In-house: | Face to Face:

STRATEGI KOMPREHENSIF MEMAJUKAN PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN

25-26 Nov, 2026, Concorde Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

JURULATIH TEKNIKAL

HJ. ROZALI BIN AYED Hj.

 

Rozali bin Ayed telah lebih 49 tahun berpengalaman dalam bidang kejuruteraan elektrik dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Teknikal untuk syarikat Karo Engineering Services yang pakar dalam bidang pepasangan, ujian dan selenggaraan sistem pepasangan dan kelengkapan eletrik. Sepanjang 49 tahun berkhidmat dalam bidang elektrik, beliau pernah memegang beberapa jawatan sebagai Chargeman Tertinggi, Juruteknik Kanan, Fomen Elektrik, Penolong Jurutera, Pengurus Kanan Projek Pembinaan Bangunan, Pengurus Fasiliti Bangunan, Juruperunding Mechanical & Electrical, Penasihat Teknikal, Juruperunding Latihan Teknikal di dua sektor iaitu sektor awam dan swasta.

 

Beliau juga berkebolehan dan berpengalaman luas dalam bidang pengajaran, syarahan, latihan dan perunding latihan teknikal lebih dari 38 tahun, sekarang secara tidak sepenuh masa berkhidmat dengan Construction Industrial Development Board (CIDB) sebagai Pegawai Penilai Kelayakan Penyelia Tapak Binaan bidang elektrik. Selain dari itu beliau secara resmi diiktiraf sebagai Train The Trainer (TTT) yang dianugerahkan oleh Pusat Sumber Manusia Berhad (PSMB) Malaysia.

 

Beliau juga telah lulus peperiksaan khas kerajaan yang melayakkan beliau sebagai Penolong Jurutera/Jurutera Elektrik. Pemegang Diploma Kuasa Elektrik, Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Teknologi Elektrik dianugerah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Juga pemegang sijil Profesional sebagai Penyelia kejuruteraan Elektrik, Chargeman kategori B4 – 33KV, Wireman PW4 3-fasa dan Endorsan dianugerahkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Gas Malaysia. Pernah dengan jayanya menghadiri kursus Teknikal dan Industri di Jepun anjuran Associataion of Overseas Technical Scholarship (AOTS) Jepun, di NEC Corporation Tokyo Jepun (1984-1985). Juga dengan jayanya menghadiri kursus User Training Energy Management System (EnMS) – ISO 50001, dan User Training in Fan Optimization dalam tahun 2012 anjuran Industrial Energy Efficiency for Malaysia Manufacturing Sector dengan kerjasama United Nation Industrial Development Organization (UNIDO).

 

Venue Details

Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia,

https://kualalumpur.concorde hotelsresorts.com/


Phone : 03 2144 2200

Contact us

FOR COURSE DETAILS

Juliany,

Office: 03 2283 6109

Mobile: +60 122281247

juliany@ipa.com.my

Phoebe,

Office: 03 2283 6100

Mobile: +60 193637822

phoebe@ipa.com.my

Bee Teng,

Office: 03 2282 6112

Mobile: +60 172566121

beeteng@ipa.com.my

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING

ADDRESS

A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUSU
  • Apakah Skop Kerja Pengurusan Fasiliti Bangunan?
  • Pentingnya Pengurusan Fasiliti Bangunan Diurus Dan Dikawal Selia Dengan Kaedah Terkini
  • Bagaimana Aplikasi Artificial Intelligence (Teori) Boleh Membantu Memajukan Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Pembentukan Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Menentukan Keperluan Bajet, Prosedur Pengiraaan Kos Dan Kawalan Kerja Dan Kos Pengurusan Fasiliti Bangunan.
  • Menentukan Alat Bantuan Kerja Pengurusan Fasiliti Yang Bersesuaian Termasuk Standard Pengurusan Pejabat.
  • Menentukan Alat-Alat Dan Kelengkapan Yang Bersesuaian Bagi Kerja-Kerja Pengurusan Operasi Dan Senggaraan Fasiliti Bangunan
  • Kaedah Yang Terbaik Untuk Operasi Dan Penyelenggaraan Fasiliti Bangunan
  • Bagaimana Cara Menghindarkan Atau Mengurangkan Kerja-Kerja Tertangguh.
  • Penstoran Yang Sesuai Untuk Menyimpan Alat-Alat Bantuan Kerja Pengurusan Dan Alat-Alat Dan Kelengkapan Kerja-Kerja Operasi Dan Penyelenggaraan.
  • Pusat Kawalan Kerja Untuk Kemudahan Pengaliran Kerja Operasi Dan Penyelenggaraan.
  • Pusat Khidmat Pelanggan Yang Bersesuaian Dan Khidmat Maklum Balas Pelanggan.
  • Prosedur Pengiraan Kos Kerja, Rekod Kerja, Penganalisaan Dan Pengukuran.
PENDAHULUAN

Untuk memastikan tahap kecemerlangan prestasi Pengurusan Fasiliti Bangunan terus berkembang maju, Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan hendaklah melaksanakan kerja-kerja pengurusan fasiliti secara profesional mengikut kaedah dan amalan terkini.

 

Ini termasuk menambah baik prosedur-prosedur tertentu dan Prosedur Operasi Standard (SOP), menerapkan penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) bagi membantu pengurusan dan kawal selia secara komprehensif, serta mematuhi semua keperluan perundangan yang berkaitan dengan bangunan dan kelengkapan fasiliti yang melengkan fungsi bangunan.

 

Pengurusan fasiliti juga hendaklah mematuhi keperluan penting berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta keperluan keselamatan kebakaran.

 

Kursus ini direka bentuk khas untuk memberikan panduan mengenai garis panduan dan amalan terkini, di samping meningkatkan pengetahuan serta memperkenalkan kaedah pendekatan yang intensif dan komprehensif bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam Pengurusan Fasiliti Bangunan dengan lebih berkesan dan profesional.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN..
  1. Merangka pelan pengurusan fasiliti bangunan dengan kaedah dan prosedur yang betul.
  2. Melaksanakan kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan dengan lebih betul dan berkesan.
  3. Mengenalpasti dengan mudah dan mengurangkan masalah-masalah yang mungkin timbul dalam pengurusan fasiliti bangunan.
  4. Meningkatkan status dan jangka hayat bangunan.
  5. Mengurangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan bangunan.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Terbuka kepada personel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan, operasi dan penyelenggaraan; mereka terdiri dari Pengurusan Tertinggi Fasiliti Bangunan, Pengurus Fasiliti Bangunan, Pengurus Bangunan, Pengurus Asset Bangunan, Penyelia Bangunan, Jurutera Fasiliti Bangunan, Eksekutif Pengurusan Fasiliti Bangunan, Juruteknik, Chargeman dan sebagainya yang berkaitan.
METODOLOGI
Perbincangan kumpulan, sesi soal jawab, kes kajian serta aktiviti berkumpulan diterapkan di dalam kursus ini supaya peserta dapat menghayati sepenuhnya konsep yang diketengahkan oleh penceramah. Nota-nota kursus ditulis dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Inggeris mengikut terma-terma tertentu).
HARI PERTAMA
9:00

Pengenalan: Apakah maksud pengurusan fasiliti bangunan?

  • Menerangkan maksud sebenar pengurusan fasiliti bangunan.
 

Apakah skop kerja pengurusan fasiliti bangunan?

  • Maklumat kawasan-kawasan dalam sesuatu bangunan yang menjadi tanggungjawab dan peranan pengurusan fasiliti bangunan.
10.45

Pentingnya pengurusan fasiliti bangunan diurus dan dikawal selia dengan kaedah terkini seperti aplikasi Artificial Intelligence, pengurusan operasi standard (SOP), prosedur-prosedur tertentu, pematuhan kepada kehendak perundangan dari segi kesihatan dan keselamatan bangunan.

  • Menerangkan apakah pentingnya pengurusan fasiliti bangunan.
 

Bagaimana aplikasi Artificial Intelligence (teori) boleh membantu memajukan pengurusan fasiliti bangunan secara komprehensif.

  • Mengenal pasti aplikasi dan penggunaan Artificial Intelligence (teori) sebagai satu langkah ke hadapan dalam menambah baik tahap Pengurusan Fasiliti Bangunan
  • Bagaimana penggunaan Artificial Intelligence (teori) boleh memajukan kaedah pengurusan fasiliti bangunan.
1:00 Makan Tengahari
2:00

Pembentukan Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan (Menentukan personel yang relevan dan bilangan tenaga kerja yang diperlukan berdasarkan saiz dan kapasiti bangunan, bilangan serta jenis kelengkapan fasiliti, tempoh operasi bangunan, fungsi bangunan dan faktor-faktor berkaitan.)

  • Kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk merancang dan membentuk Organisasi Pengurusan Fasiliti Bangunan, termasuk menentukan personel yang relevan dalam organisasi, fungsi dan tanggungjawab setiap personel, struktur serta garis kuasa dan perkara-perkara berkaitan.
 

Menentukan Keperluan Bajet, Prosedur Pengiraan Kos serta Kawalan Kerja dan Kos Pengurusan Fasiliti Bangunan

  • Kaedah menentukan bajet yang diperlukan serta membangunkan prosedur kawalan kos dan kawalan kerja bagi memastikan pengurusan fasiliti bangunan dilaksanakan secara terancang dan berkesan.
3:45

Menentukan alat bantuan kerja pengurusan fasiliti yang bersesuaian termasuk standard pengurusan pejabat dan sebagainya.

  • Mengenalpasti alat-alat bantuan kerja pengurusan fasiliti bangunan dan standard pengurusan pejabat fasiliti bangunan
 

Menentukan alat-alat dan kelengkapan yang bersesuaian bagi kerja-kerja pengurusan operasi dan senggaraan fasiliti bangunan (perancangan dan penjadualan, prosedur kawal selia dan prosedur operasi standard). .

  • Mengenalpasti alat-alat kelengkapan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan kelengkapan fasiliti bangunan seperti kelengkapan kerja, alat-alat ujian dan pengukuran.
5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

Menentukan kaedah yang terbaik untuk operasi dan penyelenggaraan fasiliti bangunan iaitu meneroka kaedah memajukan rutin operasi penyelenggaran.

  • Mengenalpasti kaedah-kaedah terbaik bagi menjalankan tugas operasi dan penyelengggaran fasiliti bangunan.


 

Menentukan Keutamaan Kerja.

  • Setiap kerja yang diminta hendaklah dikelaskan mengikut tahap keutamaan yang diperlukan, seperti kerja yang bersifat kecemasan, segera atau rutin.
10.45

Bagaimana Mengelakkan atau Mengurangkan Kerja-Kerja Tertangguh.

  • Mengenal pasti beberapa kaedah mengelakkan kerja-kerja tertangguh.
 

Menyediakan penstoran yang sesuai untuk menyimpan peralatan bantuan kerja pengurusan serta peralatan dan kelengkapan bagi kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan.

  • Mengenal pasti lokasi penyimpanan yang sesuai dan selamat untuk menyimpan semua bekalan, alat ganti, peralatan dan kelengkapan yang berkaitan.
1:00 Makan Tengahari
2:00

Menyediakan Pusat Kawalan Kerja bagi melancarkan aliran pelaksanaan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan

  • Sebuah Pusat Kawalan Kerja perlu diwujudkan bagi memudahkan proses pengagihan, penyelarasan dan kawalan kerja secara lebih sistematik dan berkesan.
 

Menyediakan Pusat Khidmat Pelanggan yang bersesuaian serta khidmat maklum balas pelanggan yang berkesan.

  • Menyediakan lokasi dan ruang pejabat yang sesuai bagi Pusat Khidmat Pelanggan.
3:45

Menentukan kaedah dan prosedur yang paling sesuai bagi pengiraan kos kerja, rekod kerja, analisis dan pengukuran.

  • Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengira kos kerja, merekod kerja, menganalisis serta mengukur prestasi kerja menggunakan teknik pengukuran yang betul dan berkesan .
 

Kajian Kes (Case Study).

 

Kesimpulan

5:00 Tamat Kursus