Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Tugas Dengan Menggunakan Kepintaran Emosi (EQ) & Intelek (IQ)

26 Nov, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
M - 019 363 7822
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
M - 012 201 1247
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Membiasakan Diri Dengan Konsep “EQ” Dan “IQ”
  • EQ, IQ Dan Kecemerlangan
  • Mengurus EQ Dan IQ Untuk Menyelesaikan Masalah
  • Menggunakan EQ Dan IQ Dalam Proses Komunikasi
OBJEKTIF KURSUS

Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada penurunan tahap produktiviti di tempat kerja merupakan tekanan dan emosi yang negatif. Ramai pekerja kurang sedar betapa pentingnya pengurusan emosi untuk meningkatkan tahap produktiviti dan mutu kerja.

 

Kepintaran Emosi (EQ) banyak membantu pekerja mengorak langkah ke arah meningkatkan tahap kecekapan(KPI) yang menjadi kriteria penting untuk diiktiraf sebagai “pekerja cemerlang”.

 

Sejurus itu, Kepintaran Intelek (IQ) juga amat diperlukan untuk membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang lojik serta rasional.

 

Kursus ini membantu pekerja mencapai keseimbangan mengurus tugas dan manusia di organisasi masing-masing. Penggunaan kedua-dua teknik ini secara konsisten dapat membantu organisasi mencapai sasaran serta mengecapi kejayaan di masa hadapan.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Menghayati maksud EQ dan IQ
  2. Bagaimana konsep pemikiran ini dapat membantu mengurus kerja dengan lebih efektif
  3. Mengetahui rahsia pembentukan EGO dalam diri manusia
  4. Mengetahui tahap emosi anda
  5. Teknik-teknik mengurus dan mengawal emosi negatif
  6. Teknik mengurangkan stres di tempat kerja
  7. Hidup lebih tenang dan berkeyakinan
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Pegawai
  • Setiausaha
  • Pembantu Tadbir
  • Pentadbir Pejabat
METODOLOGI
Perbincangan, Kes Kajian, Latihan, Aktiviti, Analisa Diri
APA YANG AKAN DIPLAJARI
9.00

MEMBIASAKAN DIRI DENGAN KONSEP “EQ” DAN “IQ”

  • Definisi “IQ” dan “EQ” dan Ego Manusia.
  • 5 Bidang Pengurusan EQ.
  • Kepentingan dan Sumbangan Terhadap Diri dan Organisasi.
10.45

EQ, IQ DAN KECEMERLANGAN

  • Ciri-ciri Pekerja Cemerlang.
  • Bagaimana IQ dan EQ Menymbang Terhadap Kecemerlangan?
  • Teknik Meningkatkan Tahap IQ dan EQ Anda.
1.00

Makan Tengahari

2:00

MENGURUS EQ DAN IQ UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

  • Analisa Masalah Pejabat.
  • Menyelami Rahsia Pengurusan Emosi.
  • Teknik Penyelesaian Masalah Menggunkan EQ dan IQ.
3.45

MENGGUNAKAN EQ dan IQ DALAM PROSES KOMUNIKASI

  • Kata-Kata Positif Dalam Situasi Negatif
  • Menggunakan Nada Yang Betul Ketika Mengkritik dan Dikritik
  • Penggunaan Bahasa Isyarat Yang Positif Ketika Emosi Negatif
5.00

Kursus Tamat