Undang-Undang Buruh Malaysia

15-16 Dec, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Shafinah berpengalaman yang luas dalam bidang Pembelajaran dan Perkembangan Bakat. Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.

 

Shafinah percaya bahawa setiap individu mempunyai bakat dan potensi yang tinggi, beliau fokus untuk memupuk dan mengembangkan bakat sedia ada agar bersedia untuk menyumbang ke arah prestasi yang lebih tinggi. Untuk menyokong intervensi pembelajaran dan pengembangan bakat, Shafinah telah menggunakan pelbagai pendekatan latihan dan intervensi. Penyampaian samada melalui platform maya dan bersemuka.

 

Sepanjang kerjayanya, beliau telah membantu banyak organisasi untuk menubuhkan pusat latihan, meningkatkan kecekapan sumber manusia, pembelajaran, pengembangan serta pengurusan dan penggantian bakat.

Antara industri-industri yang mendapat manfaat dari pengalaman beliau adalah seperti:

  • Automotif
  • Minyak, Gas & Petrokimia
  • Pembuatan
  • Pembersihan
  • Pendidikan (Akademi, Institusi Swasta)
  • Pengangkutan
  • GLCs
  • Pemaju Hartanah dan Pembinaan
  • SME and Microbusinesses

Shafinah pernah menjalankan kursus di Malaysia dan luar negara seperti UAE, Qatar, UK, Germany, Kazakhstan, Algeria, Afrika Selatan, Russia, China, India, Indonesia dan Singapura.

 

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari The University of Melbourne.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
M - 019 363 7822
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
M - 012 201 1247
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Undang-Undang Buruh Malaysia
  • Akta Kerja 1955
  • Penamatan Kontrak Perkhidmatan
  • Pembayaran Upah Dan Gaji
  • Proses Pengendalian Disiplin
  • Siasatan Dalaman
  • Mahkamah Buruh Dan Mahkamah Perusahaan
  • Gangguan Seksual
PENGENALAN

Para pekerja adalah antara faktor utama untuk menggerakkan dan mengembangkan potensi sesebuah syarikat. Dan dengan itu, mereka perlu dilindungi dan diberikan hak-hak yang sepatutnya. Bagaimana pula dengan majikan? Sebagai majikan, mereka juga ada hak-hak yang tertentu untuk menjamin keharmonian perhubungan antara majikan dan pekerja.

 

Di dalam kursus ini, peserta akan diberi penjelasan mengenai Undang-Undang Buruh yang digunakan di Malaysia dan pemakaian secara berkesan di dalam organisasi.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami peruntukan-peruntukan penting di dalam kontrak perkhidmatan.
  2. Mengetahui peruntukan-peruntukan utama di dalam syarat- syarat perkhidmatan untuk pekerja.
  3. Mengetahui hak-hak majikan dan pekerja di dalam Undang- Undang Buruh Malaysia.
  4. Mengetahui proses pengendalian disiplin dan salah laku.
  5. Mengetahui tugas dan tanggungjawab majikan semasa mengendalikan kes gangguan seksual.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pengarah/Pengurus Sumber Manusia
  • Pengawal Kewangan
  • Pengurus Penjawatan / Pentadbiran
  • Eksekutif Sumber Manusia/Penjawatan
  • Pengurus / Pegawai Bahagian Gaji / Akaun
  • Setiausaha Syarikat dan Eksekutif
  • Pengurus Pentadbiran dan Ketua Jabatan
  • Semua Peringkat Majikan
  • Mereka yang telibat dalam hal kebajikan pekerja
  • Mereka yang berminat mengenali Undang Undang Buruh
METODOLOGI
  • Syarahan Interaktif
  • Kajian Kes
  • Perbincangan secara kumpulan
HARI PERTAMA
9:00

PENGENALAN UNDANG-UNDANG BURUH MALAYSIA

  • Tujuan utama Undang-Undang Buruh ditubuhkan
  • Pengenalan: Akta Kerja 1955
  • Pengenalan: Akta Perhubungan Perusahaan 1967
  • Undang-undang Lain yang berkaitan dengan Pekerjaan
10.45

AKTA KERJA 1955

  • Skop pekerja dibawah Akta Pekerjaan 1955
  • Hak-hak Majikan dan Pekerja
  • Tanggungjawab Majikan dan Pekerja
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Sebab-sebab Penamatan Kontrak Perkhidmatan
  • Notis Penamatan / Penamatan tanpa Notis
  • Seksyen 15 (1) & (2)
3:45

PEMBAYARAN UPAH DAN GAJI

  • Sistem Pembayaran Upah
  • Kiraan Upah Biasa dan Lebih Masa
  • Pendahuluan dan Pemotongan
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

PROSES PENGENDALIAN DISIPLIN

  • Pengendalian Pekerja yang Berprestasi Rendah
  • Pengendalian Pekerja yang ada Salah Laku
  • Tindakan yang boleh diambil oleh Majikan
10.45

SIASATAN DALAMAN

  • Langkah-langkah sebelum Sesi Siasatan Dalaman
  • Proses Semasa Siasatan Dalaman
  • Tugas dan Tanggungjawab Panel Siasatan Dalaman
  • Langkah-langkah selepas Sesi Siasatan Dalaman
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MAHKAMAH BURUH DAN MAHKAMAH PERUSAHAAN

  • Tugas dan Tanggungjawab Mahkamah Buruh
  • Tugas dan Tanggungjawab Mahkamah Perusahaan
3:45

GANGGUAN SEKSUAL

  • Polisi dan prosedur
  • Seksyen 81A – 81G
  • Tugas and Tanggungjawab Majikan
5:00 Kursus Tamat