Learn from the Best
ANANTHY SANKARAN adalah seorang graduan dalam bidang pentadbiran perniagaan
dan mempunyai ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Peradaban (Masters in Civilization
Studies).
Beliau telah berkecimpung di dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia
selama 10 tahun. Sepanjang tempoh ini beliau telah melatih ramai pekerja sektor korporat
mahupun awam di dalam bidang pengurusan perniagaan. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai seorang juru runding di PERHEBAT (Perbadanan Hal-Ehwal Angkatan Tentera) dalam
bidang Keusahawanan.
Antara syarikat-syarikat yang pernah mendapat khidmat nasihat dan latihan beliau adalah
Boustead Holdings, Asahi, Samsung, Federal Auto (Volvo), Sheraton Hotel, Istana Hotel,
Perodua, F&NCC, Petronas, BP Chemical, Holiday Inn, Brothers Industries, Prudential Insurance,
MNI Insurance, Miri Port dan banyak lagi. Selain melatih peserta dalam bidang pengurusan
perniagaan, beliau juga pernah berkhidmat dengan seorang tokoh TQM, Philip Crosby, yang
terkenal di seluruh dunia.
Sebagai seorang pelatih yang profesional, beliau mampu mengendalikan kursus di dalam
Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia. Ananthy juga pernah menerima anugerah sebagai
“Best Trainer” dari sebuah firma Latihan dan Rundingan yang terkenal di negara kita.
Beliau juga pernah berkhidmat di syarikat Matrix Asia, Boustead Holdings, CMC, International
Training Centre, Partners-In-Quality dan East Asia Quality Consultants.
Beliau merupakan seorang yang amat percaya kepada prinsip “Di sebalik kejayaan sesebuah
syarikat terhadap sepasukan pekerja yang berdedikasi”. Beliau juga banyak memberi
ceramah kepada pekerja tentang bagaimana perubahan sikap boleh membawa kejayaan dan
manfaat untuk terus maju ke hadapan di dalam hidup.
Venue Details
CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia,
Phone : +603 2144 2200
https://kualalumpur.concorde
hotelsresorts.com/
Contact us
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my