Kemahiran Kepimpinan Untuk Penyelia Dan Team Leader

25-26 Nov, 2020, Webinar Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.

 

Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.

 

Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.

 

Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.

 

Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.

 

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.

Venue Details

Webinar Classroom Training

Contact us

Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my

Michelle,
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
M - 012 201 1247
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Kepimpinan Dan Pengurusan
  • Peranan Penyelia Terhadap Sesebuah Organisasi
  • Kemahiran Dalam Penyeliaan
  • Pengurusan Prestasi Pekerja
PENGENALAN

Penyelia memainkan peranan kritikal sebagai penghubung di antara pihak pengurusan dan pekerja. Seorang penyelia bekerja, bersama dan berhadapan dengan kakitangannya setiap hari. Lebih penting, seorang penyelia perlu memimpin, mendorong dan menguruskan pasukannya untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi dan individu. Pada akhir bengkel ini, peserta-peserta akan berupaya untuk menyelia dan memimpin pekerja-pekerja mereka secara berkesan.

 

Kursus ini akan memastikan peserta-peserta boleh menilai hasil-hasil penyeliaan dan kepimpinan yang berkesan. Peserta-peserta juga akan didedahkan kepada pelbagai strategi dan kemahiran-kemahiran yang melibatkan penyeliaan pekerja. Fokus seminar ini akan mengutamakan latihan dalam pembaikan produktiviti yang akan menuju kepada menambahbaikan dalam kos, kualiti, kepantasan, kebergantungan dan fleksibiliti.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Membentuk dan mengemaskini pengetahuan serta kemahiran yang perlu untuk penyeliaan yang berkesan.
  2. Meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab seorang penyelia terhadap pasukan pekerjanya.
  3. Membantu penyelia meningkatkan kemahiran dan keberkesanan dalam pengawalan pekerja.
  4. Bertujuan bagi memahami kepentingan membina pasukan sebagai cara meningkatkan produktiviti.
  5. Mendedahkan penyelia kepada kemahiran yang diperlukan untuk menambahbaiki sikap dan disiplin pekerja.
  6. Memfokuskan penyelia kepada teknik mencapai 5 prestasi organisasi.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Ketua Di Dalam Sesebuah Unit
  • Pengurus
METODOLOGI

Ceramah, Kajian Kes, Praktikal & Perbincangan Umum dan Sesi Soal Jawab

HARI PERTAMA
9:00

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

  • Apa itu pengurusan dan peranan seorang pengurus?
  • Apa itu penyeliaan dan tanggungjawab seorang penyelia?
  • Kepentingan penyeliaan yang berkesan untuk organisasi kini
  • Sembilan tanggungjawab seorang penyelia
  • Kebaikan-kebaikan penyeliaan yang berkesan dari aspek
    - Kos
    - Kualiti
    - Kepantasan
    - Kebergantungan
    - Fleksibiliti
    • Tujuan-tujuan penyeliaan berkesan
    • Aktiviti 1: Kerja kumpulan
10.45

MODUL 2 : PERANAN PENYELIA TERHADAP SESEBUAH ORGANISASI

  • Pengurusan pekerja
  • Bagaimana hendak memimpin dan mengurus pekerja
  • Cara-cara menyediakan garis panduan
  • Penentuan garis panduan melaksanakan kerja penyelia
  • Bagaimana hendak mengendalikan pekerja-pekerja bermasalah dengan mengambil kira faktor manusia seperti kelakuan, motivasi, pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain
  • Aktiviti 2: Kajian kes
12.30

Tamat Kursus Hari Pertama

HARI KEDUA
9:00

MODUL 3 : KEMAHIRAN DALAM PENYELIAAN

  • Kemahiran penyeliaan untuk penambahbaikan
  • Produktiviti
  • Pengawalan kualiti dan produktiviti
  • Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
  • Perancangan
  • Pemberian kuasa
  • Asas-asas komunikasi dalaman
  • Orientasi terhadap masa depan
  • Perhubungan interpersonal
  • Membina pasukan
  • Resolusi konflik
  • Pengurusan masa
  • Aktiviti 3: Kajian kes
10.45

MODUL 4 : PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA

  • Menetapkan tujuan
  • Menyokong motivasi pekerja
  • Memerhati dan memberi maklumbalas
  • Mengenal pasti autoriti penyelia
  • Melaksanakan penilaian prestasi
  • Mengemukakan masalah prestasi
  • Aktiviti 4: Perbincangan kumpulan
12.30

Kursus Tamat