian Buruh, Keganasan (Terrorism), Ancaman Bom (Bomb Threat)
  • Kawalan Orang Ramai (Crowd Control)
  • Kawalan Pekerja Semasa Kecemasan
  • Kawalan Kenderaan
  • Bantuan / Kawalan Kenderaan Kecemasan (Bomba, Polis, Ambulan)
  • Bantuan Memadam Api Jika Terlatih
  • Bantuan Di tempat Perhimpunan
  • Bantuan Sebagai “Floor Fire Marshal”
  • Bantuan CPR
1:00 Makan Tengah hari
2:00

MODUL 10 - PENGKUATKUASAAN

  • Kawalan Pentadbiran
  • Prosedur Mengawal Produk Yang Masuk dan Keluar Termasuk Sisa-sisa
  • Borang-borang & Tatacara
  • Kawalan Pejalan Kaki Yang Keluar / Masuk
  • Kawalan Kenderaan Yang Keluar / Masuk
  • Organisasi Sekuriti Di Pintu Gerbang Utama
  • Kawalan Pintu Masuk Pelawat
  • Kawalan Pintu Masuk Kenderaan
  • Cara Menyaring Pelawat Yang Masuk
  • Borang-borang Yang Perlu Diisi
  • Semakan Maklumat Yang Diberi Oleh Pelawat
  • Prosedur Bagi Pelawat Yang Keluar Selepas Lawatan
  • Audit Sekuriti – Peserta Kursus Diberi Panduan Bagi Menjalankan Audit Keselamatan dan menganalisa Contoh Audit Yang Telah Dilaksanakan
3.45

MODUL 11 - RONDAAN

  • Jenis-jenis rondaan
  • Pelaksanaan
  • Peralatan
  • Rutin – Masa Dan Laluan
  • Laporan – Tujuan & Apa patut Ditulis
    Perkara-perkara Yang Perlu Disemak Semasa Rondaan
  • Perkara-perkara Yang Perlu Diperhatikan Semasa Rondaan
  • Kajian Kes Watergate Scandal - Bagaimana Seorang Pengawal Keselamatan Yang Biasa Telah Menjatuhkan Kerajaan Amerika Syarikat Dengan Menjalan Tugasnya Dengan Penuh Keyakinan
 

MODUL 12 - PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN & IMPLIKASI UNDANG-UNDANG

  • Perlembagaan - Artikel 5(1) Perlembagaan Berkaitan Dengan Kebebasan & Hak Orang Ramai
  • Konsep Penangkapan Melucutkan Kebebasan dan Menjadi Kesalahan Jenayah Jika Tidak Dilaksanakan Dengan Betul Menurut Undang-undang.
  • Seksyen 27 Kanun Acara Jenayah - Penangkapan Awam (Citizen’s Arrest) & Cara Pelaksanaan
  • Syarat-syarat Bagi Penangkapan Dibawah Seksyen 27 KAJ
  • Perbezaan Diantara Penangkapan dan Tahanan
  • Kes-kes Penahanan Yang Salah dan Hukuman Serta Denda Yang Dijatuhkan Oleh Mahkamah
  • Prosedur Penggeledahan / Pemeriksaan Kenderaan Dan Implikasi Perundangan
  • Perkara-perkara Yang Perlu Diperhatikan
  • Pelatih Berkongsi Pengalaman
  • Prosedur Bagi Pemeriksaan Badan Pejalan Kaki Dan Implikasi Perundangan
  • Prosedur Bagi Memeriksa Beg-beg Pejalan Kaki Dan Implikasi Perundangan.
  • Prosedur Bagi Memeriksa Tempat Kediaman Kepunyaan Majikan Dan Implikasi Perundangan
  • Tindakan Jika Pekerja Tidak Berkerjasama / Membantah Pemeriksaan Sekuriti.
 

PENUTUP

  • Sejarah Keselamatan Dalam Negara Kita Sehingga Keselamatan Moden Dan Profesional Sekarang.
  • Tayangan Video Keselamatan
5:00 Kursus Tamat