Kecerdasan Emosi & Pengurusan Stres Untuk Kecemerlangan Kerjaya

25-26 Aug, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JUMARI BIN KOSRIN (MBA UTeM. BA Syariah UM)

 

En. Jumari telah memulakan karier dalam bidang latihan lebih dari 10 tahun. Beliau telah mengendalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus, beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundangan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ini menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus.

Pengalaman kerja beliau di dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa, menjadikan beliau mempunyai nilai tambahan dalam pengendalian pelbagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Institusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS:
  • Mengenali Stres Atau Tekanan Emosi
  • Mengenal Punca Stres.
  • Personaliti Individu Mengalami Tekanan
  • Menangani Dan Mengurus Stres
  • Terapi Dan Penyembuhan Holistik
  • Mengawal Emosi Di Tempat Kerja
  • Kecerdasan Dan Merawat Emosi
PENGENALAN

Masalah tekanan sudah menjadi sebahagian dari isu besar di dalam kehidupan seseorang individu. Suasana pekerjaan, persekitaran, tuntutan kehidupan dan sebagainya telah dikenalpasti sebagai punca utama mendorong kepada peningkatan masalah tekanan atau stres.

 

Isu stres tidak mampu dihilangkan. Stres mempunyai impak positif atau negatif. Jika disalurkan dengan cara yang berkesan, ia mendorong kepada peningkatan potensi dan produktiviti. Bagaimanapun jika tidak diurus dan dikendalikan dengan baik, ia bakal mencetus masalah besar kepada fizikal (kesihatan), pemikiran, emosi dan jiwa seseorang individu.

 

Justeru, kursus ini dianjurkan untuk menunjukkan keperluan menangani stres, terutamanya di tempat kerja.

 

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak yang berkenaan, namun sebagai langkah tambahan, ianya perlu melalui suatu pendekatan yang disesuaikan dengan kemenjadian insaniah.

 

Kursus ini dirangka sebegini rupa untuk melihat kewajaran menangani stres menggunakan kaedah yang lebih holistik.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Meningkatkan kemahiran mengendalikan dan menguruskan stres/tekanan di tempat kerja mahu pun dalam kehidupan setiap hari.
  2. Meningkatkan motivasi dan prestasi dalam kerjaya.
  3. Meningkatkan kematangan kecerdasan emosi (EQ)
    yang merupakan komponen penting dalam menghasilkan hubungan kerja yang harmoni.
  4. Mempraktiskan cara hidup dengan lebih tenang, ceria dan gembira kerana mereka memiliki kemampuan menangani setiap punca stres dengan berkesan.
  5. Menggunapakai ilmu yang dikongsikan untuk manfaat keluarga dan rakan-rakan sekerja yang lain.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pengurus
  • Eksekutif
  • Penyelia
  • Setiausaha
  • Pentadbir
  • Penolong Pentadbir
  • Pembantu Peribadi
METODOLOGI
Ceramah Interaktif, Perbincangan, Kes Kajian, Latihan dalam Kumpulan, Aktiviti dan Analisa Diri
HARI PERTAMA
9:00

MENGENALI STRES ATAU TEKANAN EMOSI

  • Apakah itu stres?
  • Jenis- jenis stres
  • Senario stres di Malaysia
 

MENGENAL PUNCA STRES

  • Punca dari persekitaran
  • Faktor psikososial
  • Sumber dari intenal (personaliti)
10.45

PERSONALITI INDIVIDU MENGALAMI TEKANAN

  • Mengenal diri anda
  • Mengenal simptom tekanan emosi
  • Gejala mental/pemikiran
 

MENANGANI DAN MENGURUS STRES - 1

  • Strategi menangani stres
  • Kaedah fizikal, klinikal dan alternatif
  • Cara mudah mengatasi stres
12.30 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

MENANGANI DAN MENGURUS STRES - 2

  • Melalui kaedah kerohanian
  • Mengurus stres melalui terapi minda
  • Kawalan minda dan “positive thinking method”.
 

TERAPI DAN PENYEMBUHAN HOLISTIK

  • Terapi tenaga dan aura.
  • Penyembuhan alternatif.
  • Pemakanan dan diet tambahan.
10.45

MENGAWAL EMOSI DI TEMPAT KERJA

  • Hubungan dengan rakan sekerja
  • Pengurusan masa berkesan
  • Mewujudkan suasana seronok
  KECERDASAN DAN MERAWAT EMOSI
  • Kecerdasan emosi (EQ).
  • Menjana dan membangunkan EQ
  • Mengguna kaedah “Emotional Freedom Technique” (EFT)
12.30

Kursus Tamat