Peningkatan Kemahiran Komunikasi & Interpersonal Untuk Pencapaian Prestasi Kerja Optimum

20-21 Sep, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Berkomunikasi Mengikut Peranan Dan Tanggungjawab
  • Sumbang Sikap Anda Semasa Berkomunikasi
  • Tiga Rahsia Komunikasi
  • Sifat Semulajadi Manusia Yang Dibawa Ke Tempat Kerja
  • Analisa Imej Anda, Bos, Rakan Sekerja Dan Pekerja
  • Mengurus Dan Memahami Kehendak Bos
  • Memantapkan Perhubungan Dengan Rakan Sekerja
  • Perhubungan Interpersonal Yang Positif
OBJEKTIF

Melalui kursus ini, anda dapat menyelami perasaan sendiri terhadap manusia yang mempunyai latarbelakang, idea dan personaliti yang berbeza. Anda akan belajar bagaimana anda boleh menjalin perhubungan yang mantap dengan semua kakitangan organisasi, mengurangkan sensitiviti diri, menambahkan keyakinan apabila berhubung dengan pihak atasan dan bersikap lebih profesional.

METODOLOGI
Perbincangan kumpulan, kes kajian serta aktiviti berkumpulan diterapkan di dalam kursus ini supaya peserta dapat menghayati sepenuhnya konsep yang diketengahkan oleh penceramah.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Untuk Penyelia, Pentadbir & Penolong Tadbir, Pembantu Peribadi, Setiausaha, Ketua Kerani, Kakitangan Barisan Hadapan & Kakitangan Sokongan

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI,
ANDA AKAN…

  1. Memahami peranan dan tanggungjawab anda yang sebenar semasa berkomunikasi di tempat kerja.
  2. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri apabila berhubung dengan orang lain.
  3. Mempelajari rahsia komunikasi yang profesional.
  4. Mengurus emosi apabila berhubung dengan orang tidak sefehaman dengan anda.
  5. Bekerjasama dengan semua pihak dengan penuh keyakinan.
 
HARI PERTAMA
9:00 BERKOMUNIKASI MENGIKUT PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  • Kenalpasti Peranan dan Tanggungjawb Semasa Bekerja
  • Perbezaan Budaya Kerja dan Budaya Sosial
  • Penonjolan Watak Anda
10:45 SUMBANG SIKAP ANDA SEMASA BERKOMUNIKASI
  • Mengenalpasti Kelemahan dan Kekuatan Anda
  • Perubahan Cara dan Corak Pemikiran Anda
  • Teknik Kawalan Emosi Yng Mujarab
1:00 Makan Tengahari & Zohor

2:00 TIGA RAHSIA KOMUNIKASI
  • Bagaimana Cara bekomunikasi Membentuk Personaliti
  • Penggunaan Ayat Yang Betul
  • Menilai Bahasa Isyarat Yang Positif dan Negatif Anda
  • Nada Suara Yang Berkeyakinan
3:45 SIFAT SEMULAJADI MANUSIA YANG DIBAWA KE TEMPAT KERJA
  • Tiga Jenis Ego Manusia Yang Sebati Dengan Jiwa
  • Penonjolan Ego Ini Di suasana Pejabat dan Implikasinya
  • Memilih Ego Yang Sesuai
5:00 Tamat Hari Pertama

HARI KEDUA
9:00 ANALISA IMEJ ANDA, BOS, RAKAN SEKERJA DAN PEKERJA
  • Apakah Yang Merangkumi “Personaliti” Anda
  • Gaya Komunikasi Pejabat Anda
  • Menentukan Gaya Bos, Rakan Sekerja dan Pekerja
  • Penyesuaian Gaya Yang Berbeza Mengikut Kehendak Masing-masing
10:45 MENGURUS DAN MEMAHAMI KEHENDAK BOS
  • Kebenaran dan Hakikat Mengenai Bos
  • Kerja Untuk Bos dan Kerja Dengan Bos
  • Memahami Gaya Kerja Bos
  • Teknik Menambat Hati Bos
1:00 Makan Tengahari & Zohor

2:00 MEMANTAPKAN PERHUBUNGAN DENGAN RAKAN SEKERJA
  • Analisa Isu Yang Sering Timbul
  • Positifkan “Kronisme” Anda
  • Mengendali Gosip dan Politik Pejabat
  • Mentaliti Rakan Sekerja Sebagai Pasukan Anda
3:45 PERHUBUNGAN INTERPERSONAL YANG POSITIF
  • Contoh-contoh Nilai Moral Yang Mulia
  • Apakah Etika Kerja Yang Positif?
  • Apa Yang Anda Fikir, Adakah Ianya Selaras Dengan
  • Apa Yang Anda Lakukan?
  • “Maafkan Saya Kerana Berbeza Dari Anda”
5:00 Tamat Kursus