Penyelia & Pengawal Keselamatan Profesional

30-31 Jul, 2024, AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

SEAN BALAKRISHNEN, kelayakan beliau dalam bidang sekuriti bermula sejak beliau menjadi pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari tahun 1973 sehingga tahun1995, di mana beliau bersara dengan menyandang pangkat Leftenan Komander.

 

Tugas-tugas yang disandang oleh Encik Sean termasuk Pegawai Memerintah, Pegawai Laksmana, Pegawai Senjata kapal-kapal TLDM. Tanggungjawab utama beliau adalah menjaga keselamatan nyawa, keselamatan harta-benda kerajaan serta keselamatan data dan maklumat, selain dari tugas-tugas laut di mana beliau memikul keselamatan Negara Malaysia.

 

Beliau juga telah diamanahkan dengan keselamatan Pangkalan TLDM Lumut dengan jawatan sebagai Timbalan Komander Keselamatan merangkap Pegawai Laksamana Rejimen Keselamatan. Tanggungjawab beliau, antara lain merangkumi menulis, mengularkan dan menguji arahan dan prosedur tetap bagi keselamatan pangkalan TLDM Lumut yang merupakan sebahagian dari rancangan pertahanan keselamatan seluruh negara.

 

Encik. Sean telah juga berkhidmat sebagai Pegawai Probos dan Pegawai Pendakwa serta berpengalaman dalam aspek-aspek siasatan pelbagai kes-kes dadah dan jenayah. Beliau juga menubuhkan lembaga siasatan dan memberi nasihat di dalam bidang keselamatan dan perundangan mahupun kepada lembaga atau pihak berkuasa atasan dalam proses membuat keputusan.

 

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau telah menyandang jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dan seterusnya sebagai Pengurus Sumber Manusia Kumpulan di sebuah syarikat pembuatan antarabangsa. Di sana juga beliau menjalankan tugas-tugas sekuriti dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan.

 

Di samping itu, beliau pernah menjadi pensyarah jemputan di MIPM (kini dikenali sebagai MIHRM) dan Universiti Malaya (UMCCed) dalam bidang sekuriti.

 

Encik Sean juga telah memberi syarahan di Institute Seminars Malaysia bagi program Diploma in Security Management. Sijil program ini dikeluarkan di United Kingdom. Dalam program ini, beliau telah merangka dan menulis nota dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta memberi syarahan dalam modul “Criminology & Psychology dan Sekuriti”.

 

Sebagai pelatih korporat, beliau mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dan pernah melatih beberapa pertubuhan korporat termasuklah Malaysia Airports Sdn Bhd, Mieco Chipboard dan Yayasan Sabah

Venue Details

AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott
9 JALAN LUMUT OFF JALAN IPOH, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 50400,
Fax : 0 3-40428000

https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulka-ac-hotel-kuala-lumpur/overview/?scid=45f93f1b-bd77-45c9-8dab-83b6a417f6fe&y_source=1_ MTQ2NDU5MDEtNDgzLWxv Y2F0aW9uLndlYnNpdGU%3D

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Modul 2 – Kesedaran & Kepentingan Pengawal Keselamatan
    Dalam Syarikat
  • Modul 3 - Komunikasi Berkesan Untuk Anggota Keselamatan
  • Modul 4 - Bekerja Sebagai Pasukan Dalam Sekuriti
  • Modul 5 - Matlamat & Tugas-tugas Dalam Sekuriti
  • Modul 6 - Penilaian Ancaman & Risiko
  • Modul 7 - Perlindungan Harta Benda
  • Modul 8 - Kawalan Pentadbiran Dalam Sekuriti
  • Modul 9 – Perlindungan Nyawa
  • Modul 10 – Perlindungan Maklumat
  • Modul 11 – Pencegahan
  • Modul 12 – Pengesanan
  • Modul 13 – Perkhidmatan Kecemasan
  • Modul 14 – Penguatkuasaan
  • Modul 15 – Audit Sekuriti
  • Modul 16 – Rondaan
  • Modul 17 – Penyiasatan
  • Modul 18 - Penangkapan, Penggeledahan &
    Undang-Undang
  • Modul 19 – Keselamatan Moden
OBJEKTIF

Kursus 2-hari ini dibahagi dua -

Hari Pertama untuk pembangunan diri, menanamkan sikap positif, professionalisma, ketrampilan diri, keyakinan diri, mengatasi sikap sambil lewa, memberi pelbagai alasan untuk kegagalan, menerima kritikan dengan positif dan perasaan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka.

Hari Kedua untuk memberi pengetahuan & kemahiran dalam bidang sekuriti.

Matlamat kursus ini adalah menjalankan sistem sekuriti yang profesional. Latihan ini juga akan dapat mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada melalui telefon atau secara peribadi. Kursus ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka dengan menanamkan semangat berpasukan.

SELEPAS MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Meningkatkan kebolehan berkomunikasi, memberi arahan dan menangani kritikan.
  2. Menanamkan disiplin, menanamkan ciri-ciri sikap positif dan motivasi diri.
  3. Memberi pengetahuan mendalam tentang keselamatan profesional.
  4. Mewujudkan kesedaran bahawa keselamatan profesional bukanlah kerja senang.
  5. Menyedari bahawa keselamatan adalah suatu alat yang mengukuhkan objektif organisasi.
  6. Membolehkan peserta melakukan penilaian ancaman & risiko di syarikat mereka.
  7. Mengetahui kuasa perundangan anggota keselamatan dalam aspek penangkapan
    dan pemeriksaan kenderaan dan pejalan kaki
    serta tatacara mengendalikannya.
  8. Menangani beberapa jenis jenayah biasa di tempat kerja serta modus operandi.
  9. Mengetahui langkah-langkah pencegahan serta tindakan proaktif jenayah biasa.
  10. Memberi pengetahuan, keyakinan dan memberi kemahiran untuk mengatur satu sistem
    sekuriti yang berkesan di tempat kerja.
  11. Mengetahui tugas-tugas pengawal
    keselamatan semasa kebakaran.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Semua Eksekutif & Pegawai Tadbir yang menjaga Unit Keselamatan, Ketua Keselamatan, Penyelia & Pengawal Keselamatan.
METODOLOGI
  • Syarahan
  • Pembentangan
  • Diskusi
  • Amalan & Latihan
HARI PERTAMA
9:00

MODUL 1 - PENGENALAN

  • Arahan Kursus
  • Aktiviti 1 – Kuiz Mistik – Kesedaran Diri
  • Pelajaran Aktiviti
10.45

MODUL 2 – KESEDARAN & KEPENTINGAN PENGAWAL KESELAMATAN
DALAM SYARIKAT

  • Sikap Negatif Anggota Keselamatan
    Yang Perlu Diubah
  • Aktiviti 2 –“Oh Bangau“ – Sikap Memberi Alasan
  • Kepentingan Kesetiaan Kepada Majikan
  • Menangani Kritikan Dengan Positif Untuk Mempertingkatkan Mutu Kerja
  • Kaedah Bill Gates - Menerima Kritikan Untuk Penambahbaikan
  • Aktiviti 3 - Aktiviti Kumpulan -
    Kemahiran Mencari Penyelesaian Tanpa Menyinggung Perasaan Pihak Pengurusan
1:00 Makan Tengahari
2:00

MODUL 3 – KOMUNIKASI BERKESAN UNTUK ANGGOTA KESELAMATAN

  • Komunikasi Lisan Dan Komunikasi Isyarat Badan
  • Proses & Halangan Dalam Komunikasi
  • Menganalisa Cara Manusia Berkomunikasi
  • Aktiviti 4 – Perbezaan Di Antara Berkomunikasi Secara Profesional &
    Bercakap - Lakon Peranan Memberi Arahan / Taklimat
  • Pembelajaran Dari Aktiviti - Langkah- langkah Berkomunikasi Secara
    Profesional Untuk Anggota Keselamatan
  • Apa Dia Komunikasi Berkesan Dalam Keselamatan?
  • Kemahiran Bertelefon - 8 Peraturan Taraf Antarabangsa
3:45

MODUL 4 – BEKERJA SEBAGAI PASUKAN DALAM SEKURITI

  • Ciri-ciri Kejayaan Pasukan
  • 12 Halangan Bekerja Dalam Pasukan
  • Komunikasi Negatif Yang Memusnahkan Pasukan
  • Aktiviti 5 - Aktiviti Kumpulan - Mencari Penyelesaian Secara Perbincangan Dalam
    Pasukan - Mengatasi Konflik
5:00 Tamat Kursus Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

MODUL 5 – MATLAMAT DAN TUGAS-
TUGAS DALAM SEKURITI

  • 3 Matlamat Dalam Sekuriti - 7 Kaedah Menjalankan Matlamat
  • Peranan Pengawal Dalam Perlindungan, Pencegahan, Pengesanan, Penguatkuasaan Penyiasatan,
    Pengawasan & Perkhidmatan Kecemasan
  • 16 Tugas-tugas Utama Bagi Penyelia & Pengawal Keselamatan


10.30

MODUL 6 – PENILAIAN ANCAMAN & RISIKO

  • Titik Permulaan Dalam Sekuriti –
    Cara-Cara Menilai Ancaman & Risiko
    Syarikat
 

MODUL 7 – PERLINDUNGAN HARTA BENDA
3 Tahap Perlindungan

  • Keselamatan Fizikal
  • Keselamatan Elektronik
  • Kawalan Pentadbiran
 

MODUL 8 – KAWALAN PENTADBIRAN DALAM SEKURITI

  • Cara-Cara Menggunakannya
  • Gambarajah Susunatur Sekuriti Peringkat Antarabangsa
 

MODUL 9 – PERLINDUNGAN NYAWA

  • Keselamatan Fizikal
  • Keselamatan Elektronik
 

MODUL 10 – PERLINDUNGAN MAKLUMAT

  • Dokumen, Cara Musnah, Komputer, Fail
    & Peralatan
  • Perkara-perkara Yang Perlu Disemak Semasa Rondaan
1:00 Makan Tengahari
2:00

MODUL 11 - PENCEGAHAN

  • Dasar Keselamatan
  • Prosedur, Peraturan & Tatacara Sekuriti
 

MODUL 12 – PENGESANAN

  • Tindakan Proaktif
 

MODUL 13 – PERKHIDMATAN KECEMASAN

  • Tugas-tugas sebelum, semasa & selepas kebakaran
 

MODUL 14 - PENGUATKUASAAN

  • Kawalan Pentadbiran
  • Prosedur Bagi Produk Termasuk Sisa- sisa Yang Keluar
  • Kawalan Produk Yang Masuk -
    Borang-borang & Tatacara
  • Kawalan Pejalan Kaki Yang Keluar / Masuk
  • Kawalan Kenderaan Yang Keluar / Masuk
  • Organisasi Sekuriti Di Pintu Gerbang Utama
  MODUL 15 – AUDIT SEKURITI
 

MODUL 16 – RONDAAN

  • Jenis-jenis rondaan, Perlaksanaan, Peralatan, Rutin, Laporan
 

MODUL 17 – PENYIASATAN

  • Senyap & Terbuka
 

MODUL 18 – PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN &
UNDANG-UNDANG

  • Perlembagaan - Artikel 5 (1)
  • Seksyen 27 Kanun Acara Jenayah Penangkapan Rakyat (Citizen’s Arrest) &
    Cara Pelaksanaan
  • Prosedur Penggeledahan / Pemeriksaan Kenderaan
  • Prosedur Pemeriksaan Pejalan Kaki & Beg-beg
  • Jenayah-jenayah Biasa Di Tempat Kerja
    & Cara-cara Menanganinya (Kecurian,
    Rompakan, Penyalahgunaan Dadah
  MODUL 19 – KESELAMATAN MODEN
5:00 Tamat Kursus