KURSUS APLIKASI & AMALAN 5S DALAM PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

20 Mar, 2024, Remote Online Training - Public

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

SINTHANA adalah seorang pelatih yang mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman kerja dan mengendalikan latihan beliau berdasarkan pengalaman kerja yang benar. Beliau bermula kerjayanya di sebuah hotel, diikuti dengan sector pengilangan multinasional dan dengan sebuah syarikat duti bebas KLIA. Pengalamannya merangkumi bahagian kualiti, latihan dan pembangunan, hospitaliti dan pentadbiran.
 
Beliau mempunyai kemahiran dan mengendalikan programprogramnya berdasarkan kepada pengalaman kerjayanya dalam perkhidmatan pelanggan, kemahiran bertulis, komunikasi, penyeliaan, pengurusan pejabat, pengurusan fail dan rekod dan pentadbiran pejabat.
 
Program-program beliau fokus kepada menanam sifat-sifat keyakinan diri, sikap positif dan ingin memajukan diri sebagai teras kompetensi untuk meningkatkan keberkesanan diri dalam kerjaya para peserta. Beliau menekankan teknik pemahaman katakunci dan proses interaksi bersama peserta untuk menjayakan sesuatu program. Metodologi yang digunakan termasuk perbincangan, penyampaian dan main peranan.
 
Beliau juga fasih mengendalikan program-program dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 
Berikut adalah nama-nama syarikat dimana Sinthana telah mengendalikan latihan secara langsung: Exxon Mobil, MMC Oil and Gas Sdn Bhd, Northgate Arinso, IBM, Siemens, Hewlett Packard, Panasonic, Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), TUDM (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, Construction Industry Development Berhad, Maju Holdings Berhad, L’oreal, DHL, Bank Negara, RHB Bank, I-Perintis Sdn Bhd, Infineon, Proton Casting Sdn Bhd, Sumirubber, Rohas Euco Industries, Elektrisola, Westports, Safeguards, Spansion, Telekom, Universiti Tenaga Nasional, Philip Morris, Pioneer, Hertz, Finisar, Celestica, Scope, SCICOM Academy, Tanjon PLC, eHomemakers (Non-Governmental Organization), Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, FMS (Ford, Mazda, Sanyo) Audio Sdn Bhd, Ferringhi Beach Hotel dan lain lain.

 

Venue Details

Remote Online Training - Public

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

KANDUNGAN KURSUS
  • Modul 1: Konsep Dan Praktis Dalam Pengurusan Rekod
  • Modul 2: Seiri (Sisih) – Mempelajari Tatabahasa Asas Bahasa Inggeris
  • Modul 3: Seiton (Susun)
  • Modul 4: Seiso (Sapu)
  • Modul 5: Seiketsu (Seragam)
  • Modul 6: Shitsuke (Sentiasa Amal)
PENGENALAN
- Konsep 5S adalah pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan Sistematik.
- Amalan 5S akan mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif dan ini akan meningkatkan produktiviti para pekerja.
SETELAH MENGHADIRI KURSUS INI, ANDA AKAN DAPAT…
  1. Memahami bagaimana amalan 5S dapat:
    - meningkatkan produktiviti, kualiti perkhidmatan
    - menjimatkan kos, ruang, peralatan, masa
    - meningkatkan kecekapan melaksanakan tugasan harian
    - mewujudkan suasana yang selesa/bersih di tempat kerja, dan
    - meningkatkan imej syarikat
  2. Mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa dan sistematik dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti para pekerja.
  3. Memastikan tempat simpanan rekod/fail sentiasa bersih dan kemas.
  4. Mengenalpasti rekod-rekod bernilai kekal dan diuruskan mengikut prosedur.
  5. Mengenalpasti rekod yang tiada nilai kekal untuk proses pelupusan
SIAPA YANG PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Eksekutif
  • Pegawai
  • Kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail dan rekod
METODOLOGI
  • Ceramah
  • Perbincangan Umum
  • Perbincangan secara Berkumpulan
  • Sesi Soal Jawab
    Bahan-bahan kursus disediakan secara profesional untuk kemudahan pemahaman dan aplikasi.
APA YANG AKAN DIPELAJARI
9:00

MODUL 1 : KONSEP DAN PRAKTIS DALAM PENGURUSAN REKOD 

  • Ciri-ciri pengurusan rekod yang baik
  • Faedah mengamalkan pengurusan rekod yang baik
  • Fungsi dan kegunaan rekod
  • Peringkat-peringkat dalam pengurusan rekod
  • Pengurusan pelbagai jenis rekod
  • Aplikasi dan perlaksanaan 5S dalam pengurusan rekod dan fail


10.45

MODUL 2: SEIRI (SISIH)

  • Asingkan kesemua rekod yang tidak aktif
  • Lupuskan semua rekod yang tidak aktif dan tidak mempunyai nilai kekal
  • Kenalpasti rekod bernilai kekal dan ambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada
12.00

MODUL 3: SEITON (SUSUN)

  • Susun semua rekod dan fail mengikut abjad/nombor
  • Susun rekod mengikut siri
  • Penggunaan label yang sesuai
  • Penggunaan kod warna
1:00 Makan Tengah Hari
2:00

MODUL 4: SEISO (SAPU)

  • Bersih dan kemaskan ruang/bilik rekod
  • Kaedah pengamalan persekitaran yang bersih di tempat penyimpanan rekod
  • Wujudkan kawasan penyimpanan rekod yang bersih dan teratur
3:45

MODUL 5: SEIKETSU (SERAGAM)

  • Seragamkan kesemua aktiviti pengurusan rekod
  • Selaraskan aktiviti klasifikasi, penomboran fail, penyimpanan secara fizikal, peminjaman 
 

MODUL 6: SHITSUKE (SENTIASA AMAL)

  • Sentiasa berdisiplin semasa menguruskan rekod dan fail syarikat
  • Patuhi kesemua peraturan dan undang-undang berkaitann 
5:00 Kursus Tamat