DR. V. THANABALAN VELLOO mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam dalam bidang Peningkatan Prestasi Operasi khususnya dalam pelbagai industri perkhidmatan dan pengeluaran.
Beliau memulakan kerjayanya dalam operasi pengeluaran sebagai Eksekutif Pengeluaran dan secara beransur-ansur menjawat pelbagai jawatan pengurus seperti Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pembungkusan, Pengurus Perancangan dan Logistik, Pengurus Jualan dan Pengurus Syarikat.
Beliau pernah bekerja di beberapa organisasi seperti Baxter Healthcare, London Rubber Company, Solectron, Mona Industries dan Asiatic Dipped Products. Pengalaman ini telah memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang pelbagai peluang dan masalah yang melibatkan pengurusan kerja.
Bermula dari tahun 1996, beliau telah beralih kepada bidang latihan dan perundingan serta menjadi pensyarah bagi berbagai program Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Beliau telah mengendalikan banyak latihan dalaman dan awam bagi sektor kerajaan dan sektor swasta. Antara syarikat-syarikat yang pernah menggunakan khidmat beliau termasuklah Kementerian Pertahanan Awam, TLDM, UMW, Titan Group, CS Metal Industries, Sharp Roxy, Petronas, ShinEtsu Sdn. Bhd., Triplus Industry, Metrod Sdn. Bhd., Shinko Electronics, Green Riverwood, Omron Malaysia Sdn. Bhd., Hap Seng Consolidated Bhd, YTY Industry dan Maruyama Sdn. Bhd.
Para peserta yang menghadiri program-program latihan beliau menerima manfaat yang bernilai dan keputusan yang berkesan kerana beliau mempunyai pendedahan industri yang luas.
Beliau sentiasa memberi dorongan kepada para peserta dan pekerja untuk mempertingkatkan keupayaan ke tahap maksimum, baik dari aspek pencapaian individu, kumpulan dan organisasi.
Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons) dalam bidang Pengurusan dan Biokimia serta memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan pengkhususan dalam Pengurusan Am.
Furama Hotel Kuala Lumpur
136, Jalan Changkat Thambi Dollah,
55100 Kuala Lumpur,
- 55100
Phone : (603) 2788 8888
Fax : (603) 2788 8866
https://furama-bukit-bintang.hotels- in-kuala-lumpur.com/en/#main
Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my
Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my
FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my
KANDUNGAN KURSUS |
|
PENGENALAN |
Stor telah menjadi sangat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Ianya memainkan peranan yang amat penting dalam membaiki persaingan sesuatu perniagaan. Organisasi hari ini, menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai kos, kepantasan dan kebergantungan. Ketiga-tiga objektif ini boleh dicapai melalui pengurusan stor yang berkesan. Kursus ini juga akan memberi tumpuan kepada memperbaiki prestasi stor dan ‘warehouse’ khususnya dalam persekitaran perniagaan yang kian berubah. Lazimnya, dikatakan bahawa stor “HANYA MENAMBAH KOS TETAPI BUKANNYA NILAI”. Organisasi harus menambah nilai dalam semua aktiviti-aktiviti stor dan’warehouse’ nya demi untuk mengekalkan kelebihan daya bersaing. |
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT... |
|
SIAPA YANG PATUT HADIR |
Para pekerja yang mempunyai kaitan dengan kerja-kerja penstoran dan gudang (warehouse) termasuk Pengurus Stor, Penyelia Stor & Logistik, Pegawai Stor & Inventori, Penyelenggara Stor, Pembantu Stor & Inventori, Kerani Stor dan kakitangan stor yang berkenaan. |
METODOLOGI |
Sesi teori akan diikuti dengan kajian kes and latihan praktikal serta perbincangan umum untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi. |
HARI PERTAMA | |||||||||||||||||||||||
|
HARI KEDUA | |||||||||||||||||||||
|