Learn from the Best
SINTHANA adalah seorang pelatih yang mempunyai
lebih daripada 20 tahun pengalaman kerja dan
mengendalikan latihan beliau berdasarkan
pengalaman kerja yang benar. Beliau memulakan
kerjayanya di sebuah hotel, diikuti dengan sektor
pengilangan multinasional serta sebuah syarikat duti
bebas KLIA. Pengalamannya merangkumi bahagian kualiti, latihan
dan pembangunan, hospitaliti dan pentadbiran.
Beliau mempunyai kemahiran dan mengendalikan programprogramnya
berdasarkan kepada pengalaman kerjayanya dalam
perkhidmatan pelanggan, kemahiran bertulis, komunikasi,
penyeliaan, pengurusan pejabat, pengurusan fail dan rekod dan
pentadbiran pejabat.
Program-program beliau fokus kepada menanam sifat-sifat
keyakinan diri, sikap positif dan ingin memajukan diri sebagai teras
kompetensi untuk meningkatkan keberkesanan diri dalam kerjaya
para peserta. Beliau menekankan teknik pemahaman katakunci
dan proses interaksi bersama peserta untuk menjayakan sesuatu
program. Metodologi yang digunakan termasuk perbincangan,
penyampaian dan main peranan.
Beliau juga fasih mengendalikan program-program dalam dwibahasa
iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah nama-nama syarikat dimana Sinthana telah
mengendalikan latihan secara langsung: Exxon Mobil, MMC Oil and
Gas Sdn Bhd, Northgate Arinso, IBM, Siemens, Hewlett Packard,
Panasonic, Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), TUDM (Tentera
Udara DiRaja Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya,
Construction Industry Development Berhad, Maju Holdings Berhad,
L’oreal, DHL, Bank Negara, RHB Bank, I-Perintis Sdn Bhd, Infineon,
Proton Casting Sdn Bhd, Sumirubber, Rohas Euco Industries,
Elektrisola, Westports, Safeguards, Spansion, Telekom, Universiti
Tenaga Nasional, Philip Morris, Pioneer, Hertz, Finisar, Celestica,
Scope, SCICOM Academy, Tanjon PLC, eHomemakers (Non-
Governmental Organization), Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd,
FMS (Ford, Mazda, Sanyo) Audio Sdn Bhd, Ferringhi Beach Hotel dan
lain-lain.
Venue Details
AC Hotel Kuala Lumpur by Marriott
9 Jalan Lumut off Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur, Malaysia, 50400,
Fax : +60 3-40428000
https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulka-ac-hotel-kuala-lumpur/overview/?scid=45f93f1b-bd77-45c9-8dab-83b6a417f6fe&y_source=1_MTQ2NDU
5MDEtNDgzLWxvY2F0aW
9uLndlYnNpdGU%3D