Learn from the Best
Encik WAN ABU BAKAR mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman praktikal dan pengendalian secara langsung dalam semua aspek Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Perusahaan, dan Pembangunan Sumber Manusia, sebagai Pengarah di Jabatan Buruh (sekarang dikenali sebagai Jabatan Tenaga Kerja /JTK), Kementerian Sumber Manusia, sebelum berpindah ke sebuah Institusi Kewangan (Bank) sebagai Pengurus, Bahagian Kakitangan/Perhubungan Perusahaaan. Seterusnya, beliau berpindah ke dalam sektor Perhotelan Antarabangsa sebagai Pengarah Sumber Manusia sebelum menubuhkan syarikat konsultansinya sendiri iaitu WAB Management Consultancy. Beliau berpengalaman luas dalam sektor yang berkesatuan sekerja (trade union) dan berjaya menghasilkan beberapa Perjanjian Bersama (Collective Agreement) dengan beberapa Kesatuan Sekerja. Pengalaman luasnya dalam Pengurusan Sumber Manusia termasuk Perhubungan Perusahaan dan Kemahiran Perhubungan antara persona yang lebih memudahkan perhubungan antara Majikan dan kesatuan sekerja. Encik Wan juga pernah dilantik sebagai Ahli Panel (mewakili majikan) , Mahkamah Perusahaan dari 1984-2001. Juga telah dilantik sebagai ahli Panel untuk menghasilkan Kod Membasmikan Gangguan Seksual di tempat Kerja 1999 dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. (Kod ini digunakan sebagai sumber rujukan untuk Pindaan Akta Kerja 2012 di mana Seksyen baru Gangguan Seksual mula dikuatkuasakan). Selepas persaraan awal pada 2002 dengan berbekalkan pengalaman luasnya, beliau terus melibatkan diri sebagai seorang Pensyarah/Pengajar Konsultan dengan beberapa syarikat latihan hingga kini
Venue Details
SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
Jalan Putra 50350, Kuala Lumpur,
Phone : 0-3-4042 5555
https://www.seripacifichotel.com/
Contact us
ADDRESS
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar,
No.5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my