Kecemerlangan Pengurusan Diri Untuk Profesionalisme

19 Dec, 2017, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Puan K. Yasotha adalah seorang pelatih yang mempunyai lebih dari 17 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran dan pengendalian kursus di Malaysia dan Singapura. Beliau telah melatih mereka yang terdiri daripada pelajar asing, pengurus, penyelia, eksekutif serta kakitangan pejabat yang berlainan taraf samada dalam sektor awam ataupun swasta.

Beliau pernah bekerja sebagai Pengurus Hal-Ehwal Pelanggan bagi sebuah syarikat antarabangsa di mana beliau melibatkan diri untuk memastikan tahap kualiti yang tinggi diberi kepada setiap pelanggan syarikat.

Misi peribadi beliau adalah untuk mendidik peserta-peserta untuk mencapai kecemerlangan peribadi dan organisasi. Puan Yasotha, pelatih yang dinamik dan bersemangat, mencapai misinya melalui sesi-sesi yang interaktif serta menarik.

Bidang-bidang pengkhususan beliau termasuk komunikasi, perkembangan peribadi, perkhidmatan pelanggan, motivasi dan kemahiran bertulis / penulisan. Beliau juga menganjurkan kursus untuk berbagai organisasi temasuk Hyatt Regency, Western Digital, Puteri Nursing College, Sony Video, Eon Berhad, ACCA, Mayban Assurance, Ladang Kelapa Sawit Johor-Tenggara dan Guthrie, Yamaha Music Academy, AE Technology, KLMF, SP Setia Berhad, BDO Binder, GEP Associates, Great Eastern, MCIS, Bax Global, Zaid Ibrahim, Measat Broadcast Network Systems, Kobe Precision Technology, Malaysian National Reinsurance Berhad, BASF Petronas Chemicals, Penang Port Authority, Universiti Multimedia, Soritsu Sdn Bhd, Mattel Sdn Bhd serta beberapa organisasi yang lain.

Puan Yasotha, mempunyai kelulusan MSc dalam bidang Komunikasi Korporat, Sarjana Muda Sastera serta berkelayakan mengajar TESL.

Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, - 55100
Phone : (603) 2788 8888

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Kepentingan Perkembangan Peribadi
  • Sikap Sebagai Ketua Penentu Kejayaan
  • Kepintaran Emosi untuk Meningkatkan Profesionalisme
  • Memajukan Diri dan Minda
  • Komunikasi Interpersonal Untuk Mempertingkatkan Hubungan Profesional
  • Kemajuan Perkhidmatan Profesional
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Menyedari kepentingan profesionalisme dalam tugasan harian.
  2. Membina sikap yang menunjukkan profesionalisme di tempat kerja.
  3. Mempraktikkan kepintaran emosi dalam situasi-situasi yang mencabar.
  4. Mengekalkan hubungan yang baik melalui komunikasi profesional.
  5. Menghayati pemikiran kejayaan diri dengan konsep- konsep perkhidmatan yang penting.
  6. Mengetahui kepentingan profesionalisme secara keseluruhan.
APA YANG DIKATAKAN OLEH RAKAN SEJAWAT ANDA TENTANG KURSUS INI...
  • “Dapat mempelajari teknik-teknik perhubungan sesama manusia.”
    Ros Chempawan Idris, Pembantu Akaun, CIMA Group of Companies
  • “Kursus yang menarik dan dapat membina keyakinan diri dengan lebih sempurna.”
    Zainodin Masdoi, PAR, ERF Sdn Bhd
  • “Menambah semangat dan meningkatkan sifat positif diri dan fikiran.”
    Yusya Ahmad Puaad, Worker G2, Proton Berhad
  • “Perkara yang terbaik adalah sesi berkenaan dengan cara berkomunikasi dan perkhidmatan pelanggan.”
    D. Rames, Colour Mixer, Federal Paint Factory
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Ketua-ketua Jabatan
  • Eksekutif
  • Penyelia
  • Pentadbir & Penolong Tadbir
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha
  • Ketua Kerani & Kerani
  • Kakitangan Barisan Hadapan
  • Kakitangan Sokongan
  • Semua Kategori Kakitangan lain yang ingin meningkatkan profesionalisme diri dan kerja
METODOLOGI
  • Ceramah, Perbincangan Secara Kumpulan, Lakon Peranan dan Bengkel
KANDUNGAN KURSUS
9:00 MEMBENTUK SIKAP KERJA PROFESIONAL
  • Apakah maksudnya profesionalisme?
  • Kepentingan perkembangan peribadi
    - Sikap, kemahiran kerja dan pengetahuan
  • Sikap yang menunjukkan profesionalisme dalam tugasan harian
  • Pengawalan emosi yang akan menyumbang kepada pencapaian yang tinggi
  • Bagaimana mengendalikan tekanan emosi untuk menunjukkan profesionalisme di tempat kerja
10:45 KOMUNIKASI INTERPERSONAL UNTUK MEMPERTINGKATKAN HUBUNGAN PROFESIONAL
  • Kepentingan komunikasi bukan verbal, perkataan dan nada suara dalam komunikasi profesional
  • Mengatasi halangan komunikasi individu dalam urusan seharian
  • Penggunaan perkataan-perkataan positif dalam setiap situasi
  • Menggantikan gaya bahasa agresif dan pasif dengan gaya asertif
  • Langkah-langkah untuk meningkatkan komunikasi interpersonal
1:00 Makan Tengah Hari

2:00

KEMAJUAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL

  • Mengekalkan perhubungan yang baik dengan pelanggan
  • Peranan anda dalam putaran perkhidmatan syarikat anda
  • Cara-cara untuk memberi layanan yang memuaskan hati pelanggan
3:45 KEMAJUAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL (sambungn)
  • Pengendalian aduan secara berkesan dan profesional
  • Prinsip-prinsip asas untuk memastikan perkhidmatan pelanggan yang profesional
5:00

Kursus Tamat