Undang-Undang Pajakan & Sewaan 2024

27 Nov, 2024, CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

PROF. DR. SHARIFAH ZUBAIDAH BINTI SYED ABDUL KADER
Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (UIAM) 1991, Sarjana Undang-undang Perbandingan (UIAM) 1994, Doktor Sains Perundangan (SJD, Bond University) 2002, Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya (tidak beramal).

 

Dr. Sharifah Zubaidah ialah professor di Jabatan Undang-undang Sivil, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan berkhidmat sebagai seorang kakitangan akademik semenjak tahun 1994. Beliau mengajar sabjek Undang-undang Tanah kepada pelajar undang-undang tahun ketiga. Merupakan Editor Bersekutu bagi (INSAF), Penyelaras Unit Penyelidikan Undang-Undang Harta di fakultinya dan ahli Pusat Dasar dan Undang-undang Perubahan Iklim (UIAM). Mantan Timbalan Dekan (Akademik) Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (2008-2010) dan Pengarah Pusat Penyelidikan Wakaf Antarabangsa, UIAM (2014-2017)

 

Dr. Sharifah Zubaidah pernah terlibat dalam program-program latihan berkaitan undang-undang harta anjuran UNHABITAT dan beberapa agensi kerajaan seperti PLAN Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Institut Latihan Kehakiman Malaysia (ILKAP) dan Badan Peguam Malaysia. Beliau telah menerbitkan 21 makalah jurnal dan 15 bab-bab dalam buku serta menulis dan menulis bersama 5 buah buku iaitu Land Use and Environmental Sustainability (IIUM Press, 2006), Principles of Land Law (Lexis Nexis, 2008), Student Guide on Equity and Equitable Remedies (Lexis-Nexis, 2016), Waqf in Selected Asian Countries (PNMB, 2019) and most recently, Malaysian Land Law and Procedure (Thomson Reuters, Sweet & Maxwell, 2022).

 

Venue Details

CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail,, 50250 Kuala Lumpur, - 50250
Phone : (603) 2144 2200

https://kualalumpur.concorde hotelsresorts.com/

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

FOKUS PERBINCANGAN
  • Menyiasat Latar Belakang Penyewa (Tenant Screening)
  • Perakuan Boleh Diduduki
    (Certificate Of Occupancy)
  • Wang Pertaruhan (Security Deposit)
  • Security Of Tenure – Hak Penyewa Mendapat Lanjutan Tempoh
  • Mengusir Penyewa – Apakah Perintah Pengusiran Perlu?
  • Sewaan Jangka Pendek Harta Strata Di Bawa Aplikasi Airbnb
  • Pembangunan Tanah Wakaf – Pembeli Dapat “Pajakan”?
  • Sewa Kemudian Beli (RTO) Dan Kontrak Pajak-Beli (Lease-Purchase Contracts)
  • Akta Sewaan Residential Baru?
OBJEKTIF KURSUS

Kursus Kemahiran Hartanah mengenai Pajakan dan Penyewaan (Leases & Tenancies) ini merupakan kali kelapan dianjurkan oleh IPA dalam versi Bahasa Malaysia dan pertama kali bagi tahun 2021 ini, setelah versi asalnya (dalam Bahasa Inggeris) dikendalikan hampir 30 kali sejak 10 tahun yang lalu.

 

Kursus intensif sehari ini memberi penjelasan terperinci, berasaskan peruntukan undang-undang bertulis serta keputusan mahkamah dari luar negara dan negara ini, mengenai pelbagai aspek penting mengenai transaksi Pajakan dan Sewaan masa kini.

 

Semenjak negara merdeka dan Kanun Tanah Negara digubal dan dikuatkuasakan pada Januari 1966 sehingga kini, Malaysia belum lagi punyai satu Akta khas mengenai pajakan dan sewaan, walaupun kerajaan ada menyatakan hasratnya berbuat demikian sedikit masa lalu.

 

Beberapa perkembangan terbaru yang berlaku di akhir-akhir ini akan disentuh dan diperjelaskan dalam kursus ini termasuklah amalan menyiasat latar belakang bakal penyewa (Tenant Screening), isu perakuan boleh diduduki (Certificate Of Occupancy), amalan mengenai Security Deposit di Amerika Syarikat (apakah ia perlu diamalkan di negara ini), isu perintah pengusiran penyewa (apakah ia adil kepada pemilik premis), sewaan jangka pendek harta strata di bawah aplikasi Airbnb (apakah ia perlu dikawal), apa “kepentingan” yang boleh diperolehi “pembeli” dalam satu projek pembangunan tanah wakaf, sewa kemudian beli (RTO) dan kontrak pajak-beli (lease-purchase contract).

SIAPA YANG PATUT HADIR
Pemilik Hartanah, Pemaju Hartanah, Perunding Hartanah, Kontraktor, Pengurus Hartanah, Pentadbir Kontrak, Arkitek, Jurutera, Jurunilai, Juruukur Bahan, Perancang Bandar, Penasihat Undang-Undang, Peguam, Pengurus Projek, Bank Dan Institusi Kewangan, Pentadbir Tanah, Penasihat Pelaburan, Penyelaras Projek, Ahli Akademik Dan Pegawai Agensi Awam.
METODOLOGI
Syarahan Interaktif, Perbincangan, Kajian Kes & Kajian Soalan
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00

SESSI PERTAMA

  • Latar belakang sejarah perundangan tanah negara – sumber undang-undang tanah negara;
  • Sistem Torrens – ciri-ciri utama; kekuatan dan kelemahan; “daftar adalah segala-galanya”; borang dan pendaftaran;
  • Indefeasibility, security of tenure, kesan penipuan dsb, dana pampasan (Assurance Fund);
  • Hakmilik tanah – sekatan kepentingan, syarat nyata, syarat tersirat; suratan hakmilik di Pejabat Tanah / Pejabat Pendaftar, hakmilik sementara, hakmilik kekal;
  • Lesen Pendudukan Sementara (TOL) – kebaikan dan kelemahan; cadangan pembaharuan;
  • Setinggan / penceroboh: kedudukan mereka di bawah KTN; kajian kes terpilih;
  • Urusniaga tanah di bawah KTN – prinsip am; kesan common law dan equity;
  • Jenis urusniaga yang diiktiraf di bawah KTN; urusniaga yang diiktiraf di bawah undang- undang adat dan undang-undang Islam


 

SESSI KEDUA

  • Pajakan dan Sewaan – elemen utama, tempoh, borang, pendaftaran; pajakan berasaskan ekuiti; sewaan
    berganda ekuiti (tenancies coupled with equity);
  • Pajakan dan sewaan tanah rizab Melayu; bolehkah TOL dipajak atau disewa?
  • Menggubal Perjanjian Pajakan – terma standard mengikut kehendak pemilik (Landlord’s tandard terms), terma yang dirunding, kontrak kolateral (collateral contracts)?
  • Kajian kes dari Hong Kong – hak menerusi adverse possession
10.45

SESSI KETIGA

  • Pertemuan pertama dengan penyewa / pemajak – menyiasat latar belakang (tenant screening); credit check; menunjukkan harta / premis yang akan disewa kepada bakal penyewa;
  • Perakuan boleh diduduki (certificate of occupancy) – apakah ia perlu?
  • Wang pertaruhan (security deposit) – jumlah disetujui, disimpan dalam bank (dengan faedah?); amalan terbaik di Amerika Syarikat; erti “wang amanah”, bagaimana ia boleh digunakan;
  SESSI KEEMPAT
  • Hak pemilik – terima / tuntut sewaan pada masa yang ditetapkan, hak memeriksa harta / premis; hak memasuki premis; hak mendapatkan dua kali sewa (double rental) atau gantirugi jika penyewaan atau pajakan telah ditamatkan secara sah dan penyewa / pemajak enggan keluar mengosongkan premis;
    hak menjalanan tindakan distress; hak mengusir penyewa (dengan perintah mahkamah)
  • Kewajipan pemilik – kewajipan memperbaiki kerosakan (“to repair”); maksud “constructive eviction” penyewa; kewajipan memberi penyewa quiet enjoyment; kewajipan menghormati privasi penyewa.
1:00 Makan Tengah Hari
2.00 SESSI KELIMA
  • Hak pemajak / penyewa – hak mendapatkan exclusive possession dan quiet enjoyment; hak security of tenure (mendapatkan lanjutan tempoh); hak mendapatkan pembaharuan tempoh (renewal); hak “first right of refussal”; hak tidak diusir kecuali dengan perintah mahkamah;
  • Kewajipan penyewa – membayar sewa mengikut masa dan cara yang ditetapkan; memelihara premis (keep in repair); mematuhi segala waad yang ditetapkan; akur kepada tindakan distress; mengosongkan premis apabila pajakan / sewaan tamat;
  • Apakah undang-undang “pro-tenant”?
  • Garis panduan menyewakan premis perniagaan – analisis spesimen perjanjian
  SESSI KEENAM
  • RTO (Rent to Own) sewa dulu kemudian beli, kandungan perjanjian, apa yang perlu diberi perhatian;
  • Kontrak pajak-beli (Lease-purchase contracts) – elemen utama, manfaatnya, risikonya, amalan semasa di UK dan Australia.
  • Pembangunan tanah wakaf – apa yang “pembeli” dapat dari pemaju, kajian kes pembangunan tanah wakaf di seluruh negara; perjanjian patuh syariah.
  SESSI KETUJUH
  • Penyewaan harta strata – pastikan penyewa mengetahi dan mematuhi House Rules (By-Laws) dan beban
    kewangan lain (jika ada); mengelak pertikaian (konflik) dengan penyewa dan pemilik petak lain dalam projek strata;
  • Penyewaan jangka pendek (short rental) harta strata – oleh pemilik petak atau penyewa petak? diizinkan atau dilarang oleh House Rules / By-laws? Dibenarkan oleh PBT? Kajian kes dari luar negara;
  • Rumah sewa yang dikongsi bersama (shared accommodation) – kewajipan semua penyewa (duties of co-tenants);
  • Dasar Perumahan Negara yang baru – menunggu satu Akta Penyewaan baru, kajian sepintas lalu perundangan sewaan di luar negara;
  • Bagaimana menggubal /menyemak satu Perjanjian Sewa dan Perjanjian Pajakan.
  • Sessi Soal Jawab; rumusan.
5:00 Kursus Tamat