Pengurusan Fasiliti Bangunan, Operasi & Penyelenggaraan

20-21 Dec, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Hj. Rozali bin Ayed telah lebih 49 tahun berpengalaman dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk syarikat Karo Engineering Services yang pakar dalam bidang pepasangan, ujian dan selenggaraan sistem pepasangan dan kelengkapan eletrik. Sepanjang 49 tahun berkhidmat dalam bidang elektrik, beliau pernah memegang beberapa jawatan sebagai Chargeman Tertinggi, Juruteknik Kanan, Fomen Elektrik, Penolong Jurutera, Pengurus Kanan Projek Pembinaan Bangunan, Pengurus Fasiliti Bangunan, Juruperunding Mechanical & Electrical, Penasihat Teknikal, Juruperunding Latihan Teknikal di dua sektor iaitu sektor awam dan swasta.

 

Beliau juga berkebolehan dan berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, syarahan, latihan dan perunding latihan teknikal lebih dari 38 tahun. Sekarang, secara tidak sepenuh masa, beliau berkhidmat dengan Construction Industrial Development Board (CIDB) sebagai Pegawai Penilai Kelayakan Penyelia Tapak Binaan bidang elektrik. Selain dari itu, beliau secara rasmi diiktiraf sebagai Train The Trainer (TTT) yang dianugerahkan oleh Pentadbiran Sumber Manusia Berhad (PSMB) Malaysia.

 

Beliau juga telah lulus peperiksaan khas kerajaan yang melayakkan beliau sebagai Penolong Jurutera/Jurutera Elektrik. Pemegang Diploma Kuasa Elektrik, Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi Elektrik dianugerah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Juga pemegang sijil Profesional sebagai Penyelia kejuruteraan Elektrik, Chargeman kategori B4 – 33KV, Wireman PW4 3-fasa dan Endorsan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Gas Malaysia. Pernah dengan jayanya menghadiri kursus Teknikal dan Industri di Jepun anjuran Associataion of Overseas Technical Scholarship (AOTS) Jepun, di NEC Corporation Tokyo Jepun (1984-1985). Juga dengan jayanya menghadiri kursus User Training Energy Management System (EnMS) – ISO 50001, dan User Training in Fan Optimization dalam tahun 2012 anjuran Industrial Energy Efficiency for Malaysia Manufacturing Sector dengan kerjasama United Nation Industrial Development Organization (UNIDO).

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
M - 019 363 7822
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
M - 012 201 1247
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan – Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Skop Kerja Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Pembentukan Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Mengenalpasti Kaedah Terbaik Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Mengenalpasti Sebelas Teras Kompetensi Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Menentukan Keutamaan Kerja.
  • Menyediakan Pusat Kawalan Kerja.
  • Menyediakan Laporan Pengurusan, Operasi Dan Penyelenggaraan Untuk Rekod Dan Maklum Balas Kepada Pelanggan.
  • Sesi Soal Jawab
SINOPSIS

Untuk memastikan tahap kecermerlangan prestasi Pengurusan Fasiliti Bangunan yang berkekalan dan berterusan, Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan hendaklah secara kompeten dan profesional melaksanakan kerja-kerja pengurusan fasiliti mengikut kaedah-kaedah yang betul, prosedur-prosedur yang “standard”, mematuhi semua kehendak perundangan berkaitan dengan bangunan dan semua kelengkapan fasiliti yang melengkapkan fungsi bangunan, mematuhi kehendak keselamatan dan kesihatan, serta mematuhi keperluan keselamatan kebakaran.

 

Kursus ini merangkumi perbincangan berkaitan beberapa topik kajian kes bagi menjamin pengurusan fasiliti bangunan akan terus berdaya tahan dan maju mengikut penemuan-penemuan yang “trending” dan perkembangan teknologi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

 

Kursus ini juga merangkumi pemahaman kepada Sebelas Teras Kompetensi yang ditemui oleh “International Facility Management Association (IFMA)”, dan Kajian Kes Pengurusan Fasiliti Bangunan.

OBJEKTIF
  1. Peserta kursus akan memperoleh keuntungan bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman untuk meningkatkan tahap kompetensi, profesional, kemahiran, serta tahap keyakinan diri, dari fasilitator yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan fasiliti bangunan.
  2. Operasi Pengurusan Fasiliti Bangunan akan berjalan lancar oleh kerana kekurangan kegagalan kelengkapan dan sistem pengurusan fasiliti.
  3. Kos Kerja-kerja pengurusan, operasi dan penyelenggaraan fasiliti bangunan akan dapat dikurangkan.
SIAPA YANG PATUT HADIR

Kumpulan tenaga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja Pengurusan Fasiliti Bangunan, Operasi Dan Penyelenggaraan.

  • Pengurusan Tertinggi Fasiliti Bangunan,
  • Pengurus Fasiliti Bangunan,
  • Pengurus Bangunan,
  • Pengurus Aset Bangunan,
  • Penyelia Bangunan,
  • Jurutera Fasiliti Bangunan,
  • Eksekutif Pengurusan Fasiliti Bangunan,
  • Juruteknik,
  • Penjaga Jentera (Chargeman)
  • Tenaga Kerja Yang Berkaitan.
METODOLOGI
  • Kursus berbentuk teori berasaskan pengalaman praktikal.
  • Nota-nota kursus ditulis dalam Bahasa Malaysia/Inggeris.
  • Pembentangan kursus dalam Bahasa Malaysia/Inggeris.
  • Sesi soal jawab dan kajian kes.
HARI PERTAMA
9:00

PENGENALAN

  • Penjelasan maksud “Pengurusan Fasiliti Bangunan”
 

SKOP KERJA PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN

  • Menjelaskan ruang lingkup (coverage areas) kerja pengurusan fasiliti bangunan.
10.45

PEMBENTUKAN ORGANISASI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN

  • Mengenalpasti kakitangan yang bersesuaian mengikut kelayakan dan pengalaman, bilangan gerak kerja berasaskan kapasiti / saiz bangunan, kelengkapan fasiliti yang hendak diurus, dikendali dan diselenggara, durasi operasi bangunan, jenis dan fungsi bangunan.
 

MENGENALPASTI KAEDAH TERBAIK PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN

  • Bantuan pengurusan berkomputer, teknologi terkini, mematuhi standard yang ditetapkan, prosedur operasi standard, kesihatan dan keselamatan, Building By Law (BBL), BOMBA dan Penyelamat, Keperluan Perundangan dan sebagainya.
12.30

Tamat Hari Pertama

HARI KEDUA
9:00

MENGENALPASTI SEBELAS TERAS KOMPETENSI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN

  • Mengenalpasti sebelas Teras Kompetensi Pengurusan Fasiliti Bangunan yang dikenalpasti oleh “International Facility Management Association (IFMA)” untuk mencapai tahap kecemerlangan pengurusan fasiliti bangunan.
 

MENENTUKAN PRIORITI KERJA

  • Tujuan untuk mengelakkan kerja tertangguh/mengurangkan kerja tertangguh.
10.45

MENYEDIAKAN PUSAT KAWALAN KERJA

  • Kerja-kerja diagihkan kepada pasukan operasi dan penyelenggaraan, membentuk pusat khidmat pelanggan, merekod dan menganalisa hasil kerja.
 

MENYEDIAKAN LAPORAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN UNTUK REKOD DAN MAKLUM BALAS KEPADA PELANGGAN

 

SESI SOAL JAWAB

12.30 Kursus Tamat