PROF. DATO’ SALLEH BUANG pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau pernah menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor sehingga tahun 2013.
Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, Defamation Law dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia, beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.
Beliau kini menjadi kolumnis tetap di akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia dan Sinar Ahad.
Virtual Classroom Training
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
FOKUS PERBINCANGAN |
|
OBJEKTIF KURSUS |
Kursus Kemahiran Hartanah mengenai Pajakan dan Penyewaan (Leases & Tenancies) ini merupakan kali kelapan dianjurkan oleh IPA dalam versi Bahasa Malaysia dan pertama kali bagi tahun 2021 ini, setelah versi asalnya (dalam Bahasa Inggeris) dikendalikan hampir 30 kali sejak 10 tahun yang lalu.
Kursus intensif sehari ini memberi penjelasan terperinci, berasaskan peruntukan undang-undang bertulis serta keputusan mahkamah dari luar negara dan negara ini, mengenai pelbagai aspek penting mengenai transaksi Pajakan dan Sewaan masa kini.
Semenjak negara merdeka dan Kanun Tanah Negara digubal dan dikuatkuasakan pada Januari 1966 sehingga kini, Malaysia belum lagi punyai satu Akta khas mengenai pajakan dan sewaan, walaupun kerajaan ada menyatakan hasratnya berbuat demikian sedikit masa lalu.
Beberapa perkembangan terbaru yang berlaku di akhir-akhir ini akan disentuh dan diperjelaskan dalam kursus ini termasuklah amalan menyiasat latar belakang bakal penyewa (Tenant Screening), isu perakuan boleh diduduki (Certificate Of Occupancy), amalan mengenai Security Deposit di Amerika Syarikat (apakah ia perlu diamalkan di negara ini), isu perintah pengusiran penyewa (apakah ia adil kepada pemilik premis), sewaan jangka pendek harta strata di bawah aplikasi Airbnb (apakah ia perlu dikawal), apa “kepentingan” yang boleh diperolehi “pembeli” dalam satu projek pembangunan tanah wakaf, sewa kemudian beli (RTO) dan kontrak pajak-beli (lease-purchase contract). |
SIAPA YANG PATUT HADIR |
Pemilik Hartanah, Pemaju Hartanah, Perunding Hartanah, Kontraktor, Pengurus Hartanah, Pentadbir Kontrak, Arkitek, Jurutera, Jurunilai, Juruukur Bahan, Perancang Bandar, Penasihat Undang-Undang, Peguam, Pengurus Projek, Bank Dan Institusi Kewangan, Pentadbir Tanah, Penasihat Pelaburan, Penyelaras Projek, Ahli Akademik Dan Pegawai Agensi Awam. |
METODOLOGI |
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan |
APA YANG AKAN DIPELAJARI | |||||||||||||||||||||||||||
|