Membina Keyakinan Dalam Komunikasi Bahasa Inggeris

20 Sep, 2021, Virtual Classroom Training

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

Puan K. Yasotha adalah seorang pelatih yang mempunyai lebih dari 17 tahun pengalaman dalam bidang pengajaran dan pengendalian kursus di Malaysia dan Singapura. Beliau telah melatih mereka yang terdiri daripada pelajar asing, pengurus, penyelia, eksekutif serta kakitangan pejabat yang berlainan taraf samada dalam sektor awam ataupun swasta.

 

Beliau pernah bekerja sebagai Pengurus Hal-Ehwal Pelanggan bagi sebuah syarikat antarabangsa di mana beliau melibatkan diri untuk memastikan tahap kualiti yang tinggi diberi kepada setiap pelanggan syarikat.

 

Misi peribadi beliau adalah untuk mendidik peserta-peserta untuk mencapai kecemerlangan peribadi dan organisasi. Puan Yasotha, pelatih yang dinamik dan bersemangat, mencapai misinya melalui sesi-sesi yang interaktif serta menarik.

 

Bidang-bidang pengkhususan beliau termasuk komunikasi, perkembangan peribadi, perkhidmatan pelanggan, motivasi dan kemahiran bertulis / penulisan. Beliau juga menganjurkan kursus untuk berbagai organisasi temasuk Hyatt Regency, Western Digital, Puteri Nursing College, Sony Video, Eon Berhad, ACCA, Mayban Assurance, Ladang Kelapa Sawit Johor-Tenggara dan Guthrie, Yamaha Music Academy, AE Technology, KLMF, SP Setia Berhad, BDO Binder, GEP Associates, Great Eastern, MCIS, Bax Global, Zaid Ibrahim, Measat Broadcast Network Systems, Kobe Precision Technology, Malaysian National Reinsurance Berhad, BASF Petronas Chemicals, Penang Port Authority, Universiti Multimedia, Soritsu Sdn Bhd, Mattel Sdn Bhd serta beberapa organisasi yang lain.

 

Puan Yasotha, mempunyai kelulusan MSc dalam bidang Komunikasi Korporat, Sarjana Muda Sastera serta berkelayakan mengajar TESL.

Venue Details

Virtual Classroom Training

Contact us

Juliany,
M - 012 2281 247
juliany@ipa.com.my

Michelle,
M - 019 363 7822
michelle@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Yvonne,
M - 012 201 1247
yvonne@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Modul 1 - Memahami Komunikasi dalam Bahasa Inggeris
  • Modul 2 – Mempelajari Tatabahasa Asas Bahasa Inggeris
  • Modul 3 - Mempertingkatkan Sebutan Bahasa Inggeris dan Penguasaan Perkataan
  • Modul 4 - Berkomunikasi dengan Pelanggan Dalaman dan Luaran
PENGENALAN
Kursus ini memberikan peluang kepada para peserta bagi meningkatkan kemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Para peserta berpeluang untuk membina keyakinan ke tahap di mana mereka berasa lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami peraturan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris.
  2. Bertutur dengan penuh keyakinan dengan pelanggan dalaman dan luaran.
  3. Berkomunikasi melalui telefon dalam Bahasa Inggeris.
  4. Meningkatkan penguasaan perkataan untuk pertuturan yang lebih lancar.
  5. Menguasai sebutan Bahasa Inggeris yang betul dan tepat.
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Eksekutif
  • Setiausaha
  • Kerani
  • Individu yang berminat untuk memperbaiki dan menguasai pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris
METODOLOGI
  • Ceramah
  • Perbincangan Umum
  • Perbincangan secara Berkumpulan
  • Sesi Soal Jawab

Bahan-bahan kursus disediakan secara profesional untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.

APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00

MODUL 1 : MEMAHAMI KOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS

  • Memahami perhubungan di antara keyakinan dan komunikasi bahasa Inggeris
  • Bagaimanakah kita mengatasi perasaan segan dan kurang keyakinan?
  • Mengatasi sindiran dan ejekan apabila bertutur dalam bahasa Inggeris
  • Cara-cara untuk membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
10.45

MODUL 2 : MEMPELAJARI TATABAHASA ASAS BAHASA INGGERIS

  • Adakah tatabahasa yang betul diperlukan?
  • Memahami penggunaan tatabahasa yang asas
  • Mempelajari tatabahasa masa sekarang, masa lampau dan masa akan datang
  • Penggunaan perkataan yang menunjukkan sopan-santun
  • Penterjemahan langsung yang mengubah maksud
1:00 Makan Tengahari
2:00

MODUL 3 : MEMPERTINGKATKAN SEBUTAN BAHASA INGGERIS DAN PENGUASAAN PERKATAAN

  • Adakah bahasa ibunda memainkan peranan dalam sebutan bahasa Inggeris
  • Menguasai sebutan ‘t’, ‘th’, ‘s’, ‘sh’, dan sebutan yang sukar
  • Sebutan perkataan di mana bunyi hurufnya tersembunyi (silent letters)
  • Peningkatan dan penguasaan perkataan melalui sinonim
3:45

MODUL 4 : BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN DALAMAN DAN LUARAN

  • Memberi bantuan, maklumat, penerangan yang tepat
  • Memberi arahan,dan cadangan serta bersetuju dengan cara yang bersopan
  • Berkomunikasi melalui telefon dalam bahasa Inggeris
  • Menjawab telefon, mengambil pesanan, mengakhiri panggilan telefon
5:00 Kursus Tamat