Pemandu Korporat Yang Efektif

27 Jun, 2018, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

K. Pathmanathan adalah pemegang ijazah dari Universiti of London dan mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran dan pengendalian kursus dan fasih berdwibahasa. Beliau juga dipilih sebagai konsultan kepada beberapa firma gergasi dalam berbagai industri.

 

Beliau mempunyai banyak pengalaman melatih pemandu-pemandu korporat dari sektor kerajaan serta badan-badan swasta. Latihan beliau dalam bidang ini meliputi cara-cara yang boleh dipraktikkan dengan baik oleh para peserta supaya meningkatkan mutu kerja para peserta samaada di tempat kerja mahupun di jalanraya. Peserta dapat meningkatkan tahap komitmen yang lebih tinggi dalam menjalani tugasan serta peningkatan prestasi yang baik untuk individu dan pasukan dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.

 

Beliau merupakan seorang pelatih yang mengendalikan kursus-kursusnya secara praktikal dan menggalakkan maklumbalas dari para pesertanya. Maklumbalas yang didapati daripada para peserta menunjukkan bahawa kursus ini berjaya dan memberi faedah kepada mereka secara peribadi dan profesional.

 

Pelanggan-pelanggan En K. Pathma adalah daripada industri petrokimia, sektor perkilangan, perbankan, telekomunikasi, produk dan perkhidmatan pengguna industri iaitu syarikat korporat besar seperti Petronas, PSMB, Tenaga Nasional, Jabatan Air, Telekom, TM Touch, Hitachi, Tioxide (M) Sdn. Bhd., Nippon Oil Exploration, Hewlett Packard, Penang Port, Penang Bridge Sdn Bhd, B Braun, Measat Broadcasting Network Systems, Sony, Teknik Janakuasa, Harbour Board – Sarawak, Petronas Fertilizer (Kedah) dan anak-anak syarikatnya, Fed Ex, GD Express, H . K. Lamtech, Advance Sound Products, Paramount Engineering, Motosikal & Enjin Nasional Berhad (Modenas), Suzuki, Yamaha and Sime Tyres International dan beberapa lagi.

 

Penyertaan dari sektor kerajaan pula termasuklah dari Jabatan Tanah, Risda, Felda, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, MARA, Majlis-Majlis tempatan & agensi-agensi kerajaan yang lain.

Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, - 55100
Phone : (603) 2788 8888

Click For Hotel Location

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Sikap Kerja Positif
  • Undang-Undang Jalanraya Dan Penyelenggaraan
  • Memelihara Imej Majikan Sebagai Wakil Syarikat
  • Tugas Dan Tanggungjawab Pemandu

    This course aims at helping corporate drivers improve their work attitude, self confidence, professional image and etiquette as well as communication skills on the job.
PADA PENGHUJUNG KURSUS INI, ANDA AKAN . . .
  • Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ciri-ciri yang terlibat dalam menjalani tugas.
  • Mampu menjalankan tugas anda dengan lebih berkesan.
  • Memahami undang-undang jalanraya dan etika pemanduan berhemah.
  • Menjaya keselamatan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain.
  • Bersikap lebih positif dan menghargai setiap tugas harian yang dilaksanakan.
  • Berupaya mempertingkatkan kualiti dan kemahiran kerja.
  • Memperolehi kemahiran asas penyelenggeraan kenderaan.
  • Memahami perlunya kemahiran berkomunikasi dengan baik dan jelas di tempat kerja dan juga pelanggan.
  • Mampu berkerja dalam pasukan (teamwork) dan mempelajari cara-cara untuk memotivasikan diri.
METODOLOGI
  • Ceramah, perbincangan, kerja berkumpulan dan latihan praktikal.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00 SIKAP KERJA POSITIF
  • Apakah Erti “Sikap Kerja”?
  • Mengenalpasti Sikap Kerja Anda
  • Mengapakah Sikap Kerja Penting
  • Mengkaji Sikap Kerja dari Segi:
    - Kesopanan di Jalanraya
    - Bersikap Lebih Pro-Aktif
    - Menepati Masa
    - Menyimpan Rahsia Mengenai Tugasan Anda
    - Jujur
    - Keselamatan Diri, Pelanggan dll.
10.45 UNDANG-UNDANG JALANRAYA & PENYELENGGARAAN
  • Pengenalan Undang-Undang dan Etika Memandu
  • Pengenalan Akta-akta JPJ bagi Pemanduan di Jalanraya
  • Asas Penyelenggaraan Kenderaan (Harian dan Berjadual)
  • Asas Penyelenggaraan yang Betul untuk Keselamatan Kenderaan
1:00 Makan Tengahari

2:00

MEMELIHARA IMEJ MAJIKAN SEBAGAI WAKIL SYARIKAT

  • Kepentingan Memakai “Pakaian yang Sesuai”
  • Tingkatkan Diri Anda dengan Cara Pemakaian yang Sesuai
  • Kebersihan Diri Sendiri – Perkara-perkara yang Harus Dititikberatkan
  • Bercakap dengan Pelanggan
  • Memahami Konsep Komunikasi
  • Penggunaan Bahasa dan Pemilihan Perkataan yang Sesuai
  • Suara yang Kuat dan Lembut
  • Nada yang Positif dan Negatif
3:45 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU
  • Tugas dan Tanggungjawab Pemandu
  • Pemandu sebagai Penjaga (guardian) di Jalanraya
  • Amalan Keselamatan
  • Pengendalian Jentera dan Keselamatan di Bengkel
5:00 Kursus Tamat