PENGURUSAN MINDA UNTUK MENJANA PEMIKIRAN YANG CEMERLANG DI PEJABAT

31 May, 2022, Remote Online Training - Public

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.


Venue Details

Remote Online Training - Public

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Memahami Hubungkait Minda Dan Pengurusan Kendiri
  • Cara Mengurus Minda Yang Sihat
  • Mengenali Fungsi Minda Kita
  • Membangkitkan Kecemerlangan Diri
  • Pelan Tindakan Susulan
OBJEKTIF

Cara dan corak pemikiran membentuk hala tujuan hidup manusia. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada ilmu yang membantu mengurus diri sendiri dan mengenali manusia lain dengan lebih tepat, khususnya di tempat kerja.

Kursus ini banyak memberi tip yang berkesan mengenai cara pengurusan minda dan bagaimana kita boleh interpretasi maklumat minda secara tepat ketika mengurus manusia dan tugasan yang diberikan oleh pegawai atasan.

Amat sesuai juga untuk semua lapisan warga kerja yang ingin bersikap proaktif, tenang dan lebih berkeyakinan ketika mengurus tugas.

MANFAAT
  1. Mengenali cara pengurusan minda dan diri secara professional.
  2. Bagaimana boleh lebih fokus terhadap kerjaya dan matlamat yang ingin dicapai.
  3. Boleh menerima arahan dengan lebih positif dan jelas.
  4. Berfikir lebih positif dan berkeyakinan ketika mengurus majikan dan pelanggan.
  5. Menangani masalah dan konflik secara lebih berkesan.
  6. Lebih tenang dan pandai mengurus emosi negatif.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Pegawai
  • Setiausaha
  • Pembantu Tadbir
  • Pentadbir Pejabat
METODOLOGI

Kursus ini sangat interaktif dan mudah difahami. Kaedah yang dibincangkan boleh diguna pakai sejurus selepas kursus. Antara metodologi yang menyeronokkan lagi membentangan kursus adalah:

  • Perkongsian idea
  • Video
  • Aktiviti
  • Aplikasi online
  • Kes kajian
  • Perbincangan kumpulan
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00

MEMAHAMI HUBUNGKAIT MINDA DAN PENGURUSAN KENDIRI 

  • 5 Fungsi Otak Yang Utama
  • Apakah Hubungkait Otak dan Minda?
  • Lapisan Fisiologi dan Pisikologi Manusia
  • Pemikiran Positif dan Negatif Di tempat Kerja


10.45

CARA MENGURUS MINDA YANG SIHAT

  • Menjaga Kesihatan Otak Kita
  • 4 Perkara Yang Membantu Kesihatan Minda
  • Menerima Arahan Pegawai Secara Positif
  • Meningkatkan Kerjasama Dengan Rakan Sekerja dan Pelanggan
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MENGENALI FUNGSI MINDA KITA

  • Pemahaman Maksud, Saya, Anda dan Kita
  • Menjana Pemikiran Positif dari Memori Kita
  • Mengurus Pemikiran Logik dan Emosi Di tempat Kerja
  • Bagaimana Pemikiran Rasional Membantu Kerjaya Anda?
3:45

MEMBANGKITKAN KECEMERLANGAN DIRI

  • Bakat Yang Terpendam Dalam Struktur Minda
  • Kuasa Minda Separa Sedar Anda
  • Bagaimana Menjana Kecemerlangan Diri?
  • Tip-tip Mudah Untuk Mengurus Minda dan Pemikiran
 

PELAN TINDAKAN SUSULAN

5:00 Kursus Tamat