(MC) Kecemerlangan Penyeliaan Dan Pengurusan Konflik

29-30 Sep, 2022, Remote Online Training - Public

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN
adalah seorang graduan dalam bidang
pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana
dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan
Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja dari sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu
mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

 

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terdapat sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Remote Online Training - Public

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  •   Fungsi Peranan Dan Tanggungjawab Membentuk Kecemerlangan Diri
  • Kriteria Menilai Prestasi Kerja
  • Sifat Kepimpinan Dan Penyeliaan
  • Memperbaiki Gaya Komunikasi Penyeliaan
  • 5 Strategi Pengurusan Konflik
  • Mengurus Pelbagai Personaliti Manusia
  • Kerjasama Berpasukan Yang Efektif
OBJEKTIF KURSUS

Seorang Penyelia yang cemerlang boleh mengimbangi isu kerja dan manusia bagi membantu organisasi mencapai matlamat dan visi.

Kursus intensif 2-hari ini membantu Penyelia mempelajari selok-belok pengurusan konflik dan manusia yang lebih mantap bagi meningkatkan prestasi kerja. Ianya akan menyedarkan mereka tentang konsep pengurusan manusia yang jelas, ringkas dan mudah dipraktik di tempat kerja sejurus selepas kursus.

Di samping ini, mereka akan belajar teknik penyeliaan dan kepimpinan yang selaras dengan budaya kerja organisasi mereka. Konsep komunikasi berkesan juga dapat membantu mereka melancarkan proses kerja serta menyelesaikan tugasan yang diberi secara efektif. Peserta juga akan menilai sejauh mana sikap membantu atau menghalang mereka untuk menjadi Penyelia proaktif.

SETELAH MENGHARDIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Menganalisa situasi semasa dan memperbaiki kelemahan sedia ada.
  2. Menyedarkan kelemahan dan kekuatan sebagai seorang Penyelia.
  3. Memahami kehendak ahli pasukan kerja dengan lebih tepat.
  4. Mempelajari gaya penyeliaan diri sendiri.
  5. Menyelesaikan konflik secara berkesan.
  6. Mengurangkan konflik di tempat kerja.
  7. Belajar idea mendapatkan kerjasama dari semua pihak.
  8. Mengurus krisis secara positif.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Eksekutif
  • Pembantu Tadbir
  • Pentadbir Pejabat
  • Untuk Semua Pekerja Yang Terlibat Dalam Aktiviti Penyeliaan Dan Pentadbiran Pejabat
METODOLOGI

Kursus yang amat interaktif, mudah difahami dan praktikal

  • Huraian Penceramah
  • Latihan Berkumpulan
  • Video
  • Aktiviti
  • Analisa Diri
Hari Pertama
9:00

FUNGSI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MEMBENTUK KECEMERLANGAN DIRI  

  • Kenapa “Kecemerlangan Diri” Kurang Menonjol Di tempat Kerja?
  • Kenalpasti Peranan dan Tanggungjawab Penyelia
  • Teknik Penonjolan Watak Yang Profesional


10.45

KRITERIA MENILAI PRESTASI KERJA

  • Penilaian Prestasi Kerja
  • Rahsia Kecemerlangan Diri
  • Sumbangan Sikap Terhadap KPI

 

1:00 Makan Tengahari
2:00

SIFAT KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

  • Pekerja Pasif, Agresif dan Tegas
  • Perbezaan Antara Pemimpin dan Penyelia
  • Analisa Gaya Kepimpinan dan Penyeliaan

 

3:45

MEMPERBAIKI GAYA KOMUNIKASI PENYELIAAN

  • 3 Rahsia Komunikasi Profesional
  • Penggunaan Ayat Yang Membantu Imej Penyelia
  • Mengenali Nada Suara Yang Meyakinkan

 

5:00 Tamat Hari Pertama
Hari Kedua
9:00

5 STRATEGI PENGURUSAN KONFLIK

  • Bersaing Untuk Pencapaian
  • Bekerjasama Untuk Meningkatkan Percambahan Fikiran
  • Bertolak ansur Untuk Mendapatkan Keadilan
  • Mengelak Supaya Emosi Reda
  • Penyesuaian Diri Untuk Kepentingan Bersama


1:00 Makan Tengahari
2:00

MENGURUS PELBAGAI PERSONALITI MANUSIA 

  • Menyelami Konsep Matriks Komunikasi
  • Mengenali Personaliti Sendiri
  • Berkerjasama Dengan Personaliti Berbeza.

 

3:45

KERJASAMA BERPASUKAN YANG EFEKTIF

  • Mengenalpasti Masalah dan Menyelesaikannya
  • Akar Umbi Keeratan Hubungan Profesional
  • Bekerjasama Dengan Manusia Pelbagai Ragam

 

  PELAN TINDAKAN SUSULAN
5:00 Kursus Tamat