Perolehan Kerajaan & Pengurusan Kontrak 2021 - Amalan Terbaik & Impak Akta Covid-19 2020

30 Nov, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

PROF DATO’ SALLEH BUANG pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur (1970-1975) sebelum berhijrah ke profesion guaman, sektor korporat dan akhirnya menara gading. Beliau menjadi Timbalan Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya pada tahun 80an sebelum akhirnya dilantik sebagai Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, UTM Skudai, Johor.

 

Menghasilkan hampir 30 buku undang-undang termasuk Malaysian Torrens System, Land Tenure in Peninsular Malaysia, Smart Growth, Defamation Law dan terbaru Landlord & Tenant in Peninsular Malaysia, beliau masih aktif mengendalikan kursus dan seminar dalam pelbagai subjek undang-undang kepada pegawai agensi awam dan sektor swasta di seluruh negara dan Brunei Darussalam.

 

Beliau kini menjadi kolumnis tetap di akhbar New Straits Times, Utusan Malaysia dan Sinar Ahad.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

FOKUS KEPADA ISU-ISU TERSEBUT, ANTARANYA -
  • Regime Perolehan di Malaysia
  • Dasar, Prinsip, Proses Tender
  • Kawalan & Latihan Warga Kerja Perolehan
  • Memastikan Persaingan Adil dan Integriti
  • Rasuah dan Salah Guna Kuasa
  • Impak Akta Covid-19 2020 (Akta 829)
MATLAMAT KURSUS

Kursus intensif sehari ini merupakan kali kelima dianjurkan oleh IPA sejak tiga tahun lalu, dan kali pertama (dengan penambaikan kandungannya) pada tahun 2021 ini, termasuk memberi fokus khas kepada impak pandemik covid-19 serta kandungan Akta Covid-19 2020 (Akta 829).

 

Peserta kursus sehari di talian ini akan diberi pendedahan mengenai undang-undang dan amalan terbaik perolehan kerajaan di negara ini dan negara luar (secara perbandingan). Selain itu, peserta juga boleh mengemukakan pelbagai isu semasa, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman.

 

Selain mendalami ilmu asas peolehan kerajaan serta meningkatkan kefahaman mengenai undang-undang moden perolehan, peserta juga dikehendaki memikirkan serta menyelesaikan beberapa isu kritikal dan trend semasa, sekali gus membolehkan mereka membentuk satu kerangka amalan terbaik (best practices) dalam perolehan kerajaan di masa depan.

SIAPA YANG PATUT HADIR
Semua Pegawai Kerajaan Dan Agensi Awam Lain Yang Terlibat Dalam Bidang Perolehan, Termasuklah Ketua Pegawai Perolehan (Chief Procurement Officer, CPO), Pengurus Perolehan, Pegawai Dan Pengurus Pemasaran, Pengurus Kewangan, Pegawai Dan Pengurus Inventori, Pegawai Dan Penasihat Undang-Undang, Pegawai Dan Pengurus Kewangan, Penasihat Syarikat, Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai Dan Pengurus Pematuhan (Compliance Officers And Managers).
METODOLOGI
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes Dan Sessi Soal Jawab.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00

SESSI SATU

  • Perolehan Kerajaan – Elemen Utama, Evolusi Perolehan Di Malaysia
  • 5 Matlamat Perolehan Kerajaan
  • Undang-Undang Dan Instrumen Pentadbiran
  • Dasar Dan Prinsip
  • Entiti Yang Terlibat Dalam Perolehan Kerajaan
  • Kategori Perolehan
10.45

SESSI DUA

  • Cara (Method) Perolehan
  • Pendaftaran Kontraktor – Kerja (CIDB), Bekalan & Perkhidmatan (Mof)
  • Proses Tender Dan Peringkat Seterusnya
  • Pentadbiran Kontrak – Beza Antara Surat Hasrat (Loi), Mou Dan Perjanjian; Dokumen Kontrak; Pentadbir Kontrak; Variasi; Bayaran Kemajuan; Pelaksanaan & Kemungkiran; Gantirugi; Penalty; Penyelesaian Pertikaian.
12.00

SESSI TIGA

  • Mengurus Perolehan Kerajaan
  • Rayuan, Semakan, Remedi
  • Kawalan Ke Atas Warga Kerja Pemerolehan
  • Latihan Warga Kerja Pemerolehan
  • Jenis Perolehan – Pembelian Terus, Sebutan, Tender
  • Persaingan Adil – 10 Prinsip Equal Footing
  • Best Value For Money
  • Integrity Pact (IP) – Garispanduan; Lapuran Bulanan Ke Mof
  • Prosiding Tatatertib; Kesalahan; Prosedur; Kewajipan Agensi Awam.

    Soal Jawab
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

SESSI EMPAT

  • Kelemahan Perolehan Kerajaan (Kajian Kes)
  • Perakuan / Cadangan Penambahbaikan
  • Fasal-Fasal Berkaitan Rasuah Dalam Dokumen Perolehan
  • Salah Guna Kuasa & Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan
  • Cartels – Peruntukan Berkaitan Dalam Akta Persaingan
  • NACP 2019-2023 (Sepintas Lalu)
3:45

SESSI LIMA

  • Kesan Pandemik Covid-19; Impak Akta Covid-19 2020 (Akta 829)
  • Masalah Dan Cabaran Dalam Perolehan Kerajaan
  • “Good Governance” Dalam Perolehan Kerajaan
  • Penambahbaikan – Mekanisma Kawalan Dalaman & Luaran
  • Pemodenan Undang-Undang Perolehan Negara
  • Undang-Undang Perolehan Di Negara Luar – Croatia, Denmark, Singapore.
  • Sessi Soal Jawab / Penutup
5:00 Kursus Tamat