(MC) Kursus Kaedah Menulis Laporan dan Kertas Cadangan

21-22 Dec, 2022, AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JUMARI BIN KOSRIN
(MBA UTeM. BA Syariah UM).

 

En. Jumari telah memulakan karier dalam bidang latihan lebih dari 10 tahun. Beliau telah mengendalikan pelbagai jenis kursus yang melibatkan pelanggan korporat termasuklah IPT, pihak kerajaan dan swasta. Beliau juga berpengalaman mengendalikan kursus termasuklah bidang pengurusan dan motivasi samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dalam pengendalian kursus, beliau mendapat penilaian yang tinggi dari para peserta dan akhirnya dapat diaplikasikan dalam persekitaran kerja yang sesuai.

 

Beliau juga berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus pembinaan pasukan, motivasi, Train The Trainer, Professional Grooming, Protocol and Social Etiquette, Supervisory Skill, Communication Skills, Career & Motivation, Leadership and Supervisory Skill, Self Improvement, Positive Work Attitude, Pengurusan Fail dan Rekod.

 

Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya, dalam bidang pentadbiran dan perundangan Syariah serta telah menamatkan pengajian dalam Master of Business Administration (MBA) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Ini menjadikan beliau sangat berkeyakinan dalam mengendalikan pelbagai jenis kursus.

Pengalaman kerja beliau di dalam sektor kerajaan dan swasta sebelum menjadi jurulatih sepenuh masa, menjadikan beliau mempunyai nilai tambahan dalam pengendalian pelbagai jenis kursus. Beliau juga turut berkemampuan dalam mengendalikan soft skill training seperti kursus penulisan surat dan dokumen rasmi berkualiti dalam Bahasa Malaysia.

 

Kemahiran dan kebolehan dalam mengendalikan kursus menjadikan beliau menjadi jurulatih pilihan kepada organisasi seperti Pusat Serenti, Pasukan Bomba dan Penyelamat, IKSEP, National Semi Conductor Melaka, Pejabat Belia dan Sukan, Institusi Pengajian Tinggi, STRIDE, MINDEF, JKR, PETRONAS dan NGO termasuklah dari Negara Brunei Darussalam.

Venue Details

AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott (Formerly known as Vistana Kuala Lumpur)
9, JALAN LUMUT,, OFF JALAN IPOH,, 50400 KUALA LUMPUR - 50400
Phone : (603) 40428000

https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulka-ac-hotel-kuala-lumpur/overview/?scid=45f93f1b-bd77-45c9-8dab-83b6a417f6fe&y_source= 1_MTQ2NDU5MDEtNDgz LWxvY2F0aW9uLndlYnNpdGU%3D

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Konsep Kertas Laporan
  • Teknik Penyediaan
  • Penyediaan Akhir
  • Menyediakan Kertas Cadangan
  • Kaedah Penyediaan Kertas Cadangan
  • Teknik Menulis Semula
  • Persembahan Kumpulan
OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik menulis laporan dan penyediaan kertas kerja, mengikut format yang menjadi amalan biasa dalam penulisan. Adalah diharapkan, selepas menghadiri latihan ini para peserta akan:-

  1. Memahami kaedah menulis laporan yang betul dan sistematik.
  2. Memahami dan mengamalkan kaedah menulis kertas cadangan mengikut kaedah yang sempurna.
  3. Memahami konsep penulisan yang betul mengikut proses pengurusan dan pentadbiran.
RUANGLINGKUP KURSUS
Kursus selama dua hari ini akan dilaksanakan dengan memberikan pendedahan kepada penyediaan laporan yang lengkap dan berintegriti. Kaedah menyediakan kertas cadangan juga akan memberikan pendedahan komprehensif yang memudahkan peserta memahaminya .
SIAPA YANG PATUT HADIR
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong
Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi.
METODOLOGI

Kursus yang juga dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel dan perbincangan. Ianya akan dijalankan menggunakan pendekatan ini bertujuan bagi memberikan kefahaman yang optima kepada peserta kerana proses pembelajaran tidak akan berlaku jika hanya setakat mendengar ceramah sahaja.

Penglibatan peserta dalam perbincangan, menzahirkan pandangan dan pendapat mereka serta menyediakan satu hasil kerja bersama, adalah satu teknik yang berupaya menilai tahap kefahaman mereka.

HARI PERTAMA
9:00

KONSEP KERTAS LAPORAN

  • Konsep laporan
  • Keperluan, laporan dan format
  • Matlamat laporan
  • Siapa pembaca laporan berkenaan


10.45

TEKNIK PENYEDIAAN

  • Memahami arahan penyediaan
  • Teknik mengumpul data
  • Pengolahan data dan maklumat
  • Menyediakan laporan awal / draf
  • Menyediakan rumusan/cadangan

 

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

PENYEDIAAN AKHIR

  • Menyusun laporan mengikut format
  • Penyediaan lampiran dan sampel
  • Mengemukakan laporan.

 

3:45

MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

  • Konsep kertas cadangan
  • Matlamat penyediaan kertas cadangan
  • Format dan struktur kertas cadangan

 

5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

KAEDAH PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN

  • Menjelaskan tujuan
  • Objektif dan ilustrasi kertas cadangan
  • Mengumpul fakta dalam isi kandungan
  • Maklumat implikasi kewangan (jika ada)
  • Unjuran kejayaan dan faedah yang bakal diperolehi
  • Masalah yang dijangka
  • Rumusan


10.45

TEKNIK MENULIS SEMULA

  • Teknik menulis semula minit mengikut format
  • Gayabahasa dan protokol dalam penulisan
  • Bentuk dan susunan ayat
  • Bahan sokongan

 

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

PERSEMBAHAN KUMPULAN

Persembahan kumpulan bertujuan bagi memastikan bahawa semua peserta memahami proses pembelajaran yang dijalani. Selain itu kumpulan lain dapat melihat dan menyemak semua tugasan masing-masing dengan matlamat agar mereka dapat melakukan latihan dengan betul seperti yang dipelajar.

Proses persembahan ini membolehkan sebarang kesilapan dapat dibetulkan secara spontan oleh pengajar dengan memberi rasionalisasi yang relevan.

3:45

SESI SOAL JAWAB 

  • Perbincangan terbuka dan soal jawab bersama peserta
  • Mendokumentasikan satu laporan dan satu kertas kerja yang terbaik dari peserta untuk rujukan bersama.

 

5:00 Kursus Tamat