Pengacaraan Majlis Dan Pengurusan Protokol

24-25 Jun, 2024, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Latarbelakang Kerjaya

 

Adi Afendi adalah seorang pengacara majlis profesional yang berpengalaman lebih satu dekad. Beliau juga adalah seorang pelakon, jurulatih keusahawanan, pengajar ilmu pengucapan umum dan kemahiran berkomunikasi, serta penceramah motivasi. Beliau juga adalah penerima Anugerah 100 Usahawan Paling Berpengaruh 2018, Anugerah Ikon Usahawan Cemerlang 2019 dan Anugerah Usahawan MYMalaysia 2021.

 

Pada tahun 2014, beliau telah mengacara rancangan temubual ‘Persepsi’ di HyppTV (kini dikenali sebagai UnifiTV) yang bersiaran selama 85 episod mingguan. Beliau kemudiannya menyampai Berita Bahasa Inggeris pada tahun 2016, juga di HyppTV. Pada tahun 2022, beliau telah mengacara rancangan temubual ‘Bicarawara Fintech’ di TV2 selama 13 episod.

 

Adi Afendi juga adalah salah seorang daripada tiga watak utama di Drama bersiri HyppTV “Graduan Bawa Teksi”. Beliau juga pernah muncul dalam drama aksi TV2 “Gerak Khas”, Drama bersiri Astro Ria “Dia Bidadariku”, siri komedi popular Astro Prima “Kampong Pisang Bersiri-siri”, Drama Viu “She Was Pretty”, dan juga beberapa lagi Drama TV dan Iklan. Pada tahun 2018, beliau muncul di layar perak dalam filem Blockbuster “Paskal: The Movie”. Adi Afendi juga adalah seorang bakat alihsuara.

 

Latarbelakang Kejurulatihan

 

Adi Afendi adalah pakar dalam bidang pengurusan protokol, setelah menerima latihan daripada istiadat, Jabatan Perdana Menteri. Disebabkan kepakaran unik inilah beliau telah mengacara pelbagai Majlis melibatkan Kerabat Diraja Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan, Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu Malaysia, Perdana Menteri dan pelbagai Ahli Jemaah Menteri. Beliau juga pernah mengendalikan bengkel-bengkel untuk pelbagai agensi kerajaan dan sektor korporat seperti, antara lainnya, Kementerian Multimedia Komunikasi, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, The Star dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih mantap, Adi Afendi kini beroperasi di bawah sebuah entiti bernama Hamptons Academy.

Venue Details

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur
Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3,,
Phone : 03-2298 1888

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURUS
  • MODUL SATU: EMCEE? APA YANG DIPERLUKAN
  • MODUL DUA: CAKAP LAH!
  • MODUL TIGA: YANG MANA LEBIH MUSTAHAK?
  • MODUL EMPAT: NAK PANGGIL DIA APA YA?
  • MODUL LIMA: SERLAHKAN KEHEBATANMU
  • MODUL ENAM: KITA KENA JAGA ADAB
PENDAHULUAN

Ilmu dan kemahiran pengacaraan adalah kebolehan yang amat diperlukan dalam pembangunan seseorang pengacara majlis, terutamanya dalam bidang pengurusan protokol. Pendedahan dan pengetahuan adalah perkara yang utama apabila ditugaskan dengan pengurusan sesebuah majlis formal, terutamanya yang melibatkan tetamu-tetamu kehormat penting yang menjadi kebiasaan kebanyakan majlis di Malaysia.

 

Elemen seperti penulisan skrip yang mantap, cara berdiri, penguasaan pentas, salutasi yang betul, susunan keutamaan tetamu, susunan tempat duduk, susunan bendera dan elemen lain haruslah menjadi darah daging seseorang pengacara majlis yang baik. Ilmu asas pengurusan majlis, etika, peradaban majlis santapan dan juga peranan dan tanggungjawab penyambut tetamu juga adalah amat diperlukan.

 

Kursus ini akan mendedahkan para peserta kepada elemen-elemen penting untuk menjadi seorang pengacara majlis yang serba boleh, melengkapkannya untuk menggalas tugas-tugas berat yang melibatkan golongan atasan prasarana sosial dan politik Malaysia.

 

Elemen protokol dalam kursus ini telah disahkan oleh Jabatan Istiadat, Jabatan Perdana Menteri, dan menuruti segala peraturan dan prinsip yang telah digariskan oleh pelbagai perundangan dan pekeliling rasmi.

 

Seseorang pengacara majlis yang baik bukan sahaja boleh menguasai pentas dengan berkesan, tetapi juga boleh mengendalikan krisis seperti pengurusan masa termasuklah pengawalan orang ramai dalam suasana kecemasan. Ini juga akan diberikan perhatian.

 

Kursus ini akan dikendalikan oleh seorang jurulatih yang juga adalah seorang Pengacara Majlis yang berwibawa dan berpengalaman yang akan berkongsi ilmu berdasarkan pengalaman penglibatannya sendiri dalam majlis-majlis peringkat antarabangsa dan kebangsaan, termasuk yang melibatkan kerabat diraja dan orang-orang kenamaan.

OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini telah direka khas agar pada penghujungnya setiap peserta akan menerima ilmu dan pemahaman yang berikut:

  1. Jenis-jenis majlis dan gaya pengacaraan berbeza, pengurusan tempat, penguasaan
    pentas, kemahiran pengucapan umum dan
    teknik-teknik penulisan skrip
  2. Pengurusan masa, pengurusan penceramah dan pengurusan krisis yang berkesan,
    dengan senario keadaan terburuk
  3. Protokol Kerajaan, termasuk salutasi, panggilan hormat, susunan keutamaan, susunan tempat duduk dan susunan bendera
  4. Peradaban serta pakaian yang sewajarnya dalam majlis santapan rasmi
  5. Peranan Pegawai Protokol/Perhubungan dan Peyambut Tetamu
  6. Peningkatan keyakinan dalam mengendalikan majlis-majlis rasmi dan pendedahan kepada senario yang paling teruk yang sering berlaku dalam majlis
SIAPA YANG PATUT HADIR
Para pegawai dan warga kerja yang sering dilibatkan untuk menjadi Pengacara atau Pengacara Majlis di majlis-majlis anjuran organisasi atau syarikat serta mereka yang berminat di dalam bidang seni persembahan kraftutur dan mereka yang mempunyai potensi yang boleh digilap oleh organisasi untuk menjadi Pengacara Majlis di majlis-majlis yang bertaraf “high profile”.
METODOLOGI

Nilai yang terbaik yang ditawarkan di sini adalah seorang tenaga pengajar yang merupakan seorang pengacara majlis selebriti bertaraf antarabangsa yang telah memenangi pelbagai anugerah, dan yang akan berkongsi bukan sahaja cara terbaik untuk menguruskan protokol tetapi juga kesilapan-kesilapan yang telah beliau lakukan sepanjang kerjayanya sebagai iktibar. Ini adalah sesuatu yang tidak ramai pengajar boleh kongsikan.

Kursus ini akan dikendalikan secara interaktif yang diselang-selikan dengan aktiviti untuk pemahaman yang mudah. Nota juga akan diberikan sebagai rujukan.

Para peserta juga akan dinilai melalui kuiz yang akan diberikan sepanjang kursus dan juga pada pengakhiran hari kedua, serta pembentangan tugasan.

HARI PERTAMA
9:00

MODUL SATU: EMCEE? APA YANG DIPERLUKAN

Pengenalan, Jenis-jenis majlis dan pelbagai gaya pengacaraan, Tanggapan pertama – ketrampilan, gaya badan dan
suara, Pengurusan sebelum majlis,
Pengurusan tempat, Pengurusan perkakas, Pengurusan penceramah


10.45

MODUL DUA: CAKAP LAH!

Asas kemahiran pengucapan umum, Pengurusan jangkaan dan gemuruh, Penulisan skrip, Memberikan kata
pembuka yang berkesan, Mengambil
soalan daripada penonton, Pengurusan masa dan krisis – bertindak dengan
spontan, Pengurusan penyambut tetamu

1:00 Makan Tengahari
2:00

MODUL TIGA: YANG MANA LEBIH MUSTAHAK?

Pengenalan kepada Pengurusan Protokol, Skop protokol, Jenis-jenis majlis
rasmi, Susunan keutamaan Tetamu Kehormat dan VVIP, Pengurusan
jawatankuasa, Menguruskan jemputan

5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

MODUL EMPAT: NAK PANGGIL DIA APA YA?

Pengenalan kepada salutasi yang
betul dalam majlis rasmi, Kategori
salutasi menurut undang-undang,
Senarai lengkap salutasi, Susunan
tempat duduk, Prinsip asas susunan
tempat duduk, Penyusunan tempat
duduk dalam pelbagai bentuk
meja, Susunan keutamaan bendera

- LATIHAN PRAKTIKAL: MENYEDIAKAN SKRIP PEMBUKA MAJLIS


10.45

MODUL LIMA: SERLAHKAN KEHEBATANMU

  • PEMBENTANGAN: SKRIP PEMBUKA MAJLIS
  • Penilaian
1:00 Makan Tengahari
2:00

MODUL ENAM: KITA KENA JAGA ADAB

Memahami peradaban majlis dan gaya pemakaian bersesuaian

5:00 Tamat Kursus