Pelupusan Rekod Dan Fail Yang Tidak Aktif

28-29 Nov, 2018, Kuala Lumpur

KANDUNGAN KURSUS
  • Konsep Pengurusan Rekod
  • Pendekatan/Fahaman Prinsip-Prinsip Kearkiban
  • Kriteria Pemilihan Rekod Bertaraf Arkib
  • Penyediaan Deskripsi
  • Urusan, Pelupusan/Pemindahan & Perhubungan Dengan Arkib Negara Malaysia
  • Sesi Latihan Amali
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Pegawai Eksekutif dan Penolong Eksekutif
  • Pentadbir Kanan dan Penolong Pentadbir
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha Kanan dan Penolong Setiausaha
  • Penyelia Fail
  • Kerani Fail Kanan dan Pembantu
  • Kakitangan lain yang ingin mempelajari teknik-teknik mengurus dan cara pelupusan rekod & fail yang betul
METODOLOGI

Ceramah, perbincangan, latihan amali, kerja kumpulan dan individu, Sesi Soal Jawab

PADA PENGHUJUNG KURSUS INI,
ANDA DAPAT …
  1. Mengetahui kaedah menentukan rekod-rekod yang tidak bernilai dan yang bernilai kekal
  2. Memahami, mengenalpasti dan menyelamat rekod bertaraf arkib
  3. Mengurangkan kuantiti dan penyimpanan rekod di jabatan masing-masing
  4. Mengetahui bagaimana rekod yang tidak aktif dapat diasingkan dan dipisahkan daripada rekod aktif
  5. Menjalankan kerja-kerja pelupusan bagi tujuan pemindahaan dan/atau pemusnahan mengikut prosedur dan peraturan yang sedia ada
  6. Menguruskan pelupusan rekod kewangan mengikut AP150 – Lampiran M
  7. Menjimatkan ruang, peralatan, masa dan kos
  8. Meningkatkan kecekapan dan imej korporat
 
HARI PERTAMA
9:00 KONSEP PENGURUSAN REKOD
  • Istilah-istilah, kitaran hidup rekod
  • Fungsi dan kegunaan rekod
  • Tujuan dan objekif melupuskan rekod tidak aktif
  • Bagaimana dapat diselaraskan dengan 5S
  • Pelupusan rekod
  • Amalan konsep 5S
10:45 PENDEKATAN/FAHAMAN PRINSIP-PRINSIP KEARKIBAN
  • Peringkat-peringkat penyusunan
  • 3 kaedah pendekatan
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 KRITERIA PEMILIHAN REKOD BERTARAF ARKIB
  • Jenis
  • Taraf rekod
  • Nilai-nilai rekod, nilai utama, nilai sekunder, dll
  • Proses penilaian rekod (Appraisal)
3:45 LATIHAN AMALI & DISKUSI

5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00 PENYEDIAAN DESKRIPSI
  • Senarai pemindahan
  • Inventori rekod
  • Jadual pelupusan rekod
10:45 URUSAN PELUPUSAN/PEMINDAHAN DAN PERHUBUNGAN DENGAN ARKIB NEGARA MALAYSIA
  • Faedah selepas proses pelupusan rekod
  • Penjimatan ruang, peralatan, kos dan tenaga kerja
  • Perundangan/peraturan
    -- Akta Arkib Negara 2003 and AP 150
  • Jadual pelupusan Am-rekod housekeeping
1:00 Makan Tengah Hari

2:00 SESI LATIHAN AMALI
  • Penyediaan deskripsi
    -- Penyusunan rekod tidak aktif mengikut susunan asal
    -- Senarai pemindahan
    -- Inventori rekod
    -- Jadual pelupusan rekod
5:00 Kursus Tamat


 

LEARN FROM THE BEST

EN. S. ADIKALSAMY (EDDIE).

Seorang Jurulatih yang berpengalaman praktikal yang mendalam dalam bidng Pengurusan Rekod dan Fail (Rekod Konvensyenal).

 

Beliau telah bertugas di Arkib Negara Malaysia lebih daripada 25 tahun dimana sebahagian besar daripada tugasnya terlibat dalam pentadbiran pejabat dan juga bidang pengurusan rekod dan fail. Jawatan terakhirnya sebelum bersara adalah sebagai Pegawai Latihan di Cawangan Latihan Dan Pembangunan Kerjaya. Beliau telah terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus-kursus Pengurusan Rekod dan Sistem Fail kepada semua peringkat Pegawai dan Kakitangan Kerajaan dan swasta serta juga peserta-peserta dari luar negeri. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang sistem fail, pengkelasan perkara, pengindeksan. Disamping itu beliau juga menjalankan program-program lain diatas permintaan sesebuah agensi saperti Penyediaan Manual Prosedur Kerja/Fail Meja, Penulisan Surat Rasmi dan Memo,Pentadbiran Pejabat dan Pengendalian Mesyuarat, Pelupusan Rekod Tidak Aktif, Aplikasi dan Amalan 5S dalam Pengurusan Rekod dan Fail,Managing office Records and Files Effectively, Kecemerlangan kerjaya dan peningkatan prestasi pekerja pejabat dan kumpulan sokongan dll.

Diantara agensi-agensi dimana beliau terlibat secara langsung mengendalikan program kursus berkenaan ialah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendidikan, Jabatan Galian, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Syarikat Fiberail Sdn. Bhd. Syarikat KUB Textile Sdn Bhd. Syarikat Leader Cable Sdn. Bhd. BP Chemical Sdn. Bhd. Lembaga Pelabuhan Johor, Universiti Putra Malaysia, Hicom-Honda Sdn. Bhd. Syarikat Sharp Roxy Sdn. Bhd. Universiti Multimedia, Syarikat Intdernational Paint Sdn. Bhd. Malaysia Airport Bhd. Lembaga Air Kuching, Majlis Perbandaran Sibu , Jana Letrik TNB Bank Simpanan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Westports Sdn Bhd,White Horse Ceramic, Toko Electronics Sdn Bhd, First Unitex Tyre Retreading Sdn Bhd, Syarikat Kannix Sdn.Bhd.Kem.Belia Dan Sukan Malaysia, Sarawak Hydro,Majlis Daerah Kapit, Syarikat e Idaman,Leadership Institute for Sarawak Civil Service (CMM) dan beberapa agensi lain.

Buat masa kini beliau menjadi Jurulatih bebas (Freelance Trainer) bagi beberapa konsultan yang mengendalikan program latihan bagi agensi-agensi swasta dan Kerajaan.

Beliau berkelulusan Diploma dalam bidang perhubungan awam), serta memiliki Sijil dalam bidang Archives Studies (United Kingdom). Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus tempatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta program Training Metodologi. Beliau juga adalah Certified Trainer oleh PSMB/HRDF TTT/0641.

 

VENUE DETAILS

Vistana Kuala Lumpur
9 Jalan Lumut Off Jalan Ipoh
50400 Kuala Lumpur

Phone :03 4042 8000

 

IPA TRAINING IS REGISTERED WITH

 

CONTACT US

Juliany, 
O - 03 2283 6109,
M - 019 3134436
juliany@ipa.com.my 

Michelle, 
O - 03 2283 6100, 
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

For Customised In-House Training
Yvonne,
O - 03 2283 6101, 
M - 012 2011247,

F - 03 2283 6108
 
yvonne@ipa.com.my
 

ADDRESS 

A-28-5, 28th Floor, 
Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my