KURSUS APLIKASI & AMALAN 5S DALAM PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

25 Sep, 2025, CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR

IPA Training is Registered with

Learn from the Best

SINTHANA adalah seorang pelatih yang mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman kerja dan mengendalikan latihan beliau berdasarkan pengalaman kerja yang benar. Beliau bermula kerjayanya di sebuah hotel, diikuti dengan sector pengilangan multinasional dan dengan sebuah syarikat duti bebas KLIA. Pengalamannya merangkumi bahagian kualiti, latihan dan pembangunan, hospitaliti dan pentadbiran.

 

Beliau mempunyai kemahiran dan mengendalikan program-programnya berdasarkan kepada pengalaman kerjayanya dalam perkhidmatan pelanggan, kemahiran bertulis, komunikasi, penyeliaan, pengurusan pejabat, pengurusan fail dan rekod dan pentadbiran pejabat.

 

Program-program beliau fokus kepada menanam sifat-sifat keyakinan diri, sikap positif dan ingin memajukan diri sebagai teras kompetensi untuk meningkatkan keberkesanan diri dalam kerjaya para peserta. Beliau menekankan teknik pemahaman katakunci dan proses interaksi bersama peserta untuk menjayakan sesuatu program. Metodologi yang digunakan termasuk perbincangan, penyampaian dan main peranan.

 

Beliau juga fasih mengendalikan program-program dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

Berikut adalah nama-nama syarikat dimana Sinthana telah mengendalikan latihan secara langsung: Exxon Mobil, MMC Oil and Gas Sdn Bhd, Northgate Arinso, IBM, Siemens, Hewlett Packard, Panasonic, Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), TUDM (Tentera Udara DiRaja Malaysia), Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, Construction Industry Development Berhad, Maju Holdings Berhad, L’oreal, DHL, Bank Negara, RHB Bank, I-Perintis Sdn Bhd, Infineon, Proton Casting Sdn Bhd, Sumirubber, Rohas Euco Industries, Elektrisola, Westports, Safeguards, Spansion, Telekom, Universiti Tenaga Nasional, Philip Morris, Pioneer, Hertz, Finisar, Celestica, Scope, SCICOM Academy, Tanjon PLC, eHomemakers (Non-Governmental Organization), Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, FMS (Ford, Mazda, Sanyo) Audio Sdn Bhd, Ferringhi Beach Hotel dan lain lain.

Venue Details

CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia,
Phone : 03 2144 2200

https://kualalumpur.concorde hotelsresorts.com/

Contact us

Juliany,
03 2283 6109
juliany@ipa.com.my

Phoebe,
03 2283 6100
phoebe@ipa.com.my 

FOR CUSTOMISED IN-HOUSE TRAINING
Jane,
03 2283 6101
Jane@ipa.com.my

ADDRESS 
A-28-5, 28th Floor, Menara UOA Bangsar, 
No.5, Jalan Bangsar Utama 1, 
59000 Kuala Lumpur
www.ipa.com.my

PENGENALAN
  • 5S adalah lima perkataan Jepun ia-itu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam), Shitsuke (Sentiasa Amal).
  • Konsep 5S ini amatlah sesuai diamalkan dan ianya merupakan satu keperluan dan amalan asas bagi meningkatkan produktiviti.
KANDUNGAN KURSUS
  • Konsep Dan Praktis Dalam Pengurusan Rekod
  • Seiri (Sisih)
  • Seiton (Susun)
  • Seiso (Sapu)
  • Seiketsu (Seragam)
  • Shitsuke (Sentiasa Amal)
OBJEKTIF DAN FAEDAH MENGAMALKAN KONSEP 5S DALAM PENGURUSAN REKOD DAN FAIL

Hasil daripada pengamalan 5S dapat mencapai :

  • Pemahaman dan kaedah-kaedah bagaimana dapat meningkatkan produktiviti, kualiti perkhidmatan, penjimatan kos, ruang, peralatan, masa, meningkatkan kecekapan, mewujudkan suasana yang selesa / bersih di tempat kerja dan meningkatkan imej agensi.
  • Dalam bidang pengurusan rekod, perlaksanaan 5S ini akan memberi kesan yang efektif dan juga akan membawa banyak perubahan kepada agensi dan juga memberi keselesaan bekerja kepada semua warga kerja.
  • Tempat simpanan rekod/fail dikemas, bersih serta dapat melupuskan mana-mana rekod yang tidak bernilai kekal.
  • Dapat mengenalpasti rekod-rekod bernilai kekal dan diuruskan mengikut prosedur.
  • Apabila semua aspek 5S diamalkan dalam bidang pengurusan rekod, semua maklumat/dokumen agensi akan dapat diuruskan dengan lebih teratur dan sistematik.
PENCERAMAH KURSUS

EN. S.ADIKALSAMY (EDDIE)

 

Seorang Jurulatih yang berpengalaman praktikal yang mendalam dalam bidng Pengurusan Rekod dan Fail (Rekod Konvensyenal).

Beliau telah bertugas di Arkib Negara Malaysia lebih daripada 25 tahun dimana sebahagian besar daripada tugasnya terlibat dalam pentadbiran pejabat dan juga bidang pengurusan rekod dan fail. Jawatan terakhirnya sebelum bersara adalah sebagai Pegawai Latihan di Cawangan Latihan Dan Pembangunan Kerjaya. Beliau telah terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus-kursus Pengurusan Rekod dan Sistem Fail kepada semua peringkat Pegawai dan Kakitangan Kerajaan dan swasta serta juga peserta-peserta dari luar negeri. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang sistem fail, pengkelasan perkara, pengindeksan . Disamping itu beliau juga menjalankan program-program lain diatas permintaan sesebuah agensi saperti Penyediaan Manual Prosedur Kerja/Fail Meja, Penulisan Surat Rasmi dan Memo,Pentadbiran Pejabat dan Pengendalian Mesyuarat, Pelupusan Rekod Tidak Aktif, Aplikasi dan Amalan 5S dalam Pengurusan Rekod dan Fail,Managing office Records and Files Effectively, Kecemerlangan kerjaya dan peningkatan prestasi pekerja pejabat dan kumpulan sokongan dll.

 

Diantara agensi-agensi dimana beliau terlibat secara langsung mengendalikan program kursus berkenaan ialah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Pendidikan, Jabatan Galian, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Syarikat Fiberail Sdn. Bhd. Syarikat KUB Textile Sdn Bhd. Syarikat Leader Cable Sdn. Bhd. BP Chemical Sdn. Bhd. Lembaga Pelabuhan Johor, Universiti Putra Malaysia, Hicom-Honda Sdn. Bhd. Syarikat Sharp Roxy Sdn. Bhd. Universiti Multimedia, Syarikat Intdernational Paint Sdn. Bhd. Malaysia Airport Bhd. Lembaga Air Kuching, Majlis Perbandaran Sibu , Jana Letrik TNB Bank Simpanan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Westports Sdn Bhd,White Horse Ceramic, Toko Electronics Sdn Bhd, First Unitex Tyre Retreading Sdn Bhd, Syarikat Kannix Sdn.Bhd.Kem.Belia Dan Sukan Malaysia, Sarawak Hydro,Majlis Daerah Kapit, Syarikat e Idaman,Leadership Institute for Sarawak Civil Service (CMM) dan beberapa agensi lain.

 

Buat masa kini beliau menjadi Jurulatih bebas (Freelance Trainer) bagi beberapa konsultan yang mengendalikan program latihan bagi agensi-agensi swasta dan Kerajaan.

 

Beliau berkelulusan Diploma dalam bidang perhubungan awam), serta memiliki Sijil dalam bidang Archives Studies (United Kingdom). Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus tempatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta program Training Metodologi. Beliau juga adalah Certified Trainer oleh PSMB/HRDF TTT/0641.

 
HARI PERTAMA
9:00 MODUL 1 | Konsep Dan Praktis Dalam Pengurusan Rekod
  • Pengurusan Rekod satu kaedah / teknik dalam pengurusan rekod dan fail.
  • Ciri-ciri dalam pengurusan rekod
  • Peringkat-peringkat dalam pengurusan rekod.
  • Faedah mengamalkan pengurusan rekod yang baik.
  • Fungsi dan kegunaan rekod
  • Pengurusan rekod penting
  • Aplikasi dan perlaksanaan 5S dalam pengurusan rekod dan fail
10:45 MODUL 2 | Seiri (Sisih)
  • Dapat mengasingkan semua rekod yang tidak aktif
  • Melupuskan semua rekod yang tidak aktif dan tidak mempunyai nilai kekal dan maklumat penting
  • Mengenalpasti rekod bernilai kekal dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada
1:00 Makan Tengahari

2:00 MODUL 3 | Seiton (Susun)
  • Semua rekod dan fail disusun mengikut abjad, nombor
  • Dapat menyusun rekod mengikut siri-siri
  • Penggunaan label-label yang sesuai /tagging
  • Penggunaan warna (colour coding)
  • Latihan Amali
5:00

Tamat Hari Pertama

 
HARI KEDUA
9:00 MODUL 4 | Seiso (Sapu)
  • Ruang/bilik rekod dapat dikemaskan
  • Kaedah pengamalan persekitaran yang bersih di tempat penyimpanan rekod
  • Dapat mewujudkan suasana yang baik, bersih dan selesa
10:45 MODUL 5 | Seiketsu (Seragam)
  • Semua aktiviti dalam pengurusan rekod dapat diseragamkan
  • Aktiviti-aktiviti penyediaan pengklasan/klasifikasi, penomboran difail-fail, penyimpanan secara fizikal, pengeluaran, pengedaran, pelebelan dapat diselaraskan
1:00 Makan Tengahari

2:00 MODUL 6 | Shitsuke (Sentiasa Amal)
  • Sentiasa berdisiplin dalam menguruskan rekod dan fail agensi
  • Mematuhi semua peraturan dan undang-undang berkaitan
  • Latihan Amali
5:00

Kursus Tamat

SIAPA PATUT HADIR
  • Penyelia
  • Eksekutif
  • Pegawai
  • Semua Kakitangan yang bertanggungjawab dalam bidang ini
METODOLOGI
  • Ceramah
  • Perbincangan Kumpulan
  • Kajian Kes
  • Latihan Amali
  • Tugasan Peserta