MENJANA KECEMERLANGAN SETIAUSAHA DAN PEMBANTU PEJABAT

21-22 Dec, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Perubahan Peranan Di Alaf Ke 21
  • Mengenalpasti Kemahiran Asas Anda
  • Perubahan Pemikiran Dan Menuju Ke Arah Kecemerlangan
  • Mengurus Tugasan Secara Berkesan
  • Bagaimana Menonjol Imej Yang Profesional
  • Adaptasi Budaya Kerja Positif
  • Mengurus Bos Anda
  • Meningkatkan Kemahiran Bekerjasama Dengan Pekerja Lain
OBJEKTIF

Fungsi Setiausaha dan Pembantu Pejabat di alaf ke 21 telah banyak berubah. Kini mereka merupakan penyumbang penting dalam kelancaran proses kerja harian di pejabat. Bidang tugasan yang semakin meluas membolehkan mereka mempelajari kemahiran baru serta merebut peluang yang lebih baik dalam kedudukan carta organisasi.

Kursus ini membantu mereka berdikari dan membuat keputusan yang lebih tepat. Ia juga mengajar untuk meningkatkan kerjasama dengan majikan dan pihak lain yang sering berurusan dengan mereka. Kualiti kerja dapat diperkemaskini serta pekerja dapat bekerja dengan lebih lancar. Teknik mengurus produktiviti merupakan topik penting yang akan dipelajari.

Di samping itu, peserta juga akan mempelajari teknik menonjolkan imej yang lebih profesional melalui perubahan gaya interaksi yang proaktif. Bakat kerja yang terpendam dapat dicungkil dan digunakan untuk manfaat individu dan organisasi.

SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Sesuai untuk Setiausaha, Pembantu Tadbir dan kakitangan yang merangkumi skop kerja yang hampir sama.
METODOLOGI
  • Analisa Diri
  • Sedutan Video
  • Permainan/Aktiviti
  • Kajian Kes
  • Perbincangan Berkumpulan
HARI PERTAMA
9:00

PERUBAHAN PERANAN DI ALAF KE 21

• Berbanding Skop Kerja Kini dan Dulu
• Tanggungjawab Utama Seorang Setiausaha Dan Pembantu Pejabat
• Tanggungjawab Sampingan Anda Yang Masih Kabur
• Bagaimana Menonjol Tanggungjawab Dengan Mudah?


10.45

MENGENALPASTI KEMAHIRAN ASAS ANDA

• Ilmu Bagaimana Yang Dikehendaki Oleh Majikan?
• Ketahui Kemahiran Penting Yang Perlu Disematkan
• 10 Etika Setiausaha Yang Cemerlang
• Rahsia Bagaimana Majikan Menilai Sumbangan Anda?

1:00 Lunch
2:00

PERUBAHAN PEMIKIRAN DAN MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN

• Bagaimana Mengurangkan Beban Kerja?
• Tips-tips Mengelakkan Kebosanan Bekerja
• Cara Membantu Bos Meningkatkan Produktiviti

3:45

MENGURUS TUGASAN SECARA BERKESAN
• Kaedah Merekod Diari Bos dan Anda
• Memastikan Mesyuarat Berjalan Lancar
• Bekerja Dengan Lebih Pantas

5:00 End of Course
HARI KEDUA
9:00

BAGAIMANA MENONJOL IMEJ YANG PROFESIONAL
• Bagaimana Anda Boleh Memainkan Peranan Yang Dianggap “Profesional”
• Menyelami 4 Faktor Utama Yang Mempengaruhi Sikap Anda
• 3 Ego Yang Membantu dan Menghalang Penonjolan Imej Profesional
• Kualiti Utama Seorang Setiausaha Dan Pembantu Pejabat

10.45

ADAPTASI BUDAYA KERJA POSITIF
• Kenalpasti Sikap Positif dan Ciri “Cemerlang” Setiausaha
• Pelajari Pengurusan Emosi di Pejabat
• Mengurus Konflik Secara Berkesan

1:00 Lunch
2:00

MENGURUS BOS ANDA
• Mengurus Dokumen dan Fail
• Bagaimana Menyambut Tetamu
• Perbualan Telefon Yang Menarik
• Mengemaskini Maklumat Untuk Bos

3:45

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BEKERJASAMA DENGAN STAF LAIN
• 3 Perkara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Bekerjasama
• Kenapa Mereka Teruja Dengan Kata-kata Anda?
• Imej Yang Profesional Dalam Sekelip Mata
• Mengetahui Isi hati Orang Lain Dengan Mudah

5:00 Kursus Tamat