(MC) Peningkatan Kemahiran Komunikasi & Interpersonal Untuk Pencapaian Prestasi Kerja Optimum

15 Dec, 2022, Remote Online Training - Public

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization Studies).

 

Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam bidang Keusahawanan.

 

Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel, Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance, MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang terkenal di seluruh dunia.

 

Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai “Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.

 

Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.

Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.

Venue Details

Remote Online Training - Public

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Berkomunikasi Mengikut Peranan Dan Tanggungjawab
  • Tiga Rahsia Komunikasi
  • Mengurus Dan Memahami Kehendak Bos
  • Memantapkan Perhubungan Dengan Rakan Sekerja
OBJEKTIF
Melalui kursus ini, anda dapat menyelami perasaan sendiri terhadap manusia yang mempunyai latarbelakang, idea dan personaliti yang berbeza. Anda akan belajar bagaimana anda boleh menjalin perhubungan yang mantap dengan semua kakitangan organisasi, mengurangkan sensitiviti diri, menambahkan keyakinan apabila berhubung dengan pihak atasan dan bersikap lebih profesional.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN…
  1. Memahami peranan dan tanggungjawab anda yang sebenar semasa berkomunikasi di tempat kerja.
  2. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri apabila berhubung dengan orang lain.
  3. Mempelajari rahsia komunikasi yang profesional.
  4. Mengurus emosi apabila berhubung dengan orang tidak sefahaman dengan anda.
  5. Bekerjasama dengan semua pihak dengan penuh keyakinan.
METODOLOGI
Perbincangan kumpulan, kes kajian serta aktiviti berkumpulan diterapkan di dalam kursus ini supaya peserta dapat menghayati sepenuhnya konsep yang diketengahkan oleh penceramah.
APA YANG AKAN DEPELAJARI
9:00

BERKOMUNIKASI MENGIKUT PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

  • Kenalpasti Peranan dan Tanggungjawb Semasa Bekerja
  • Perbezaan Budaya Kerja dan Budaya Sosial
  • Penonjolan Watak Anda
10.45

TIGA RAHSIA KOMUNIKASI

  • Bagaimana Cara bekomunikasi Membentuk Personaliti
  • Penggunaan Ayat Yang Betul
  • Menilai Bahasa Isyarat Yang Positif dan Negatif Anda
  • Nada Suara Yang Berkeyakinan
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MENGURUS DAN MEMAHAMI KEHENDAK BOS

  • Kebenaran dan Hakikat Mengenai Bos
  • Kerja Untuk Bos dan Kerja Dengan Bos
  • Memahami Gaya Kerja Bos
  • Teknik Menambat Hati Bos
3:45

MEMANTAPKAN PERHUBUNGAN DENGAN RAKAN SEKERJA

  • Analisa Isu Yang Sering Timbul
  • Positifkan “Kronisme” Anda
  • Mengendali Gosip dan Politik Pejabat
  • Mentaliti Rakan Sekerja Sebagai Pasukan Anda
5:00 Tamat Kursus