(MC) Pengurusan Stor, Gudang Dan Inventori Yang Berkesan

13-14 Mar, 2023, Furama Hotel Kuala Lumpur

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri
perkhidmatan dan pengeluaran.

 

Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.

 

Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.

 

Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd, YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.

 

Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.

 

Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.

 

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.

Venue Details

Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur, - 55100
Phone : (603) 2788 8888
Fax : (603) 2788 8866

https://furama-bukit-bintang.hotels- in-kuala-lumpur.com/en/#main

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Pengenalan Kepada Inventori
  • Kedudukan Inventori
  • Keputusan Berkenaan Masa/Tempoh
  • Analisa Inventori dan Sistem Kawalan
  • Pengenalan Kepada Stor/Pengurusan ‘Warehouse’/Gudang
  • Fungsi Stor/Warehouse
  • Tanggungjawab dan Fungsi Pekerja Stor/ Warehouse
  • Membaiki Sistem Pengurusan Stor/Warehouse
  • Penerimaan dan Pengeluaran Stor
  • Penetapan KPI Stor
  • Pemeriksaan dan Pengambilan Stok
PENGENALAN

Stor telah menjadi sangat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Ianya memainkan peranan yang amat penting dalam membaiki persaingan sesuatu perniagaan.

Organisasi hari ini, menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai kos, kepantasan dan kebergantungan. Ketiga-tiga objektif ini boleh dicapai melalui pengurusan stor yang berkesan.

Kursus ini juga akan memberi tumpuan kepada memperbaiki prestasi stor dan ‘warehouse’ khususnya dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah.

Lazimnya, dikatakan bahawa stor “HANYA MENAMBAH KOS TETAPI BUKANNYA NILAI”. Organisasi harus menambah nilai dalam semua aktiviti-aktiviti stor dan’warehouse’ nya demi untuk mengekalkan kelebihan daya bersaing.

SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT...
  1. Memahami tanggungjawab-tanggungjawab mereka sebagai staf / pekerja stor/’warehouse’.
  2. Mengenalpasti cara-cara membaiki produktiviti stor masing-masing.
  3. Memahami peranan mereka sebagai sistem penyokong kepada pelbagai bahagian-bahagian sesebuah organisasi.
  4. Memahami kepentingan 5 objektif prestasi terhadap keupayaan sesebuah stor.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Para pekerja yang mempunyai kaitan dengan kerja-kerja penstoran dan gudang (warehouse) termasuk Pengurus Stor, Penyelia Stor & Logistik, Pegawai Stor & Inventori, Penyelenggara Stor, Pembantu Stor & Inventori, Kerani Stor dan kakitangan stor yang berkenaan.
METODOLOGI
Sesi teori akan diikuti dengan kajian kes and latihan praktikal serta perbincangan umum untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.
HARI PERTAMA
9:00

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA INVENTORI

  • Takrif inventori
  • Semua operasi mempunyai inventori
  • Nilai-nilai inventori
  • Kepentingan kewujudan inventori


 

MODUL 2 : KEDUDUKAN INVENTORI

  • Keputusan inventori
  • Amaun untuk dipesan
  • Bila hendak dipesan
  • Berapa banyak untuk mengawal sistem
  • Bagaimana maklumat/informasi stok harus disimpan 

 

10.45

MODUL 3 : KEPUTUSAN BERKENAAN MASA/ TEMPOH

  • Bila untuk memesan?
  • Reviu yang berterusan dan berkala
  • Masa selang
  • Titik dan paras pesan semula

 

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MODUL 4 : ANALISA INVENTORI DAN SISTEM KAWALAN

  • Keutamaan inventori- sistem ABC
  • Inventori pengukuran
  • Inventori sistem maklumat 

 

 

MODUL 5- PENGENALAN KEPADA STOR/ PENGURUSAN ‘WAREHOUSE’/ GUDANG 

  • Apa itu pengurusan stor/warehouse
  • Tanggungjawab stor/ warehouse
  • Faktor-faktor yang harus diambilkira dalam mengorganisasikan sesebuah stor/warehouse
  • Misi stor/warehouse – fungsi tradisi
    peranan yang menambahbaikan nilai
  • Cabaran-cabaran pengurusan stor/warehouse terkini

 

3:45

MODUL 6- FUNGSI STOR/WAREHOUSE 

  • Penerimaan
  • Issue
  • ‘Dock to stock
  • Perekodan
  • Pemungutan pesanan 

 

5:00 Tamat Hari Pertama
HARI KEDUA
9:00

MODUL 7 : TANGGUNGJAWAB DAN FUNGSI PEKERJA STOR/WAREHOUSE

  • Paras stok yang tepat
  • Maklumat berkenaan keadaan stok
  • Lokasi tepat
  • Dokumentasi tepat
  • Rekod tepat dan dikemaskinikan
  • Perkapalan yang tepat
  • Sistem pemfailan yang baik


 

MODUL 8- MEMBAIKI SISTEM PENGURUSAN STOR/’WAREHOUSE’

  • Pergerakan stor dan teknik-teknik pengurangan kos
  • Stok yang bergerak perlahan dan cepat
  • Susunatur simpanan
  • Kos pesanan
  • Pengurusan
  • Membina suatu sistem pengurusan ‘warehouse’ yang berkesan
  • Keberkesanan ruang pengurusan stor
  • Amalan-amalan keselamatan

 

10.45

MODUL 9-PENERIMAAN DAN PENGELUARAN STOR

  • Permintaan untuk semak pesanan
  • Produk pungutan
  • Pembungkusan
  • Penyediaan dokumen
  • Rekod dan kemasukan data
  • Pemfailan
  • Isu-isu

 

1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MODUL 10 : PENETAPAN KPI STOR 

  • Apa itu KPI
  • Kenapa KPI diperlukan
  • Kepentingan KPI
  • Jenis-jenis KPI dalam stor
  • Perbincangan kumpulan

 

3:45

MODUL 11 : PEMERIKSAAN DAN PENGAMBILAN STOK

  • Tujuan dan cara-cara pengambilan stok
  • Prosedur pengambilan stok
  • Rekonsil pengambilan stok
  • Fungsi sokongan – ciri-ciri, faedah- faedah, keselamatan, ergonomic, sekuriti dan pengekalan

 

5:00 Tamat Kursus