Pengurusan Stor & Inventori Yang Berkesan

25-26 Jan, 2021, Webinar Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.

 

Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.

 

Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd., YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.

 

Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.

 

Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek
pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.

 

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.

Venue Details

Webinar Classroom Training

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Stor Dan Inventori
  • Fungsi-fungsi Stor//“Warehouse”
  • Tanggungjawab Dan Fungsi Pekerja Stor/ “Warehouse”
  • Membaiki Sistem Pengurusan Stor/“Warehouse”
  • Penerimaan Dan Pengisuan Stor
  • Fungsi-Fungsi Penerimaan
  • KPI Dan Pengurusan Prestasi Stor
  • Pemeriksaan Dan Pengambilan Stok
PENGENALAN
Stor telah menjadi sangat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Ianya memainkan peranan yang amat penting dalam membaiki persaingan sesuatu perniagaan. Organisasi hari ini, menghadapi pelbagi cabaran untuk menguruskan kos, kepantasan dan kebergantungan. Ketiga-tiga objektif ini boleh dicapai melalui pengurusan stor yang berkesan. Kursus ini akan menumpukan kepada memperbaiki prestasi stor dan ‘warehouse’ khususnya dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar. Lazimnya, dikatakan bahawa stor “HANYA MENAMBAH KOS TETAPI BUKANNYA NILAI”. Organisasi harus menambah nilai dalam semua aktiviti-aktiviti stor dan’warehouse’ nya demi untuk mengekalkan kelebihan daya saing.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami tanggungjawab mereka sebagai staf/pekerja stor/‘warehouse’.
  2. Mengenalpasti cara-cara memperbaiki produktiviti stor masing- masing.
  3. Memahami peranan mereka sebagai sistem penyokong kepada pelbagai bahagian-bahagian lain dalam sesebuah organisasi.
  4. Memahami kepentingan 5 objektif prestasi terhadap keupayaan sesebuah stor.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Para pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja penstoran dan ‘warehouse’.
METODOLOGI
Sesi teori akan diikuti dengan perbincangan umum. Bahan-bahan kursus disediakan secara profesional untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.
HARI PERTAMA
9:00

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA STOR DAN INVENTORI

  • Apa itu pengurusan stor/warehouse
  • Tanggungjawab stor/warehouse
  • Faktor-faktor yang harus diambilkira dalam mengorganisasikan sesebuah stor/warehouse
  • Misi stor/warehouse – fungsi-fungsi tradisi
    a. peranan-peranan yang menambahbaikan nilai
  • Cabaran-cabaran pengurusan stor/warehouse terkini
  • Apakah itu inventori
  • Jenis-jenis inventori
  • 20 teknik dalam pengurusan inventori yang berkesan
 

MODUL 2 : FUNGSI-FUNGSI STOR/WAREHOUSE

  • Penerimaan
  • Penyimpanan
  • Isu
  • Perekodan
  • Penghantaran & Penerimaan
  • Pemungutan pesanan
10.45

MODUL 3 : TANGGUNGJAWAB DAN FUNGSI PEKERJA STOR/WAREHOUSE

  • Paras stok yang tepat
  • Maklumat berkenaan keadaan stok
  • Lokasi tepat
  • Dokumentasi tepat
  • Rekod tepat dan dikemaskini
  • Penghantaran & Penerimaan yang tepat
  • Sistem pemfailan yang baik
 

MODUL 4 : MEMBAIKI SISTEM PENGURUSAN STOR/ WAREHOUSE

  • Pergerakan stor dan teknik-teknik pengurangan kos
  • Stok yang bergerak perlahan dan cepat
  • Susunatur simpanan
  • Kos pesanan
  • Pengurusan
  • Membina suatu sistem pengurusan ‘warehouse’ yang berkesan
  • Keberkesanan ruang pengurusan stor
  • Amalan-amalan keselamatan
12.30

Tamat Kursus Hari Pertama

HARI KEDUA
9:00

MODUL 5 : PENERIMAAN DAN PENGISUAN STOR

  • Permintaan untuk semak pesanan
  • Produk pungutan
  • Pembungkusan
  • Penyediaan dokumen
  • Rekod dan kemasukan data
  • Pemfailan
  • Isu-isu
 

MODUL 6 : FUNGSI-FUNGSI PENERIMAAN

  • Bezakan item lawan ‘DO’ pembekal
  • Item semakan lawan pemesanan belian
  • Mengeluarkan dokumen penerimaan
  • Kemasukan data
  • Pemfailan
  • Mengekalkan sistem penomboran bahagian yang berkesan
  • Pengurusan aset-aset stor
10.45

MODUL 7 : KPI DAN PENGURUSAN PRESTASI STOR

  • Apakah itu KPI dan pengurusan prestasi stor
  • Menentukan KPI stor
  • Membina 12 formula KPI stor
  • Menetapkan piawaian kerja stor
  • Pengurusan prestasi stor (7 Pillar)
  • Perbincangan dan kerja kumpulan
 

MODUL 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGAMBILAN STOK

  • Tujuan dan cara-cara pengambilan stok
  • Prosedur pengambilan stok
  • Menyelaraskan proses pengambilan stok
  • Fungsi-fungsi sokongan – ciri-ciri, faedah-faedah, keselamatan, ergonomic dan pengekalan
12.30

Kursus Tamat